Record Store Day : Perayaan Yang Paling Dinanti Setiap Tahun

Record Store Day : Perayaan Yang Paling Dinanti Setiap Tahun

Salah satu perayaan yang mungkin begitu asing dan tidak diketahui di kalangan masyarakat Malaysia adalah Hari Kedai Muzik. Kali ini Backstage menyingkap sebuah perayaan yang sangat dinantikan oleh peminat muzik. Jadi terimalah Record Store Day.

Asalnya perayaan ini diilhamkan oleh seorang mamat bernama Chris Brown (tiada kena mengena dengan artis R&B dengan nama yang sama) yang merupakan pekerja di sebuah kedai muzik bebas Bull Moose yang terletak di Maine dan New Hampshire di mana dia inginkan sebuah hari istimewa untuk meraikan kedai rekod seperti Free Comic Book Day yang meraikan komik dan grafik novel di kedai komik. Diasaskan pada 2007 oleh beberapa orang individu yang dikenali sebagai Eric Levin, Michael Kurtz, Carrie Colliton, Amy Dorfman, Don Van Cleave dan Brian Poehner sebagai salah satu budaya pop generasi baru yang melibatkan penglibatan 700 pemilik kedai muzik bebas di seluruh tanah Amerika dan segelintirnya juga pemilik di luar Amerika. Bulan April setiap tahun telah dipilih sebagai hari perayaan tersebut. Ia diraikan pada hari Sabtu. Record Store Day adalah satu hari di mana pemilik-pemilik kedai ini akan bersama-sama meraikannnya dengan menjadikan muzik itu sebagai satu seni, bukannya satu bentuk nilai komersil. Rilisan istimewa sempena perayaan itu turut diriliskan. Antaranya koleksi vinil, kaset dan CD yang sangat-sangat rare dan sukar diperolehi di kedai-kedai muzik arus perdana. Pakej rilisannya melibatkan promosi, album edisi terhad dan album rilisan untuk perayaan itu sahaja. Harganya juga begitu murah dan sangat berpatutan. Awas! Ia hanya dikeluarkan secara eksklusif untuk hari itu sahaja.

Sepanjang perayaan RSD, artis dan pemuzik yang terlibat akan membuat kemunculan istimewa dan satu siri persembahan untuk para peminat mereka. Acara seperti kesenian juga turut diadakan iaitu lukisan badan. Berbagai-bagai peristiwa berlaku sepanjang perayaan ini berlangsung. Tiada diskriminasi genre muzik dalam perayaan ini. Semua genre muzik terlibat dalam acara yang diadakan setahun sekali ini.

RSD 2008
Kugiran metal tersohor iaitu Metallica pernah terlibat dengan  Record Store Day Rasputin Music yang berlangsung di Mountain View pada 19 April 2008. Pada tahun ini dianggarkan hanya terdapat sekurang-kurangnya 10 rilisan istimewa sempena perayaan ini. Rilisan tersebut daripada artis seperti Death Cab For Cutie, REM, Stephen Malkmus, Vampire Weekend, The Teenagers, Black Kids, and Jason Mraz. Pada masa ini juga Billy Bragg bertemu salah seorang pengasas perayaan ini iaitu Micheal Kurtz di lapangan terbang dan mereka bersetuju untuk mengembangkan perayaan ini ke UK dengan turut menampilkan persembahan secara langsung artis yang terlibat. Dianggarkan sebanyak 300 buah kedai meraikannya di US seperti Waterloo Records, Silver Platters, Twist & Shout, School Kids Records, Vintage Vinyl,Easy Street, Zia Records, Criminal Records, dan Grimey’s. Manakala di UK pula melibatkan penyertaan kedai seperti Piccadilly Records di Manchester, Jumbo Records di Leeds, Resident di Brighton, Sister Ray dan Rough Trade di London, Rapture di Witney, Oxfordshire, Spillers di Cardiff dan Avalanche Records di Edinburgh dan Glasgow.

RSD 2009
Perayaan tahunan kali kedua Record Store Day untuk tahun 2009 telah diadakan pada hari Sabtu 18 April 2009. Semasa perayaan ini dianggarkan sebanyak 85 rilisan istimewa diriliskan. Begitu juga dengan penampilan istimewa artis seperti Tom Waits, Bob Dylan, Leonard Cohen, Iron & Wine, The Stooges, MC5, Wilco, Disturbed, Killswitch Engage, Erykah Badu, Talib Kweli dan Eagle Of Death Metal. Jumlah keseluruhan artis yang terlibat tampil dalam perayaan ini di US seramai 500 orang. Malah salah seorang ahli kumpulan Wilco Jeff Tweedy menegaskan bahawa mungkin tidak ada grup Wilco sekiranya tiada perayaan ini. Malah grup Wilco juga turut membuat penampilan mengejut di Disc Exchange dekat Knoxville. Ahli kugiran Eagle Of Death Metal Jesse Hughes diumumkan sebagai Duta Record Day Store dan membuat penampilan di Rhino Records. Datuk Bandar New York City Mike Bloomberg secara rasmi membuat pengiktirafan perayaan ini sebagai satu acara yang setaraf rancangan American Idol. Malah para juri rancangan tersebut turut bercerita tentang perayaan ini. American Idol turut menyelitkan perayaan ini di dalam salah satu episodnya. Hampir 95 peratus rilisan istimewa dibikin untuk perayaan ini. Umpama seperti jangkitan virus, perayaan ini semakin berkembang ke negara seperti UK, Ireland, Jepun, Kanada, Itali, Sweden, Norway, Belanda dan Jerman.

