SURIA KLCC MERAIKAN GALERI FESYEN LELAKI PERTAMA DI MALAYSIA

SURIA KLCC MERAIKAN GALERI FESYEN LELAKI PERTAMA DI MALAYSIA

Kuala Lumpur, 25 April 2019 –Suria KLCC kini menawarkan pengalaman membeli belah yang berbeza dengankejayaan pembukaan Galeri Fesyen Lelaki, galeri khusus yang menghimpunkanpelbagai koleksi terkini dari label pakaian lelaki terbaik di dunia

Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai EksekutifSuria KLCC Sdn Bhd, berkata Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC diperkenalkanseiring dengan trend global lelaki yang semakin bergaya dalam pilihan stailmereka.

“”Bagi lelaki moden, fesyen dan penampilan merupakansalah satu alternatif untuk mengekspresikan diri. Dengan stail yang unik danpenjagaan diri yang rapi, mereka merancakkan lagi industri fesyen tempatanserta mencetus kepelbagaian dalam pilihan rekaan yang menambat hati.” kataAndrew.

Berkeluasan 38,000 kaki persegi di Tingkat Satu Suria KLCC,Galeri Fesyen Lelaki memenuhi keperluan dan permintaan setiap lelaki bergaya.Ia menghimpunkan pelbagai jenama pereka fesyen terkemuka seperti BrookBrothers, Coach Men, Hugo Boss dan Michael Kors. Turut serta adalah jenamaseperti Bally, Boggi Milano, Dunhill, Dior Men dan Fendi Men – rangkaian jenamaantarabangsa yang hanya eksklusif ditawarkan di Suria KLCC.

Fashion show featuring the latest collection from Bally, Brooks Brothers, Michael Kors, Montblanc and Tumi

Selain menempatkan pelbagai jenama mewah, Galeri Fesyen Lelaki juga menempatkan jenama rias lelaki tersohor dunia, Truefitt & Hill; pakar audio inovatif, Sennheiser dan beberapa jenama jam tangan terkemuka seperti Breitling, Rado, Rolex, Montblanc, Cortina Watch, Tag Heuer, Longines dan Omega.

Menurut Andrew lagi, “Melihat permintaan yang semakin meningkat terhadap fesyen lelaki, Suria KLCC bercadang untuk memperluaskan Galeri Fesyen Lelaki dengan lebih banyak jenama untuk menarik perhatian pengunjung. Ini sejajar dengan slogan Suria KLCC iaitu “Sentiasa Sesuatu Yang Baru”. Kami ingin menjadi destinasi pilihan pengunjung untuk fesyen lelaki.”

Majlis Pelancaran Meriah

Bertemakan Cahaya Dan Cermin, majlis pelancaran Galeri FesyenLelaki Suria KLCC dihadiri

pelbagai tetamu termasuk rakan kongsi perniagaan Suria KLCC,pelanggan VIP, ahli Kelab Ferrari, pengaruh sosial media dan rakan media.

Malam gemilang dikemudi oleh pengacara Sarah Lian dan turutkelihatan rakan-rakan selebriti Sazzy Falak, Thanuja Ananthan dan Peter Davisyang bersama mengabadikan kenangan di Bilik Infiniti. Tetamu juga berpeluangmembeli belah dengan tawaran eksklusif oleh Hugo Boss, Rimowa, Coach Men,Longines dan lain-lain di Galeri Fesyen Lelaki. Selain itu, tetamu turutdihiburkan dengan persembahan jazz yang menarik dari Q Sound Band danpertunjukan fesyen koleksi terbaru Bally, Brook Brothers, Michael Kors,Montblanc dan Tumi.

Turut disediakan Gentlemen’s Lounge, yang diilhamkan olehfilem The Kingsman di mana tetamu dapat menikmati rawatan wajah percuma dariTruefitt & Hill. Selain itu, bengkel mini dari jenama terkenal Rado danBreitling serta sesi pendengaran oleh jenama fon kepala termahal di dunia,Sennheiser turut memeriahkan suasana.

Jenama Pilihan Galeri Fesyen Lelaki Suria KLCC

1. Label Perancis terkenal, Kenzo yang diasaskan olehpereka fesyen Kenzo Takada pada tahun 1970 merupakan butik terbaru di GaleriFesyen Lelaki. Butik ini di Suria KLCC adalah satu-satunya butik terbesar Kenzodi Malaysia yang menampilkan koleksi fesyen lelaki yang lengkap.

2. Lawati butik Michael Kors Men yang pertama diMalaysia yang berkonsepkan pentas peragaan; selaras dengan rekaan Michael Korsberunsur estetik moden.

