Tati Skincare Menang Tuntutan Saman RM3 Juta Atas Artikel Berunsur Fitnah

Tati Skincare Menang Tuntutan Saman RM3 Juta Atas Artikel Berunsur Fitnah

22 Disember 2018 lalu bertempat di Flora Terrace, Kuala Lumpur telah berlangsungnya sidang media di mana pengasas produk kecantikan terkenal, Tati Skincare telah membuat satu pengumuman di mana mereka telah menang saman fitnah selepas artikel-artikel di sebuah laman blog yang memburukkan produk mereka ternyata tidak benar.

Kronologi saman ini bermula apabila seorang blogger telah menyiarkan artikel-artikel yang berunsur fitnah, antaranya menyebut produk Tati Skincare adalah ‘produk timbang kilo’, produk Tati Skincare beracun dan pengasas Tati Skincare pergi menunaikan umrah hasil dari penipuan. Kesan dari penyiaran artikel-artikel ini telah memberikan impak yang buruk dan negatif terhadap produk Tati Skincare, sekaligus menghakis kepercayaan pengguna terhadap produk tersebut. Tak cukup dengan itu, komen-komen negatif dari netizen selepas artikel-artikel ini tular di ruang media sosial turut menggangu kehidupan peribadi pengasasnya.

Keemoat-empat pengasas Tati Skincare

Produk-produk Tati Skincare

Sidang Media Tati Skincare yang berlangsung di Floral Terrace

Pada awalnya, pihak Tati Skincare telahpun berhubung dengan blogger tersebut supaya artikel-artikel ini dipadam namun ianya tidak diendahkan. Atas nasihat peguam, Norashikin Muhammad selaku salah seorang pengasas dan wakil produk Tati Skincare telah membawa perkara ini ke Mahkamah Kota Bharu, Kelantan pada 22 November lalu untuk tindakan dan hasilnya, mahkamah telah mengarahkan blogger tersebut (defendan) untuk membayar kepada Tati Skincare (plaintif) sebanyak RM3 juta kerana menyiarkan artikel-artikel berunsur fitnah.

Pada sidang media tersebut, selain Norashikin Muhammad, turut hadir ialah tiga lagi pengasas Tati Skincare iaitu Norhayati Norhasyima, Maradina Najib dan Tanti Rahayu Abdul Halim. Dalam sidang media itu juga, Md Faiez Md Suhaimi selaku peguam yang mewakili Tati Skincare memohon agar blogger di luar sana lebih beretika dengan tidak menyiarkan sesuatu perkara yang tidak benar dan fitnah yang boleh memberi implikasi buruk terhadap sesuatu pihak dan juga sebagai teguran terhadap netizen agar tidak menggunakan media sosial dan internet untuk menghentam mana-mana pengasas produk.

Tati Skincare ialah pengeluar produk kecantikan yang telah memulakan operasi sejak tahun 2015 dan sehingga kini sudah mengeluarkan 11 jenis produk, antaranya krim pemutih, gincu, maskara dan bedak kompak.

Untuk maklumat lanjut tentang Tati Skincare, layari:

Laman web rasmi : http://tatiskincare.com/

Facebook : Tati Skincare

Instagram :@tatiskincare_hq

Similar Posts
Global Crypto Offering Exchange (GCOX) X Jason Derulo Signing Ceremony & Press Conference
Global Crypto Offering Exchange (GCOX) X Jason Derulo Signing Ceremony & Press Conference
With over 17 million Facebook followers and having sold over 30 million singles, the American musician brings a touch of...
Sidang Media Rebrading Produk Beauty & Skincare & Pengumuman Risteena Sebagai Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd
Sidang Media Rebrading Produk Beauty & Skincare & Pengumuman Risteena Sebagai Pengarah Urusan Cantik Dara Sdn Bhd
KUALA LUMPUR, 4 APRIL 2017: Lambakan produk tempatan yang berasaskan kecantikan dan penjagaan kulit yang mengandungi bahan kimia dan bahan...