RSD 2010
Kali ketiga perayaan ini berlangsung pada hari Sabtu 17 April 2010 yang lepas. Sambutan kali ini begitu meriah di mana ramai grup muzik membuat penampilan semula selepas sepi dari merakam material baru. Josh Homme dari Them Crooked Vultures mengumumkan bahawa dia merupakan duta rasmi untuk tahun ini. Malah grup ini turut mengeluarkan edisi istimewa vinil bersaiz 10 yang dimuatkan lagu-lagu unreleased mereka. Kugiran Britrock UK Blur turut meriliskan single berjudul Fool’s Day sempena meraikan hari tersebut. The Smasing Pumpkins pula meriliskan album yang disertai dengan konsert istimewa di Amoeba Hollywood sebagai tanda mereka meraikannya. Artis lain yang turut membuat penampilan seperti Alice In Chains, Mastodon, HIM, Slash, Sick Puppies, Eagle Us Pets dan Care Bears on Fire. Hampir 150 rilisan istimewa berbentuk vinil dan cd dikeluarkan. Antaranya John Lennon, Bruce Springsteen, LCD Soundsystem, Devo, The Flamming Lips, MGMT,Built To Splill, Gorillaz, The Rollng Stones, Modest Mouse, Muse dan banyak lagi. Sebuah buku berjudul “Last Shop Standing: Whatever Happened to Record Shops oleh Graham Jones” dikeluarkan sebagai buku rasmi. Tahun ini Bandar raya New York turut sama meraikannya.

Perayaan ini juga turut member peluang kepada bakat-bakat muda untuk mempamerkan bakat mereka bermain muzik. Malah turut diadakan acara seperti pertandingan juara kugiran antara sekolah menengah atas di US. Band yang menang akan ditampilkan dalam rilisan vinil edisi terhad yang hanya diriliskan untuk hari itu sahaja. Band SANUK merupakan pemenang pertama untuk pertandingan ini. Pada 2010 hampir 1400 buah kedai muzik bebas terlibat. Sebanyak 1000 buah di US dan selebihnya di serata dunia. Jualan album meningkat sebanyak 41 peratus berbanding tahun sebelumnya. Perayaan ini turut memberikan impak kerana turut menarik perhatian dan ditampilkan dalam rancangan Saturday Night Live.

RSD 2019 – sedekad Record Store Day
Selepas lebih sedekad, RSD kini disambut serata dunia dengan hari Sabtu, 13 April 2019 ditabalkan sebagai hari istimewa ini. Band Pearl Jam dipilih sebagai duta RSD tahun ini. Rilisan-rilisan istimewa yang bakal diterbitkan khas sempena RSD2019 antaranya ialah, Bohemian Rhapsody: The Original Soundtrack picture disc, Peter Gabriel – Rated PG picture disc (koleksi lagu dari filem karya Peter Gabriel), album Bob Dylan – Blood on the Tracks — Original Test Pressing, album soundtrack Lost in Translation (yang pertama kali dirilis dalam bentuk vinil sejak filemnya diterbitkan pada tahun 2003) album posthumous dari J. J. Cale – Stay Around, Green Day – Live! Woodstock ’94 sempena 25 tahun persembahan mereka di acara muzik bersejarah itu dan album Live at the Borderline 1991 dari R.E.M.

Di Malaysia, Record Day Store tahun ini diadakan di kedai-kedai muzik seperti Teenage Head Records, Fenomena Music dan Sputnik Rekordz (milik vokalis The Times, Naza) dengan rilisan khas dari band-band dan artis rakaman tempatan seperti ACAB, The Times, Search, XPDC, Ferns, Telebury, Couple, Force Vomit, Prasasti, OAG diikuti persembahan khas dari Couple, Pastel Lite, Prasasti, Kopratasa, Dilla Hussein, Khadijah Ibrahim, The Times, Pitahati, Search & Friends, Inaz, Shima, Adam John (Rock N’ Roll John), The Boys dan ramai lagi.

Ditulis, disalin-tampal dan diterjemah secara tak berkala oleh Nataza Mohd Hafiz dan Nazri Ahmadeus. Artikel ini pernah diterbitkan di majalah ROTTW.

Kredit foto: Sputnik Rekordz, Teenage Head Records, Fenomena Music

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Kena Bayar Nyanyi Lagu Saleem, Bekas Anggota Iklim Tampil Beri Penjelasan
Kena Bayar Nyanyi Lagu Saleem, Bekas Anggota Iklim Tampil Beri Penjelasan
Laporan Mstar baru-baru ini menyebut Julia Bachok, balu kepada Allahyarham Saleem yang merupakan penyanyi kumpulan Iklim memberi amaran kepada siapa...
Frank Iero And The Future Violents Signs To UNFD; Release New Video For “Young And Doomed”
Frank Iero And The Future Violents Signs To UNFD; Release New Video For “Young And Doomed”
RELEASE MUSIC VIDEO FOR NEW SINGLE “YOUNG AND DOOMED”. NEW ALBUM ‘BARRIERS’ OUT MAY 31st. PRE-ORDER HERE: unfd.lnk.to/Barriers March 22nd,...
Samsung Malaysia Ignites the ‘Era of Live’
Samsung Malaysia Ignites the ‘Era of Live’
Bringing flagship features into the all-new Galaxy A50 and Galaxy A30 to meet the needs of young digital consumers KUALA...