UOB Malaysia dan Visa Melancarkan Kad Kredit Eksklusif bagi Memenuhi Cita Rasa Rakyat Malaysia yang Gemar Mengembara

UOB Malaysia dan Visa Melancarkan Kad Kredit Eksklusif bagi Memenuhi Cita Rasa Rakyat Malaysia yang Gemar Mengembara

Kad Visa Infinite Metal UOB mensasarkan pengembara yang menghargai kemudahan dan keselesaan

Kuala Lumpur, Malaysia, 15 Januari 2019 – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd (UOB Malaysia) hari ini mengumumkan pelancaran Kad Visa Infinite Metal UOB, iaitu kad kredit yang menawarkan ganjaran dan manfaat berkaitan pengembaraan bagi memenuhi keperluan khusus dan jangkaan pengembaraan pelanggan mewahnya. Kad ini, yang disediakan kepada pelanggan atas dasar jemputan sahaja, dilancarkan dengan kerjasama syarikat teknologi pembayaran global, Visa.

Menurut data UOB Malaysia, perbelanjaan berkaitan pengembaraan di kalangan pemegang kad mewah telah meningkat sebanyak 35 peratus sejak 2016. Pada 2018 sahaja, pemegang kad mewah membelanjakan RM205 juta untuk produk dan perkhidmatan berkaitan pengembaraan, iaitu kenaikan sebanyak 23 peratus berbanding tahun sebelumnya. Perbelanjaan berkaitan pengembaraan mencatat pertumbuhan tertinggi berbanding semua kategori perbelanjaan pada 2018, diikuti dengan insurans (10 peratus), runcit (tujuh peratus) dan perubatan (tujuh peratus). Pada 2018, 20 peratus daripada jumlah keseluruhan kad kredit pemegang kad adalah dalam mata wang asing, justeru mengesahkan bahawa pemegang kad Malaysia menggunakan kad kredit mereka di luar negara .

From left to right : Ms Sue Wong, Executive Director and Head of Cards and Payment Products, Personal Financial Services, UOB Malaysia; Mr Ronnie Lim, Managing Director and Country Head of Personal Financial Services, UOB Malaysia and Mr Ng Kong Boon, Visa Country Manager for Malaysia.

Memandangkan perbelanjaan pengembaraan pemegang kad mewah yang semakin meningkat, UOB Malaysia telah memperkenalkan kad yang khusus bagi pelanggan yang inginkan kemudahan dan keselesaan apabila mereka mengembara. Antara manfaat Kad Visa Infinite Metal UOB ini adalah keistimewaan pengembaraan kelas pertama, program penebusan air miles yang kompetitif, kutipan mata ganjaran yang dipercepatkan bagi perbelanjaan di luar negara, dan perkhidmatan tetamu (concierge) 24 jam di seluruh dunia.

Encik Ronnie Lim, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi, UOB Malaysia, berkata bahawa kekayaan yang sedang meningkat di kalangan pengguna Malaysia telah menghasilkan segolongan rakyat yang mengembara secara meluas sama ada untuk bekerja atau bersantai.

“Bagi golongan pengembara seperti ini, menggunakan kad kredit adalah mudah kerana mereka tidak perlu membawa wang tunai yang banyak. Kad kredit juga menawarkan perlindungan terhadap penipuan dan kecurian, justeru memberikan lebih ketenangan fikiran dan juga keselamatan, terutamanya apabila mereka sedang mengembara.

“Bagi memenuhi pilihan gaya hidup pelanggan mewah kami dengan lebih khusus, dan untuk mempertingkatkan keperluan pengembaraan mewah pelanggan kami, kami telah bekerjasama dengan Visa untuk menghasilkan kad kredit yang menjangkau program ganjaran Visa Infinite. Dengan lebih daripada 60 syarikat penerbangan rakan kongsi dan program penukaran air miles yang kompetitif, Kad Visa Infinite Metal UOB telah dirumus dengan mempertimbangkan keperluan pengembara kerap (frequent flyer) yang mewah.”

