RASA KOREA YANG MEMIKAT HATI. DARI KFC

RASA KOREA YANG MEMIKAT HATI. DARI KFC

KUALA LUMPUR, 22 NOVEMBER 2018 – Gelombang Korea telah tiba di KFC! Gabungan perisa Korea unik menerusi menu terbaharu, KFC Spicy Gochujang Crunch, sedia untuk menambat hati penggemar KFC – dengan menampilkan sos Madu Pedas Gochujang istimewa untuk dinikmati bersama ayam KFC Hot & Spicy kegemaran ramai.

Mengambil inspirasi daripada femomena budaya Korea yang telah menawan hati masyarakat di Malaysia, hidangan masa terhad terbaharu ini didatangkan khas bersama sos Madu Pedas Gochujang. Ianya menampilkan rasa pedas dan berempah daripada pes cili merah Korea, iaitu Gochujang, yang menjadi ramuan penting di dalam setiap masakan Korea. Keaslian rasa dan aroma hidangan Korea daripada Gochujang diadun pula bersama madu, bagi menambah kemanisan serta lapisan perisa yang memperlengkap rasa keseluruhan sajian berkenaan.

“Kami tahu bahawa terdapat ramai rakyat Malaysia yang amat menggemari budaya Korea termasuklah masakan mereka. Menu hidangan Korea terbaharu kami ini menampilkan sos Gochujang yang diolah sempurna bagi dinikmati bersama ayam KFC kegemaran ramai. Ianya menyajikan rasa pedas daripada ramuan asli Korea yang pasti menambat hati semua.

Sebuah hidangan yang pasti menjanjikan kepuasan baharu dan anda mesti mencubanya!” ujar Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.

KFC Spicy Gochujang Crunch ini boleh didapati di dalam kombo 2 ketul dan 3 ketul ayam.

Bermula daripada RM14.50, setiap kombo didatangkan bersama sos Madu Pedas Gochujang, hidangan sampingan KFC iaitus kentang putar dan coleslaw, serta minuman Tropicana Tropical yang menyegarkan.

Dapatkan KFC Spicy Gochujang Crunch di semua restoran KFC seluruh Malaysia bermula 15 November 2018, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.kfc.com.my

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Pemain Muda Harapan Sekolah Mengikuti Klinik Bola Sepak tajaan Cadbury bersama Michael Owen
Pemain Muda Harapan Sekolah Mengikuti Klinik Bola Sepak tajaan Cadbury bersama Michael Owen
Mondelez Menggalakkan Keseimbangan di Antara Pendidikan dan Kegiatan Aktif PETALING JAYA, 18th Mac 2019 – Mondelez International (Malaysia), pengeluar jenama...
A&W merilis 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad
A&W merilis 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad
Kini anda berpeluang memiliki A&W 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad sempena ulangtahun ke-100 pembukaan restoran makanan segera A&W sejak...
Pelakon Captain Marvel, Brie Larson Teruja Makan Sate
Pelakon Captain Marvel, Brie Larson Teruja Makan Sate
CAPTAIN MARVEL TELAH MENDARAT! Pelakon Brie Larson telah berkongsi foto beliau menikmati sate di Instagramya di mana ketika ini beliau...