Temui Bintang-Bintang Muzik Tanahair di ‘Jimba Fest Tour’

Temui Bintang-Bintang Muzik Tanahair di ‘Jimba Fest Tour’

Pengemar music boleh menyertai acara Digi Idol dan berpeluang untuk memenangi hadiah yang menarik

 SUBANG JAYA, 17 Oktober 2018 –Digi Telecommunications Sdn Bhd (“Digi”) dan Warner Music menjemput semua belia Malaysia untuk menyertai acara Jimba Fest Tour, dipenuhi dengan keseronokan dan muzik, yang akan diadakan di lima lagi lokasi dari 21 Oktober sehingga 26 November di seluruh negara.

Pengunjung akan berpeluang untuk bertemu dengan artis-artis kesayangan mereka seperti Maya Karin, Aizat Amdan, Awi Rafael, Kaka Azraff, Datin Alyah, Nora, Yasin, Aziz Harun, Andi Bernadee, Amir Hasan dan banyak lagi.

 

Pengunjung juga boleh menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan sepanjang hari tersebut dan memenangi hadiah premium yang menarik daripada Digi dan Warner Music Malaysia.PelangganDigiyang baharu dan yang sedia ada juga berpeluang untuk mendapat pas eksklusif untuk sesi bertemu artis serta mencuba nasib mereka dalam acara cabutan bertuah untuk memenangi lebih banyak hadiah.

Sebuah Pertandingan Nyanyian Lain dari yang Lain

Bagi para penggemar muzik, Digi juga telah berkolaborasi dengan Warner Music Malaysia dan Smule untuk membawakan Digi Idol, sebuah pertandingan nyanyian dengan sesi ujibakat yang diberikan sentuhan menarik. Pertandingan unik ini memberikan para peserta pilihan untuk menjalani uji bakat mereka di tapak Jimba Fest atau secara digital – ia merupakan pertandingan nyanyian pertama yang menggabungkan platform uji bakat luar talian dan dalam talian dengan Smule.

Bagi kedua-dua segmen uji bakat yang diadakan, para peserta perlu mendaftarkan diri mereka dalam aplikasi Smule dan menghantar rakaman nyanyian mereka dengan memilih salah satu daripada tiga lagu yang diberikan, iaitu Hana oleh Aziz Harun dan Hannah Delisha; Sibuk oleh Kaka Azraff atau JutaanPurnama oleh Alyah.

Peserta yang dinobatkan sebagai juara akan berpeluang untuk membuat persembahan di atas pentas utama serta memenangi wang tunai bernilai RM 500. Lima peserta terbaik termasuk juara akan memenangi akses VIP Smule selama setahun.

Digi 1: (From L – R) Mel Ramlan, Andi Bernadee, Wan Shahjuddin, Amir Hasan, Kaka Azraff, Yasin, Aziz Harun and Awi Rafael

Pertandingan tersebut dibukabagi semua warga Malaysia –pelanggan Digi atau bukan pelanggan Digi boleh mengambil bahagian di dalam pertandingan Digi Idol ini.

Pertandingan Akhir Digi Idol akan bertempat di lokasi-lokasi Jimba Fest Tour yang tertera di bawah:

Tarikh Lokasi
21Oktober Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Batu Pahat
26Oktober Universiti Sains Malaysia (USM), Penang
31Oktober Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim
10November Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok
26November Universiti Teknikal Malaysia (UTM), Melaka

Digi 2 – 4: (From L – R) Mel Ramlan, Wan Shahjuddin, Amir Hasan, Kaka Azraff, Awi Rafael, Yasin, Andi Bernadee and Aziz Harun during the meet-and-greet session

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai pertandingan ini, sila layari laman web komuniti MyDigi di sini.

Similar Posts
WONDA LANE: REWARDING COFFEE LOVERS WITH A FREE TRAIN RIDE
WONDA LANE: REWARDING COFFEE LOVERS WITH A FREE TRAIN RIDE
WONDA Coffee partners with MRT Corp (Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd) to reward 6,000 passengers with a free ride...
TUN M AND TUN SITI’S LEGO MURAL UNVEILED AT CAROUSELL’S “SAYANGI MALAYSIAKU” LEGO ART EXHIBITION IN SUNWAY PYRAMID
TUN M AND TUN SITI’S LEGO MURAL UNVEILED AT CAROUSELL’S “SAYANGI MALAYSIAKU” LEGO ART EXHIBITION IN SUNWAY PYRAMID
Kuala Lumpur, 30 August 2018 – As Malaysians celebrate the country’s 61st independence day, Carousell, Republic Of Bricks (ROB) and...
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
FESTIVAL MUZIK K-WAVE 3 KEMBALI DENGAN BARISAN BINTANG TERNAMA
PENGGUNA MCALLS BERPELUANG BELI TIKET DUA HARI LEBIH AWAL SEBELUM JUALAN UMUM PADA 1 JULAI Kuala Lumpur, 27 Jun 2018...