Kad kredit Visa Infinite Metal UOB menawarkan kadar penukaran air miles yang terbaik, iaitu sebanyak 4,500 UNIRinggit untuk air miles 1,000 kilometer dengan syarikat penerbangan terpilih. Pemegang kad juga menikmati keistimewaan pengembaraan eksklusif termasuk akses tanpa had ke bilik istirehat di lapangan terbang seluruh dunia dan perjalanan limusin percuma ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2. Kad ini juga menawarkan perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM1,000,000 dan akses ke perkhidmatan Concierge Visa bagi membantu pemegang kad membuat tempahan restoran, mencari dan membeli tiket teater atau untuk mendapat maklumat mengenai acara dan persembahan khas.

Kad Visa Infinite UOB yang dibentuk daripada logam gangsa menawarkan pelanggan UOB Malaysia dengan kad yang tahan lama dan unik.

“Kami ingin memperkenalkan sebuah kad yang bukan sahaja menyediakan manfaat pengembaraan dan gaya hidup premium kepada para pelanggan kami, malah juga tahan terhadap haus dan lusuh dari penggunaan kerap dan berpanjangan. Diperbuat daripada gangsa, Kad Visa Infinite Metal UOB mempunyai nilai bukan sahaja dari segi bentuk tetapi juga namanya. Ia adalah kad eksklusif yang direka khas bagi individu mewah dan arif yang menghargai kemudahan dan keselesaan serta gemar mengembara, mengunjungi restoran dan membeli-belah,” kata Encik Lim.

Encik Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa untuk Malaysia, berkata, “Kami amat berbesar hati untuk menjadi rakan kongsi UOB Malaysia dalam memperkenalkan Kad Visa Infinite Metal UOB. Hari ini, kami terus menyaksikan peningkatan dalam jumlah rakyat Malaysia yang mewah, iaitu hampir 20 peratus menurut tahun ke tahun. Kami percaya ia amat penting untuk menyediakan suatu produk khas kepada pemegang kad mewah bagi memenuhi keperluan pengembaraan dan gaya hidup premium mereka. Selain senarai manfaat pengembaraan mewah yang ditawarkan dalam produk ini, rakyat Malaysia yang mewah juga dapat menikmati perkhidmatan tetamu kami yang disediakan melalui aplikasi Concierge Visa. Concierge Visa menyediakan saluran masa nyata kepada pemegang kad mewah untuk mengatur perkhidmatan seperti tempahan hotel, penerbangan dan restoran.”

Kad Visa Infinite Metal UOB menawarkan pelbagai manfaat dan ganjaran lain kepada pelanggan termasuk akses kepada kelab ahli sahaja dan kelab golf berprestij di seluruh rantau ini, serta akses 24 jam ke perkhidmatan Concierge Visa. Kad Visa Infinite Metal UOB boleh didapati hanya melalui jemputan sahaja kepada pelanggan yang mempunyai pendapatan tahunan sekurang-kurangnya RM300,000 dan aset boleh dilabur melebihi RM3 juta dengan UOB Malaysia.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kad Visa Infinite Metal UOB, sila layari www.uob.com.my.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!
KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!
Coklat wafer KITKAT manis & masin yang pertama. PETALING JAYA, 27 Jun 2019 – Kepada semua penggemar coklat di seluruh...
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Meriahkan sambutan raya bersama Didi & Friends sepanjang Ramadan & Hari Raya Aidilfitri KUALA LUMPUR, 25 MEI 2019 – Bersempena...
HOMEGROWN E-WALLET BOOST TREAT USERS THIS RAMADAN WITH A CHANCE TO WIN THE PROTON X70
HOMEGROWN E-WALLET BOOST TREAT USERS THIS RAMADAN WITH A CHANCE TO WIN THE PROTON X70
Kuala Lumpur, 29 April – With Ramadhan being just around the corner, homegrown e-wallet Boost is introducing new features and...