Pertunjukan Robot AI Pertama di Hotel Grand Ion Delemen, Pangsapuri Servis Penuh Tertinggi

Pertunjukan Robot AI Pertama di Hotel Grand Ion Delemen, Pangsapuri Servis Penuh Tertinggi

Genting Highlands, 24 Mac – Pertunjukan sulung robot AI Malaysia diperkenalkan secara eksklusif di Hotel Grand Ion Delemen, pangsapuri servis penuh tertinggi yang terletak Genting Highlands. Dianjurkan oleh Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia (Malaysia Jiangsu Chamber Of Commerce) dan Kelab AI Malaysia, acara ini bertujuan menjadi perintis dalam mewujudkan kesedaran mengenai peruncitan baru O2O (dalam talian kepada luar talian) di mana perniagaan sederhana kecil di Malaysia dapat mengadaptasi penggunaan AI.

Para tetamu di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands telah dihiburkan oleh 20 robot humanoid yang boleh melakukan pelbagai aktiviti seperti menari, menyanyi dan mempersembahkan aksi seni mempertahankan diri. Pada majlis itu, yang dilancarkan oleh Damian Yeo, Ahli Dewan Undangan Negeri Untuk Duyong dan Dato’ Sri Yap Ngan Choy, Presiden Dewan Perniagaan Jiangsu Malaysia, 20 robot mendendangkan tetamu dengan persembahan pertama mereka di Malaysia. Selain memaparkan gerakan tarian yang selari, robot humanoid tersebut juga menarik perhatian penonton dengan ketangkasan dan fleksibiliti mereka.

“NCT sentiasa mempercayai kepelbagaian. Mengorak langkah dari pembinaan ke pembangunan hartanah ke pengurusan hotel, NCT tidak pernah berhenti meneroka kepelbagaian dan perubahan. Melihat keperluan dan kepentingan teknologi, NCT juga akan menceburi bidang pembangunan teknologi. Ini adalah sehaluan dengan misi NCT untuk menerajui innovasi dan menjadi salah satu jenama terkemuka,” kata Dato’ Sri Yap Ngan Choy yan juga Pengarah Urusan Kumpulan NCT.

Dikawal oleh aplikasi dan suara, robot-robot tersebut telah memecahkan rekod dunia sebagai robot terbanyak menari secara serentak. Diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Guangzhou Baiyun, sejumlah 1,100 kumpulan penari mekanikal melengkapkan rutin 60 saat secara serentak dengan sempurna, yang juga melayakkan mereka untuk Rekod Dunia Guinness.

“Terdapat keperluan untuk mendidik dan berkongsi perkembangan teknologi dengan orang lain, terutamanya generasi muda. Saya percaya mereka ingin tahu dan berminat untuk mempelajari bagaimana teknologi, terutamanya bagaimana AI telah mengubah dunia. Oleh itu, NCT berharap untuk menyediakan satu platform yang membolehkan orang ramaimendekati dan mengenali teknologi dengan lebih dalam,” tambah Dato’ Sri Yap Ngan Choy.

Turut hadir di acara tersebut ialah Mr. Li Ce, Pengasas Robot Dobi. Juga dikenali sebagai pemimpin industri robot di China, Mr. Li Ce memiliki beberapa paten inovasi. Ini adalah kerjasama pertama beliau dengan NCT.

Robot-robot tersebut dijangka menjadi tarikan utama di Hotel Grand Ion Delemen, Genting Highlands. Pengunjung boleh menangkap menyaksikan persembahan mereka dari Isnin hingga Ahad pada masa berikut:
Tengah Hari – 12.30 pm, 1.30 pm, 2.30 pm
Petang – 3.30 pm, 5.30 pm
Malam – 6.30 pm, 7.30 pm, 8.30 pm

Untuk maklumat lanjut, hubungi 03-8064 3333 atau emel dobi@nct.net.my atau ikuti NCT Group of Companies di Facebook.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
OPPO and Netflix Work Together To Deliver Exquisite Viewing Experience on Reno3 Series
OPPO and Netflix Work Together To Deliver Exquisite Viewing Experience on Reno3 Series
KUALA LUMPUR, 28th May 2020 — OPPO, a world-leading smartphone brand, today announced that it has entered a partnership with...
OPPO teams up with Hanis Zalikha to bring  Find X2 to Malaysia on March 10
OPPO teams up with Hanis Zalikha to bring  Find X2 to Malaysia on March 10
KUALA LUMPUR, 4th March 2020 — The highly anticipated OPPO flagship smartphone is officially launching in Malaysia! As we draw...
Celebrate the Holiday Season with Samsung’s 10th Galaxy Anniversary Premium Bundle!
Celebrate the Holiday Season with Samsung’s 10th Galaxy Anniversary Premium Bundle!
Kuala Lumpur, 29 November – It’s that time of the year again, when many of us start thinking about getting...