3. Suntik siluet gaya maskulin bersama Dior Men. Buat pertamakali, jenama mewah ini menawarkan koleksi fesyen lelaki lengkap termasukkoleksi sedia dipakai, barangan kulit, kasut, kaca mata dan barang kemas.Penggunaan dekorasi mewah menampilkan persekitaraan membeli belah yangkontemporari tetapi elegan.

4. Coach Men di Suria KLCC merupakan butik lengkapfesyen lelaki yang pertama di Malaysia. Keunikan kedai termasuk adanya Coach‘Craftmanship Bar’ dimana servis memperibadikan pembelian seperti menyesuaikanwarna trim pada tag label dan cetakan monogram disediakan. Anda boleh memilihdari koleksi gaya hidup Coach Men yang lengkap termasuk beg, barangan kulit,baju, kasut, jam tangan dan kaca mata.

Ganjaran Menanti Anda Apabila Membeli Belah!

Serentak pelancaran Galeri Fesyen Lelaki, anda berpeluangmendapat ganjaran hebat. Dari 26 April sehingga 9 May 2019, anda akan menerima‘The Royal Cut’ dari Truefitt & Hill jika berbelanja sebanyak RM1,500dengan maksima di dalam dua resit, di mana-mana kedai di dalam Galeri FesyenLelaki .

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Galeri Fesyen Lelaki,promosi dan aktiviti di Suria KLCC sila layari www.suriaklcc.com.my.

MengenaiSuria KLCC Sdn Bhd

SuriaKLCC Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama yang dimiliki oleh KLCC PropertyHoldings Berhad (60%) dan CBRE Global Investors (40%). Ia merupakan kumpulanpengurusan aset runcit bertaraf dunia yang mengkhusus kepada pembangunan danpengoperasian pusat membeli belah di Malaysia. Portfolio terkininya merangkumitiga pusat membeli belah iaitu Suria KLCC (Kuala Lumpur), Alamanda (Putrajaya)dan Mesra Mall (Kertih). Dengan lebih 550 aneka kedai istimewa dan lebih 2 jutakaki persegi ruang runcit yang digabungkan, syarikat ini memberi peluang kepadaperuncit tempatan dan antarabangsa untuk mendekati sebilangan besar pembelibijak di Malaysia.

Lokasistrategik Suria KLCC yang berada di dalam Segi Tiga Emas Kuala Lumpurmenjadikan ia pusat membeli belah sehenti tersohor sekaligus sebagai tumpuanpara pelancong ke negara ini. Dengan ruang sewaan berkeluasan bersih sebanyak1.2 juta kaki persegi, Suria KLCC boleh berbangga mempunyai lebih daripada 360buah kedai istimewa jenama antarabangsa dan tempatan setakat ini. Antarapenyewa utamanya adalah Isetan, Marks & Spencer dan Kinokuniya. Pusatmembeli belah ini juga menawarkan tarikan lain seperti Galeri PETRONAS danPetrosains Interactive Discovery Centre, serta dihubung langsung dengan DewanFilharmonik PETRONAS, Aquaria, dan Menara Berkembar PETRONAS. Ia juga mudahdiakses oleh pengunjung melalui pelbagai jenis pengangkutan awam termasuk bas,teksi dan LRT.

Alamandaterletak di Putrajaya iaitu pusat pentadbiran kerajaan persekutuan. Memilikiruang sewaan berkeluasan bersih sebanyak 600 ribu kaki persegi, Alamandamempunyai lebih daripada 100 buah kedai istimewa serta dua penyewa utama iaituParkson dan pasaraya besar AEON Big.

MesraMall berada di Kertih, Terengganu dan menawarkan pelbagai tarikan termasuk hampir50 kedai istimewa, pasaraya TMC, medan selera, pawagam TGV, dewan serba guna,serta gelanggang futsal dan skuasy. Dengan ruang sewaan berkeluasan bersihsebanyak 200 ribu kaki persegi, Mesra Mall merupakan pusat membeli belahpertama yang dibina di Terengganu.


Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!
KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!
Coklat wafer KITKAT manis & masin yang pertama. PETALING JAYA, 27 Jun 2019 – Kepada semua penggemar coklat di seluruh...
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Meriahkan sambutan raya bersama Didi & Friends sepanjang Ramadan & Hari Raya Aidilfitri KUALA LUMPUR, 25 MEI 2019 – Bersempena...
HOMEGROWN E-WALLET BOOST TREAT USERS THIS RAMADAN WITH A CHANCE TO WIN THE PROTON X70
HOMEGROWN E-WALLET BOOST TREAT USERS THIS RAMADAN WITH A CHANCE TO WIN THE PROTON X70
Kuala Lumpur, 29 April – With Ramadhan being just around the corner, homegrown e-wallet Boost is introducing new features and...