Burgerlari Dijamin Halal, Tawar Burger Citarasa Malaysia Dengan Bahan Mentah Premium Dan Segar

Burgerlari Dijamin Halal, Tawar Burger Citarasa Malaysia Dengan Bahan Mentah Premium Dan Segar

Kuala Lumpur, 18 Jun – Burgerlari hari ini menerima sijil Halal dari JAKIM untuk kesemua menu yang ditawarkan di restorannya yang berada di Cheras Leisure Mall.

Pengarah syarikat, Justine Leong telah menerima sijil tersebut dari Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, Pengarah Sekretariat Majlis Halal Malaysia, JAKIM.

“Kami berusaha untuk memastikan hanya yang terbaik untuk pelanggan kami. Pengiktirafan Halal ini juga adalah salah satu dari usaha kami.”

“Kami faham kepentingan makanan Halal bagi umat Islam di Malaysia. Oleh sebab itu kami berusaha untuk memastikan produk kami memenuhi piawaian ketat JAKIM” kata Justine lagi ketika Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Burgerlari hari ini.

Pada acara yang sama, Burgerlari turut memperkenalkan menu-menu mereka seperti Burger Hainanese Chicken Chop, Burger Nasi Ayam, Burger Satay Ayam, Burger Rendang Ayam, Burger Ayam Mentega dan Burger Nasi Lemak.

“Bahan-bahan yang digunakan adalah bahan premium berkualiti. Hanya bahagian ayam yang terbaik digunakan untuk membuat patti burger. Sayur pula segar dan sos juga yang terbaik digunakan dalam setiap hidangan,”

“Burgerlari adalah citarasa Malaysia yang disajikan dalam bentuk makanan segera. Ianya lazat, tanpa perasa tiruan mahupun bahan lain bagi mengisi patti ayam. Kami di Burgerlari sendiri suka menikmati burger-burger ini setiap hari,” tambah Justine lagi.

Burgerlari dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari di L1-65, Cheras Leisure Mall, Jalan Manis 6, Taman Segar, 56100 Kuala Lumpur.

NOTA RINGKAS

• Burgerlari mula beroperasi semenjak 20 Februari 2019.

• Nama Burgerlari diilhamkan dari idea anak-anak Justine, beli burger dan lari, konsep makanan segera yang mana pelanggan dengan mudah dan pantas boleh membeli dan menikmati makanan secara pantas.

• Menu yang ada pada masa ini semuanya bercitarasakan tempatan, diolah dengan baik dengan menjadi makanan segera kegemaran ramai – burger.

• Semua roti burger yang digunakan adalah roti arang yang terkenal dengan ciri utamanya, ia bewarna hitam. Bukan sahaja roti ini lembut malahan ianya mampu kekal segar lebih lama.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
MALAM PENUH PESONA DI KONSERT ‘THE SINGING PIZZA’
MALAM PENUH PESONA DI KONSERT ‘THE SINGING PIZZA’
Pizza Hut dan Universal Music Malaysia hadiahkan pengalaman lebih bermakna dengan konsert eksklusif menampilkan artis-artis terkemuka. PETALING JAYA, 24 Oktober...
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada para peminatnya apabila memperkenalkan ciptaan yang menggabungkan...
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2019: Tanggapan salah tentang protein di mana ia hanya untuk individu yang membina badan seringkali diperkatakan...