Drama bersiri Pia (slot Lestary TV3): Apa kata penonton tentang episod akhir?

Drama bersiri Pia (slot Lestary TV3): Apa kata penonton tentang episod akhir?

Aku tengok drama ni dua episod terakhir. Sudahnya melekat sampai hari ini yang merupakan episod terakhir. Ya, drama Melayu kena perbanyakan lagi jalan cerita yang sebegini.

Apa yang membuatkan aku rasa drama ni dekat dengan masyarakat ialah,

1. Watak Pia sendiri yang dinafikan haknya. Menjadi wanita, isteri dan kakak kepada Budi yang merupakan penghidap penyakit CP (Cerebral Palsy). Kita boleh nampak bagaimana hebatnya Pia memperjuangkan haknya sendiri sehingha berjaya mengecapj kejayaan. Benda begini pernah jadi depan mata aku. Sebab itulah aku rasa watak Pia ni dekat dengan masyarakat. Cuma dah berkali-kali diperlakukan dengan teruk oleh Zafran tetapi masih lagi bertahan kerana sayang dan kena ayat manis Zafran, aku itu adalah agak tidak realistik. Kali pertama dia maafkan Zafran aku okay lagi. Kali kedua selepas kematian Budi, jadi pula bini ke-dua walaupun nampak sangat muka tak rela, dia masih lagi membiarkan diri dia disepak terajang aku rasa benda tu tak patut walaupun memang inilah yang sedang terjadi di dalam institusi masyarakat sekarang.

2. Watak Zafran ni pun aku pernah jumpa dan kenal. Bila dah dapat jadi perangai macam syaitan, bila tak dapat mula la buat muka kesian. Fak u la Zafran. Bila dah jadi baik takda pendirian pula. Double fak la untuk hang Zafran.

3. Aku pernah handle dan berdepan dengan penghidap penyakit CP. Memang susah dan perlukan kesabaran. Kos yang tinggi juga sebab kena ada troli khas, susu dan rawatan di hospital. Jika ada ahli keluarga yang tabah menjaga mereka memang aku respek. Nak handle anak atau ahli syurga bukan calang-calang manusia. Tak silap aku penghidap CP ni memang selalunya umur tak panjang.

5. Sheila Rusly ni berlakon watak jahat memang kena dengan muka dia yang kejam dan garang tu. Watak antagonis ni memang sepatutnya bagi je ke dia. Hidup jalan cerita. Naik rating.

6. Buat gadis di luar sana. Kalau dah rasa nasib korang ni jadi macam Pia, jangan teragak-agak la nak memperjuangkan nasib sendiri. Jumpa mak ayah, kawan terdekat. Cari solusi. Bukan meluah kat KRT tu. Tapi pendapat aku sebagai seorang yang banyak memerhati, manusia ni susah nak berubah. Kau bagi dia 20 kali peluang pun kalau dah memang dia nak buat benda tu dia tetap akan buat. Mungkin inilah balasan tuhan kepada korang sebab mungkin korang pernah rejek lelaki dengan ayat awak terlalu baik tu. Padanlah muka.

7. Lakonan semua pelakon semuanya mantap. Zara Zya ni dah kahwin belum? Okaylah walaupun muka putih tangan hitam. Tapi power dia berlakon.

8. Aku harap ada lagilah drama macam ni. Barulah masyarakat kita lebih-lebih lagi anak muda sedar sepak terajang alam perkahwinan. Ini memanjang cerita sweet-sweet, bila dah kahwin rasa masam terus give up

9. Sila rujuk undang-undang tubuh halaman Kisah Rumah Bujang.

10. Sila rujuk undang-undang tubuh halaman Kisah Rumah Bujang.

11. Skrip dia power woi. Siapa penulis skrip dia?

12. Lagu Sumpah nyanyian Naim Daniel ini dijadikan muzik instrumental menjadikan jalan cerita drama ini hidup.

Tahniah aku ucapkan buat krew produksi, penulis skrip dan pengarah. Anda berjaya menjadikan Pia sebagai karya agung untuk tahun ini.

Tahniah saya ucapkan!

Kredit: Farhan Ismail (group Movie Addict)

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
SAY YES! SAY YES! 101 KAIME NO PUROPOZU YANG MEMULAKAN ERA EMAS J-DRAMA
SAY YES! SAY YES! 101 KAIME NO PUROPOZU YANG MEMULAKAN ERA EMAS J-DRAMA
Lama sebelum kegilaan terhadap K-drama, adanya zaman gemilang J-drama, dan Hyakuikkaime no Puropozu (101 Kaime no Puropozu) memulakan ‘renaissance’ ini....
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Meriahkan sambutan raya bersama Didi & Friends sepanjang Ramadan & Hari Raya Aidilfitri KUALA LUMPUR, 25 MEI 2019 – Bersempena...
LAHIRKAN BIBIT-BIBIT CINTA DENGAN NYANYIAN MELALUI ‘LAGU CINTA KITA’, PROGRAM TERBARU TV3
LAHIRKAN BIBIT-BIBIT CINTA DENGAN NYANYIAN MELALUI ‘LAGU CINTA KITA’, PROGRAM TERBARU TV3
Semua orang boleh menyanyi, tetapi untuk menyanyi dengan baik dan memikat hati, ia bukanlah satu perkara yang mudah. Begitu juga...