SHAZAM! CAPTAIN MARVEL YANG MENGEMBARA DENGAN MOTORHOME

SHAZAM! CAPTAIN MARVEL YANG MENGEMBARA DENGAN MOTORHOME

Sebelum ianya menjadi filem live-action dalam universe DCEU, SHAZAM! pernah diadaptasi ke siri televisyen live-action pada tahun 1974 terbitan Filmation. Siri ini dilakonkan oleh Michael Gray sebagai Billy Batson, seorang remaja yang boleh bertukar menjadi adiwira bernama Captain Marvel, (lakonan Jackson Bostwick pada awalnya, kemudian digantikan oleh John Davey), di mana dia ditemani seorang penjaga yang hanya dipanggil sebagai “Mentor” (lakonan Les Tremayne). Siri ini menyaksikan Billy mengembara ke seluruh negara dengan kenderaan motorhome untuk menegakkan keadilan. Siri yang penuh dengan moral dan kata-kata hikmah ini sempat bersiaran selama tiga musim.

Siri televisyen Shazam! juga bukan yang kali pertama mengadaptasi siri komik ini ke bentuk live-action malah sejak seawal 1941 lagi melalui filem bersiri hitam putih 12 bahagian, Adventures of Captain Marvel pernah diterbitkan oleh Republic Pictures. Ia diakonkan oleh Tom Tyler sebagai Captain Marvel dan Frank Coghlan, Jr. sebagai Billy Batson, di mana ketika itu populariti Captain Marvel dikatakan mengatasi Superman.

Filem Shazam! kini ditayangkan di pawagam edaran Warner Bros. Pictures.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
GERAN: APA KATA PENONTON?
GERAN: APA KATA PENONTON?
Filem aksi yang mempertaruhkan seni silat ini jarang (mungkin kali terakhir bila Z Lokman mempersembahkan Mahaguru tahun lalu tapi tak...
Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi!
Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi!
Perjalanan sinematik sepanjang Eropah melalui 19 filem pemenang anugerah KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2019: Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF), antara...
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
“Little Nights, Little Love” kicks off JFF 2019 in Klang Valley KUALA LUMPUR — The Japanese Film Festival 2019 officially...