LAHIRKAN BIBIT-BIBIT CINTA DENGAN NYANYIAN MELALUI ‘LAGU CINTA KITA’, PROGRAM TERBARU TV3

LAHIRKAN BIBIT-BIBIT CINTA DENGAN NYANYIAN MELALUI ‘LAGU CINTA KITA’, PROGRAM TERBARU TV3

Kuala Lumpur, 12 April 2019 – Semua orang boleh menyanyi, tetapi untuk menyanyi dengan baik dan memikat hati, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Begitu juga dengan perhubungan, bukan mudah untuk mendekati dan mengenali seseorang tanpa keserasian dan kesefahaman. Mampukah cinta berputik melalui lagu cinta pertama?

Itulah keistimewaan dan juga cabaran dalam program realiti terbaharu iaitu “Lagu Cinta Kita”, yang mencari pasangan duet yang bakal disiarkan buat pertama kalinya secara digital selama satu jam menerusi laman YouTube TV3 Malaysia pada 19 April ini, setiap Jumaat & Sabtu, 9.00 malam. Manakala bagi siaran di TV3 pula, program ini hanya mempunyai 3 episod, dan akan bertemu dengan para penonton mulai 21 April, pada setiap setiap Ahad, 3.00 petang selama dua jam, manakala episod terakhir hanya akan bersiaran selama satu jam.

Diadaptasi daripada program popular Vietnam iaitu ‘Love At First Song’, Lagu Cinta Kita ini merupakan sebuah program yang menggabungkan pertandingan nyanyian dan “dating”, di mana idea asal format ini adalah dari CJ ENM, sebuah syarikat media dan penyiaran Korea Selatan. Selain perlu memiliki bakat nyanyian dan vokal yang bagus, seorang penyanyi juga perlu bijak mencari keserasian jika bergandingan dengan pasangan duet ketika membuat persembahan.

Menurut Encik Johan Ishak selaku Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad,“Konsep program Lagu Cinta Kita ini akan menguji keserasian setiap pasangan,di mana mereka perlu saling mengenali antara satu sama lain terdahulu, untuk memastikan pasangan duet mereka adalah yang terbaik. Kami ingin melahirkan lebih ramai lagi pasangan duo setanding Ernie Zakri dan Syamel, yang pernah mencipta fenomena di pentas Anugerah Juara Lagu 32. Persembahan duet yang menggabungkan dua suara hebat seperti mereka sememangnya akan menambat perhatian orang ramai. Selain itu, kami juga ingin mengucapkan jutaan kepada penaja utama program ini iaitu Huawei Nova 4 & 4E, serta Rexona dan McCafe selaku penaja bersama yang telah bekerjasama menjayakan program ini, ”
Tertumpu kepada golongan lelaki dan wanita dalam lingkungan umur dari 18 hingga 45 tahun, program Lagu Cinta Kita ini dihoskan oleh Nana Mahazan. Nyanyian dan keserasian setiap peserta akan dinilai oleh juri tetap iaitu Scha Al-Yahya, Hael Husaini serta seorang juri jemputan pada setiap minggu, manakala Ajai pula menggalas tugas sebagai penasihat vokal.

Konsep program “Lagu Cinta Kita”
16 peserta yang telah terpilih dari ujibakat akan dibahagikan kepada 8 pasangan. Di konsert pertama, peserta perlu menjayakan misi utama mereka iaitu membuat persembahan duet di hadapan juri dan penonton. Menariknya, peserta langsung tidak mengetahui siapakah pasangan duet mereka. Mereka bergandingan berdasarkan lagu pilihan sendiri.

Pada episod kedua, keputusan persembahan setiap pasangan terletak kepada jumlah markah undian dari panel juri sebanyak 50%, manakala lagi 50% undian pula oleh juri awam. Namun, pada episod seterusnya, undian adalah 100% dari panel juri.
Selepas berjaya melepasi konsert pertama, setiap pasangan perlu melengkapkan segala misi yang diberikan dalam episod seterusnya iaitu ‘Camp Love Song’, dan membuat persiapan untuk persembahan seterusnya. Setiap pasangan juga akan diberi peluang untuk menukar pasangan mereka (re-matching), dengan syarat pasangan mereka harus bersetuju dengan penukaran tersebut.

Pada konsert minggu seterusnya, setiap pasangan perlu membuat persembahan mengikut tema OST yang diberi seperti drama, filem atau muzikal. Mereka juga perlu melakonkan semula watak-watak pasangan popular, dan pelbagai lagi. Bagi pasangan dengan markah terendah, mereka akan disingkirkan.

Pemenang akan membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 serta hadiah eksklusif daripada penaja.

Lagu Cinta Kita dibawakan khas oleh Huawei Nova 4 & 4E, pengalaman swafoto yang menakjubkan, Rexona; kesegaran dengan setiap pergerakan anda dan dihangatkan oleh McCafe. Krew penerbitan Lagu Cinta Kita diketuai oleh Tengku Sahilawati Tengku Johari (Boboy) selaku Penerbit Eksekutif, dan Aiezul Reza (Bundle) sebagai penerbit merangkap pengarah.

Jangan ketinggalan untuk saksikan Lagu Cinta Kita bermula pada 19 April ini, setiap Jumaat & Sabtu di laman YouTube TV3 Malaysia pada pukul 9.00 malam. Manakala bagi siaran di TV3 pula, program ini akan disiarkan mulai 21 April ini, pada setiap hari Ahad, pukul 3.00 petang.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
SUATUKALA 2: KEMBARA LUAR BIASA BERMULA CUTI SEKOLAH INI BERSAMA MAGIS PERSAHABATAN YANG TIADA TANDINGAN!
SUATUKALA 2: KEMBARA LUAR BIASA BERMULA CUTI SEKOLAH INI BERSAMA MAGIS PERSAHABATAN YANG TIADA TANDINGAN!
‘SUATUKALA 2 – Timun Mas & Ijo’ diinspirasikan dari kisah rakyat serumpun. Pelakon wanita sensasi, Fasha Sandha hebat menjiwai watak...
Soap Opera: Mencari Punca dan Akar Drama Slot Akasia 7 Petang
Soap Opera: Mencari Punca dan Akar Drama Slot Akasia 7 Petang
Kalau penonton tempatan cukup membenci tahap menyirap dengan drama pukul 7 petang yang asyik-asyik cinta anak Datuk anak orang kaya...
Spotify listeners are obsessed with music from Stranger Things
Spotify listeners are obsessed with music from Stranger Things
With the premiere of the third season of Stranger Things just around the corner, we took a look at how...