Kena Bayar Nyanyi Lagu Saleem, Bekas Anggota Iklim Tampil Beri Penjelasan

Kena Bayar Nyanyi Lagu Saleem, Bekas Anggota Iklim Tampil Beri Penjelasan

Laporan Mstar baru-baru ini menyebut Julia Bachok, balu kepada Allahyarham Saleem yang merupakan penyanyi kumpulan Iklim memberi amaran kepada siapa yang mahu menggunakan lagu Allahyarham untuk tujuan raih keuntungan perlu meminta izin terlebih dahulu. Komen beliau sebenarnya merujuk kepada syarikat rakaman yang mempromosi anak kepada Saleem, Syafiq Farhain dengan menggunakan nama Saleem tanpa kebenaran.

Umum melihat seolah-olah Julia tidak membenarkan lagu atau nama Saleem digunakan tanpa keizinan dan bayaran. Umum juga tahu Saleem sebenarnya lebih terkenal dengan lagu-lagu nyanyiannya bersama kumpulan Iklim seperti Bukan Aku Tak Cinta, Suci Dalam Debu, Gerhana Cinta Luka, Di Pintu Mahligai, dan Blues Terengganu Kita antaranya yang ditulis oleh komposer-komposer lain.

Salah seorang bekas anggota Iklim iaitu Mohalim Salleh, selaku pemain bass yang boleh dikatakan terlibat dalam hampir kesemua album studio Iklim tampil memberi pandangannya berhubung isu ini:

“Entahlah, malas nak cakap banyak. Kalau diambil kira Saleem hanya sebagai penyanyi, lagu ciptaan beliau rasanya ada satu dua je kat dalam album solo beliau. Dalam Iklim, semua lagu adalah ciptaan komposer-komposer yang terlibat, jadi tak perlulah mengaku lagu dia kot,” jelas beliau.

Mohalim bersama Allahyarham Saleem

Antara komposer yang pernah menyumbang lagu untuk Iklim ialah Wan Zul, Siso, Azam Dungun, Umarul, Mohalim,Syed Amran, S Amin Shahab, Zurain, Usop, Anuar Dahlan, Eddie Hamid, M Nasir, Isa Gravity, Rosli Ali, Rashid Somantri, Dadang S Manaf, Saiden, Sani, Dr Wan Zawawi dan ramai lagi. “Ingat orang-orang ini. Semua ini ada hakcipta dan ada royalti pemilik,” tambah Mohalim.

Kumpulan Iklim di zaman kegemilangan mereka. Kredit foto: Mohalim Salleh

Rata-rata netizen melihat kenyataan Julia Bachok bersifat lebih sudu daripada kuah. Salah satu komen ini menyebut: “Komposer lagu beres je. Tak ada sampai nak claim, nak tuntut itu ini. Siapa nak nyanyi, dipersilakan. Contohnya, M Nasir. Lagu-lagunnya dinyanyikan sesiapa saja. M Nasir tak tuntut pun. Makcik ni yang lebih-lebih. Dia tak tahu banyak pasal dunia nyanyian. Sekadar menumpang suami sebagai penyanyi saja.”

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Record Store Day : Perayaan Yang Paling Dinanti Setiap Tahun
Record Store Day : Perayaan Yang Paling Dinanti Setiap Tahun
Salah satu perayaan yang mungkin begitu asing dan tidak diketahui di kalangan masyarakat Malaysia adalah Hari Kedai Muzik. Kali ini...
Frank Iero And The Future Violents Signs To UNFD; Release New Video For “Young And Doomed”
Frank Iero And The Future Violents Signs To UNFD; Release New Video For “Young And Doomed”
RELEASE MUSIC VIDEO FOR NEW SINGLE “YOUNG AND DOOMED”. NEW ALBUM ‘BARRIERS’ OUT MAY 31st. PRE-ORDER HERE: unfd.lnk.to/Barriers March 22nd,...
Samsung Malaysia Ignites the ‘Era of Live’
Samsung Malaysia Ignites the ‘Era of Live’
Bringing flagship features into the all-new Galaxy A50 and Galaxy A30 to meet the needs of young digital consumers KUALA...