Doraemon Promosi Tahun Melawat Malaysia: Animas Kesal

Doraemon Promosi Tahun Melawat Malaysia: Animas Kesal

Merujuk kepada berita yang tular hari ini, mengenai Balai Seni Visual Negara akan membawa pameran Doraemon ke Malaysia sempena Tahun Melawat Malaysia 2020.

Animas menzahirkan kekecewaan atas perkara ini. Sebagai persatuan yang dibarisi dan didokong oleh penggiat animasi tempatan, kami menyeru kerajaan khususnya pihak BSVN agar kreatif menampilkan watak animasi tempatan dalam rangka promosi berkaitan. Ini memberi justifikasi karyawan animasi tempatan diraikan dan dihargai.

Laporan Berita Harian mengenai Doraemon mempromosi Tahun Melawat Malaysia


Malaysia tidak kurang hebat dengan watak animasi sedia ada, antaranya Lat Kampung Boy, Upin dan Ipin, Boboi Boy, Usop Sontorian, Keluang Man dan lain lain yang pernah dan yang masih digemari penonton.

Animas tidak membantah secara total mana mana usaha mempromosi negara dan pelancongan melalui tarikan animasi luar seperti Doraemon ini, apatah lagi ia memang digemari ramai. Namun kami juga mengharapkan karya tempatan dapat dibariskan bersekali atas sifat silang budaya selain menjulang kreativiti tempatan kepada khalayak antarabangsa. Tahun Melawat Malaysia adalah juga medan menzahirkan budaya kita kepada pelancong dari pelbagai pelosok dunia.

Persatuan Animasi Malaysia (Animas)
23 April 2019

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
STUNNING FLORAL ARRANGEMENTS AT TOKYO STREET BY IKENOBO IKEBANA
STUNNING FLORAL ARRANGEMENTS AT TOKYO STREET BY IKENOBO IKEBANA
KUALA LUMPUR, 9 AUGUST 2019 – Malaysia’s leading premier shopping destination, Pavilion Kuala Lumpur hosted Ikenobo Malaysia, a prestigious chapter...
OLABOLA THE MUSICAL KEMBALI KE ISTANA BUDAYA
OLABOLA THE MUSICAL KEMBALI KE ISTANA BUDAYA
Sekitar malam pembukaan OLA BOLA THE MUSICAL di Istana Budaya yang memasuki tahun kedua selepas pementasan pertama tahun lalu yang...
The Regent of Kelantan Attends ‘Kelantan: Splendeurs d’un Sultanat’ Exhibition in France
The Regent of Kelantan Attends ‘Kelantan: Splendeurs d’un Sultanat’ Exhibition in France
Paris, France, 2 April 2018 – Key officials, diplomats and authorities from France and Malaysia in Paris gathered around HRH Regent...