SAKSIKAN SHANE FILAN DAN FAZURA PADA KONSERT TASIK PERTAMA DI CITY OF ELMINA!

SAKSIKAN SHANE FILAN DAN FAZURA PADA KONSERT TASIK PERTAMA DI CITY OF ELMINA!

CITY OF ELMINA, 15 NOVEMBER 2018 – Sime Darby Property membawakan lsecara eksklusif kepada anda konsert tasik pertama di City of Elmina – ‘Konsert Elmina Lakeside’ dengan kerjasama Universal Music Malaysia. Konsert ini akan berlangsung pada 19 Januari 2019 di Elmina Central Park, terletak di kawasan City of Elmina yang memenangi anugerah bandar di Shah Alam. Perkara ini diumumkan pemaju hartanah tersebut dalam sidang media hari ini.

Konsert percuma yang terbuka kepada semua itu sempena meraikan penduduk di City of Elmina dan kempen jenama Bandaraya Elmina yang mempromosikan kesihatan dan gaya hidup luar biasa dalam pembangunan penting sepanjang Koridor Guthrie.

Acara akan bermula jam 5.30 petang dengan pelbagai permainan dan aktiviti untuk keluarga seperti belon udara panas, pertunjukan ‘fire-eater’, Cinema 12D, halangan kembung dan trak makanan. Konsert dijadualkan bermula pada jam 8 malam.

Penyanyi terkenal antarabangsa, Shane Filan yang sebelum ini popular melalui kumpulan pop Westlife dan selebriti tempatan, Fazura akan menghiburkan pengunjung. Penganjur akan mengumumkan seorang lagi penghibur misteri yang bakal bersama-sama Shane dan Fazura pada konsert tersebut dalam masa terdekat.

Shane yang meneruskan perjalanan muziknya sebagai penyanyi solo selepas kumpulan itu dibubarkan dijangka akan mempersembahkan koleksi lagu hit Westlife dan lagu terbarunya.

Fazura memulakan karier sebagai pelakon dan personaliti TV telah menceburi bidang nyanyian dan melancarkan album pertama tahun lalu yang menerima anugerah emas.
‘Elmina Lakeside Concert’ dibawakan secara eksklusif kepada anda oleh Sime Darby Property dan dianjurkan Universal Music Malaysia dengan kerjasama MIX dan MY
sebagai rakan media rasmi. Cari kami dengan menaip ‘Elmina Central Park, Shah Alam’ di Waze atau Google Maps. Tiket PERCUMA ke konsert boleh ditebus di www.simedarbyproperty.com/elmina-concert (tertakluk kepada terma dan syarat).

Konsert ini juga sebagai pembukaan kepada 36 ekar pertama daripada 300 ekar Elmina Central Park yang dipilih sebagai lokasi konsert. Kawasan ini juga merupakan lokasi bagi pembinaan Taman Permainan Inklusif (Inclusive Playground) pertama Malaysia yang dijangka siap pada separuh pertama 2019. Setelah siap dibina, ia akan membolehkan kanak-kanak termasuk yang kurang upaya bermain bersama sambil mencipta peluang interaksi antara generasi dan keluarga selain meluaskan perpaduan sosial dalam komuniti yang luas.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
TikTok Launches #CNSchallenge in Malaysia and 40+ Countries and Regions Globally with the release of BTS j-hope’s new music
Kuala Lumpur, 27 September 2019 – To usher in the reveal of BTS j-hope’s ‘Chicken Noodle Soup (feat. Becky G)’...
TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT
TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT
Ramalanku benar belaka… Selepas 13 tahun sejak album terakhir 10,000 Days, band prog metal popular Tool melakukan ‘comeback’ dengan penuh...
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR ANNOUNCES INITIATIVE TO PROMOTE TALENTED LOCAL ARTISTS
HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR ANNOUNCES INITIATIVE TO PROMOTE TALENTED LOCAL ARTISTS
Legendary Rock Band Wings to Raise Curtains for Sunday Night Live Kuala Lumpur, 3 September 2019 – Hard Rock Cafe...