SAY YES! SAY YES! 101 KAIME NO PUROPOZU YANG MEMULAKAN ERA EMAS J-DRAMA

SAY YES! SAY YES! 101 KAIME NO PUROPOZU YANG MEMULAKAN ERA EMAS J-DRAMA

Lama sebelum kegilaan terhadap K-drama, adanya zaman gemilang J-drama, dan Hyakuikkaime no Puropozu (101 Kaime no Puropozu) memulakan ‘renaissance’ ini. Jika di era 80’an kita lebih kaitkan J-drama dengan Oshin (drama biografi fiksyen Jepun popular berdasarkan kisah pengasas pasaraya Yaohan), Hyakuikkaime no Puropozu di awal 90’an pula mengubah senario ini dengan intian rom-com dan persekitaran bandar Jepun yang lebih moden (siap dengan grup fanboy yang menggilai filem-filem anime Hayao Miyazaki lagi). Ia juga melancarkan karier penulis skripnya, Nojima Shinji yang kemudian menulis J-drama yang lain seperti Under One Roof, Kou Kou Kyoushi dan Pride.

Dan tak lupa juga, ia mempopularkan lagu temanya, “Say Yes” dendangan duo Chage & Aska. Populariti lagu ini membuatkan ia jadi lagu wajib kenduri kahwin. Dengarkan di sini: https://youtu.be/Q9qAyt0G-jM

Hyakuikkaime no Puropozu atau 101st Marriage Proposal berkisar tentang Hoshino Tatsurou lakonan Takeda Tetsuya, seorang bujang terlajak yang malang, tak kaya dan tidak kacak langsung walaupun hatinya suci, sehinggakan beliau ditolak 99 kali oleh perempuan. Ketika menyertai program ‘dating’ yang ke-100, dia ditemukan dengan Kaoru (lakonan Asano Atsuko), yang cantik dan berbakat bermain celo, namun wanita ini sukar untuk melupakan tunangnya yang mati dalam kemalangan sebelum mereka sempat diijab qobulkan.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
LES’ COPAQUE PRODUCTION SALURAN YOUTUBE MALAYSIA PERTAMA MENCECAH 10 JUTA PELANGGAN
LES’ COPAQUE PRODUCTION SALURAN YOUTUBE MALAYSIA PERTAMA MENCECAH 10 JUTA PELANGGAN
SHAH ALAM, 12 Jun – Alhamdullillah, pada jam 2.06 petang, 11hb Jun 2020, Saluran YouTube Les’ Copaque Production telah berjaya...
TELEFILEM ‘6 HARI’ BUKTI KEKANGAN PKP BUKAN HALANGAN
TELEFILEM ‘6 HARI’ BUKTI KEKANGAN PKP BUKAN HALANGAN
Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Neelofa jalani penggambaran ‘sendiri’ dari rumah kediaman masing-masing 11 Jun 2020, Kuala...
OPPO and Netflix Work Together To Deliver Exquisite Viewing Experience on Reno3 Series
OPPO and Netflix Work Together To Deliver Exquisite Viewing Experience on Reno3 Series
KUALA LUMPUR, 28th May 2020 — OPPO, a world-leading smartphone brand, today announced that it has entered a partnership with...