JUSTIFY YOUR S***Y TASTE: Filem DOUBLE DRAGON (1994)

JUSTIFY YOUR S***Y TASTE: Filem DOUBLE DRAGON (1994)

Lakonan Mark Dacascos, Scott Wolf, Julia Nickson, Alyssa Milano dan Robert Patrick.

Salah satu filem adaptasi video game terawal (yang dimulai dengan Super Mario Bros dan Street Fighter) ketika era emasnya, Double Dragon hampir tak didendang langsung. Gagal di mata pengkritik kerana cerita dan lakonannya yang teruk dan juga dialog yang cheesy (‘comedic scream’nya bersepah sampai tak terkira dengan jari), ia juga gagal dari segi kutipan tiket biarpun dibarisi nama yang famous di era 90’an seperti Robert Patrick (T-1000 dalam filem Terminator 2), Mark Dacascos (Only The Strong, Crying Freeman), Scott Wolf (Party of Five) dan Alyssa Milano (Who’s The Boss, Charmed). Ia diletakkan sebagai salah satu daripada top 10 filem adaptasi video game yang terburuk dalam sejarah dengan laman web Rotten Tomatoes memberi markah 8% dari keseluruhan 13 ulasan yang negatif.

Double Dragon ialah permainan video keluaran Technōs Japan sejak tahun 1987 dengan gameplay bertumbuk (beat ’em up) yang memperkenalkan dua watak saudara kembar, Billy Lee dan Jimmy Lee di mana pemain akan melalui cabaran beberapa level menentang bermacam-macam geng yang dikenali sebagai Black Warriors dalam misi untuk menyelamatkan kekasih Billy, Marian. Berbeza dengan versi filem di mana plotnya berkisar tentang dua beradik Lee yang cuba mempertahankan medalion yang diwarisi oleh ibu angkat mereka, Satori Imada. Medalion ini diburu oleh seorang ketua geng penjenayah bernama Koga Shuko bila mengetahui apabila dua medalion yang dikenali sebagai Double Dragon ini digabungkan, ia bakal memberi kuasa luar biasa buat pemakainya.

Fun fact: Paul Dini ialah seorang penulis filem ini. Di era 90’an, dia amat dikenali sebagai penerbit dan penulis skrip untuk siri animasi Warner Bros. seperti Tiny Toon Adventures, Batman: The Animated Series, Freakazoid! dan pencipta watak komik DC, Harley Quinn. Dia juga pernah muncul sebagai cameo dalam filem Jay and Silent Bob Strike Back.

Share This
  • 9
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
    9
    Shares

Similar Posts
KidZania Kuala Lumpur dan Kumpulan Syarikat KRU Bekerjasama Dalam Memperkenalkan Penciptaan Animasi di Kalangan Kanak-kanak
KidZania Kuala Lumpur dan Kumpulan Syarikat KRU Bekerjasama Dalam Memperkenalkan Penciptaan Animasi di Kalangan Kanak-kanak
Petaling Jaya, 4 Jun 2019 – KidZania Kuala Lumpur, sebuah pusat pembelajaran dan hiburan tertutup kini memperkenalkan satu tarikan baharu...
AVENGERS ENDGAME & KONSEP PENGEMBARAAN MASA
AVENGERS ENDGAME & KONSEP PENGEMBARAAN MASA
Ini adalah tulisan tentang konsep pengembaraan masa (time travel) yang digunakan dalam ‘Avengers: Endgame’. Bagi saya, konsep pengembaraan masa yang...
UNLEASH THE SUPERHERO IN YOU WITH THE OPPO F11 PRO MARVEL’S AVENGERS LIMITED EDITION
UNLEASH THE SUPERHERO IN YOU WITH THE OPPO F11 PRO MARVEL’S AVENGERS LIMITED EDITION
Kuala Lumpur, 10th April 2019 — With the release of the latest Marvel movie – Avengers: Endgame – OPPO Malaysia...