NIKMAT GASTRONOMI TERBAHARU KFC PARMESAN TRUFFLE CRUNCH

NIKMAT GASTRONOMI TERBAHARU KFC PARMESAN TRUFFLE CRUNCH

KUALA LUMPUR, 8 JANUARI 2019 – Sebuah pengalaman gastronomi unik menanti para penggemar makanan apabila KFC membawakan satu ciptaan enak menggabungkan keju dan truffle, istimewa buat masa terhad – menerusi KFC Parmesan Truffle Crunch terbaharu.

Hidangan enak terbaharu daripada KFC ini menampilkan gabungan rasa premium keju parmesan dan truffle yang dirangkum sempurna bersama keenakan ayam Hot & Spicy KFC. Terkenal sebagai salah satu ramuan eksklusif di dalam dunia kulinari, truffle yang juga merupakan ramuan yang tidak mudah untuk didapati ini telah menawan hati penggemar makanan dari pelbagai bentuk. Jika anda masih belum pernah merasai hidangan yang menampilkan truffle, ini merupakan peluang yang terbaik untuk anda menikmati hidangan istimewa ini yang boleh didapati di dalam kombo nilai bersama 2 mahupun 3 ketul ayam KFC.

Bagi pencinta ayam goreng Original Recipe dan Hot & Spicy pula, KFC turut membawakan sesuatu yang istimewa buat anda. KFC Bargain Feast boleh didapati buat masa terhad, menawarkan nilai terbaik menerusi bucket 5, 9 atau 15 ketul ayam bersama hidangan sampingan whipped potato, daripada hanya RM23.90. Sebuah tawaran berbaloi yang tak boleh dilepaskan!

“Sempena tahun baru ini, kami bawakan dua promosi khas bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang pelbagai menerusi KFC Parmesan Truffle Crunch dan KFC Bargain Feast. Parmesan Truffle Crunch terbaharu ini dicipta khas bagi mereka yang gemarkan sajian yang berbeza. Ianya menjanjikan pengalaman ‘premium’ menampilkan keju parmesan dan truffle bersama kenikmatan di dalam harga yang berpatutan. Sebuah hidangan premium pada nilai terbaik, sama seperti slogannya ‘Citarasa Mewah, Gaya Mudah’. Perisa yang benar-benar tersendiri dan anda harus mencubanya,” kata Ling Mee Jiuan, Ketua Pegawai Operasi KFC Malaysia.

“Bargain Feast pula dibawakan khas bagi peminat hidangan klasik KFC dalam harga yang amat berbaloi, bagi menceriakan semua setelah banyak berbelanja ketika musim cuti. Kami berharap agar anda dapat menikmati KFC kegemaran anda menerusi sajian-sajian istimewa yang kami bawakan khas buat masa terhad ini.” tambah beliau.

KFC Parmesan Truffle Crunch dan KFC Bargain Feast boleh didapati di setiap cawangan KFC seluruh negara bermula 8 Januari 2019, sementara stok masih ada! Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.kfc.com.my

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada para peminatnya apabila memperkenalkan ciptaan yang menggabungkan...
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2019: Tanggapan salah tentang protein di mana ia hanya untuk individu yang membina badan seringkali diperkatakan...
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
Hotel Armada Petaling Jaya’s Contemporary All Day Dining Restaurant Petaling Jaya, Malaysia, 6 August 2019 – After 22 years of...