Pemain Muda Harapan Sekolah Mengikuti Klinik Bola Sepak tajaan Cadbury bersama Michael Owen

Pemain Muda Harapan Sekolah Mengikuti Klinik Bola Sepak tajaan Cadbury bersama Michael Owen

Mondelez Menggalakkan Keseimbangan di Antara Pendidikan dan Kegiatan Aktif

PETALING JAYA, 18th Mac 2019 – Mondelez International (Malaysia), pengeluar jenama snek yang paling digemari, baru-baru ini telah mengadakan sesi latihan bola sepak khas bersama selebriti bola terkenal, Micheal Owen sempena kolaborasi Cadbury dengan Liga Perdana Inggeris. Seramai 50 pemain bola sepak dari SK Seksyen 18, Shah Alam dan SK Bandar Sunway mendapat pengalaman yang berharga dengan mempelajari teknik-teknik hebat daripada lagenda liga perdana itu sendiri. Sekolah- sekolah ini juga merupakan sekolah anak angkat dibawah program tanggungjawab sosial Mondelez iaitu Joy Schools.

Diadakan buat kali kedua, kolaborasi antarabangsa ini telah mewujudkan peluang untuk Mondelez dalam berkongsi pengalaman yang menakjubkan dengan berjuta-juta peminat bola sepak dari semua lapisan masyarakat. Pemain- pemain bola sepak muda ini didedahkan dengan pelbagai kemahiran selain daripada latihan yang diberikan, yang akan membantu mereka dalam menyelesaikan sebarang cabaran dan membuat keputusan apabila di lapangan penentuan.

Jame Kane, Pengarah Urusan, Mondelez International (Malaysia) berkata, “Bola sepak adalah lebih daripada sekadar permainan. Ia memberikan pengalaman yang berguna kepada para pemain yang akan disemat oleh mereka kemana sahaja sehinggalah mereka sudah berhenti bermain. Oleh itu, selaras dengan hasrat kami untuk memperkasakan para pelajar untuk mengambil langkah yang positif ke arah kesejahteraan menyeluruh dan mendapatkan keseimbangan yang baik diantara pendidikan dan bergiat aktif , disinilah kami mengamalkan salah satu cabang program Joy Schools iaitu Active Play.

“Kami menyediakan pelajar-pelajar ini dengan peluang untuk mengasah kemahiran mereka dalam bola sepak sambil menerapkan nilai-nilai positif melalui sukan dan pendidikan, mengajar mereka mengenai komitmen, tanggungjawab dan kerja berpasukan, sambil melakukan aktiviti yang menyeronokkan. Kami amat menggalakkan penglibatan fizikal yang akan menyumbang kepada pembangunan kemahiran sosial dan kognitif,” tambah James Kane.

Michael Owen berada di Malaysia sebagai sebahagian daripada pelancaran Cadbury F.C, yang merupakan kolaborasi antara Cadbury dan Liga Perdana Inggeris. Mengulas pada program tersebut, Michael Owen berkata, “Pengajaran yang saya perolehi daripada bermain bola sepak adalah tidak ternilai, oleh itu saya begitu teruja dapat berkongsi pengetahuan dan kemahiran saya dengan pemain-pemain muda yang luar biasa ini. Setiap permainan bola sepak adalah seperti cerita – ia adalah epik, tragedi, komedi, dan semuanya sekaligus. ”

“Sepanjang karier saya, saya sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dengan menjalani latihan yang mantap dan memberi contoh yang positif kepada orang-orang di sekeliling saya dan saya percaya bahawa ianya penting untuk menanamkan cinta untuk permainan dan menyampaikannya kepada generasi muda. Pelajar-pelajar ini mempunyai semangat yang tinggi, bertenaga, sangat fokus dan berdisiplin sepanjang sesi tersebut. Sungguh terharu rasanya melihat komitmen dan kesungguhan daripada anak-anak muda ini dan saya percaya jika mereka terus mempunyai sifat-sifat ini, mereka akan mampu cemerlang pada masa akan dating”, tambahnya.

Sejak penubuhannya di Asia Tenggara pada tahun 2011, Joy Schools telah memberi manfaat kepada kira-kira 11,500 pelajar di 25 buah sekolah di Filipina, Thailand, Indonesia, Vietnam dan Malaysia. Disokong oleh Kementerian Pendidikan Malaysia, aktiviti dibawah Joy Schools ini dilaksanakan melalui tiga cabang utama iaitu pendidikan mengenai nutrisi ( Nutrition Education) menyediakan akses kepada makanan segar ( Access to Fresh Food) dan menyokong kegiatan aktif (Active Play).

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Burgerlari Dijamin Halal, Tawar Burger Citarasa Malaysia Dengan Bahan Mentah Premium Dan Segar
Burgerlari Dijamin Halal, Tawar Burger Citarasa Malaysia Dengan Bahan Mentah Premium Dan Segar
Kuala Lumpur, 18 Jun – Burgerlari hari ini menerima sijil Halal dari JAKIM untuk kesemua menu yang ditawarkan di restorannya...
Capture Flavors in Bloom with new Springtime Favorites from Starbucks Malaysia
Capture Flavors in Bloom with new Springtime Favorites from Starbucks Malaysia
Experience a sip of spring with two new Cherry Blossom-inspired beverages KUALA LUMPUR (26 March 2019): Meet the two new...
A&W merilis 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad
A&W merilis 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad
Kini anda berpeluang memiliki A&W 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad sempena ulangtahun ke-100 pembukaan restoran makanan segera A&W sejak...