Jelajah Bikers Kental 2

Jelajah Bikers Kental 2

KUALA LUMPUR, 14 Mac 2019 – Masanya telah tiba! Pakai helmet, jaket kulit dan sut lumba anda kerana Bikers Kental 2 sedang meluncur laju ke pawagam di seluruh negara pada 14 Mac 2019!

Sebuah kisah yang menyentuh perasaan mengenai ikatan persaudaraan serta kisah cinta yang tidak pernah luput ditelan zaman, ikuti Bidin al-Zaifa (lakonan Zizan Razak)  di dalam perjalanannya menuju ke Thailand bagi meminang kekasih idamannya, Cherry Porntit (lakonan Meau Jullangtip). Hasratnya itu bagaimanapun dihalang oleh seorang samseng yang kejam, Alburque D Al Capon (lakonan Ameerul Affendi) dan abang kandung Cherry, Ananda (lakonan Pont Cranium) seorang juara Muay Thai yang sentiasa mencurigai cinta adiknya.

Tayangan filem ini bakal disertai oleh siri jelajah yang diatur khas bagi menggalakkan interaksi antara para peminat dengan bintang-bintang filem berkenaan dan diadakan di lokasi berikut:

TARIKH LOKASI WAKTU KEMUNCULAN
15 Mac 2019 Johor

  1. TGV Tebrau City
  2. TGV Bukit Indah
  3. MBO Batu Pahat

2:30 petang – 3:30 petang

4:30 petang – 5:30 petang

8:00 malam – 9:00 malam

16 Mac 2019 Melaka

  1. GSC Dataran Pahlawan
  2. GSC AEON Bandaraya Melaka

Negeri Sembilan

  1. TGV Seremban Dua

2:00 petang – 3:00 petang

4:00 petang – 5:00 petang

8:00 malam – 9:00 malam

17 Mac 2019 Kuala Lumpur

  1. TGV Wangsa Walk
  2. TGV AU2
  3. MMC eCurve

Putrajaya

  1. GSC IOI City Mall

2:00 petang – 3:00 petang

4:00 petang – 5:00 petang

6:00 petang – 7:00petang

8:00 malam – 9:00 malam

21 Mac 2019 Selangor

  1. GSC Setia City Mall

7:30 petang – 9:00 malam

22 Mac 2019 Kedah

  1. GSC AmanJaya, Sungai Petani
  2. MBO Central Square, Sungai Petani

4:00 petang – 5:00 petang

6:00 petang – 7:00 petang

23 Mac 2019 Kedah

  1. GSC Aman Sentral, Alor Setar
  2. Kedah Bike Week, Alor Setar

2:00 petang – 3:00 petang

5:00 petang – 6:00 petang

24 Mac 2019 Pulau Pinang

  1. GSC Queensbay Mall
  2. TGV First Avenue
  3. GSC Sunway Carnival

2:00 petang – 3:00 petang

4:00 petang – 5:00 petang

7:00 petang – 9:00 malam

*Nota: Masa kemunculan para pelakon di setiap lokasi mungkin berbeza.

Siri jelajah ini bakal disempurnakan oleh pelakon-pelakon utama berserta dengan kemunculan istimewa bagi menyertai aktiviti dan pameran di Kedah Bike Week.

Share This
  • 5
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    5
    Shares

Similar Posts
IP MAN 4 : The Finale – THE GRANDMASTER OF WING CHUN, IP MAN RETURNS TO THE BIG SCREEN
IP MAN 4 : The Finale – THE GRANDMASTER OF WING CHUN, IP MAN RETURNS TO THE BIG SCREEN
A FILM SET DEDICATED TO IP MAN , SET UP FOR HALF A MILLION DOLLAR THE FOURTH INSTALLATION OF IP...
Kenyataan Rasmi KOMFIT Berhubung Perlantikan Ahmad Idham Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Kenyataan Rasmi KOMFIT Berhubung Perlantikan Ahmad Idham Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
KOMFIT menolak dan mempersoalkan perlantikan yang dibuat Lembaga Pengarah Finas, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui menterinya YB Gobind Singh Deo...
Ahmad Idham Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Ahmad Idham Kini Dilantik Ketua Pegawai Eksekutif FINAS
Berikut ialah kenyataan dari Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Dan Multimedia: “Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) ingin mengumumkan pelantikan...