KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!

KITKAT RAIKAN HARI COKLAT SEDUNIA DENGAN PELANCARAN KITKAT POPCORN!

Coklat wafer KITKAT manis & masin yang pertama.

PETALING JAYA, 27 Jun 2019 – Kepada semua penggemar coklat di seluruh Malaysia, jom raikan Hari Coklat Sedunia bersama KITKAT! Sebagai peneraju utama dalam kategori coklat, KITKAT, bersempena Hari Coklat Sedunia kali ini, memperkenalkan keluaran edisi terhadnya – KITKAT Popcorn.

Selama ini, KITKAT telah pun menghasilkan pelbagai kombinasi perisa yang unik seperti KITKAT Green Tea, KITKAT Duo Teh Tarik, KITKAT Rose Bandung dan banyak lagi. Namun, KITKAT tidak pernah ketandusan idea dan membawa ilham inovasinya ke tahap yang lebih tinggi dengan penghasilan satu lagi perisa luar biasa untuk tahun ini – KITKAT Popcorn, varian KITKAT yang julung kalinya menampilkan gabungan perisa manis dan masin

KITKAT Popcorn menyerlahkan gabungan perisa manis dan masin dalam coklat susu yang halus, disaluti dengan empingan karamel masin, dilapisi kepingan wafer segar yang ranggup dengan praline popcorn caramel. Tidak syak lagi ia pasti memukau pengemar KITKAT!

Sachin Goel, Pegawai Eksekutif Perniagaan di bawah Unit Perniagaan Konfeksi (Pasaran ASEAN), Nestlè Malaysia berkata,”Kami berasa cukup bangga dapat mencipta cara menikmati masa rehat yang lebih istimewa, di mana penggemar KITKAT dapat menikmati produk yang lazat dengan penuh kegembiraan dan keseronokan. Bertih jagung merupakan trend popular di seluruh dunia, termasuklah Malaysia. Bukan itu sahaja, bertih jagung bukan lagi snek yang dinikmati dalam pawagam sahaja, malah ramai juga menikmati bertih jagung ketika menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen bersama keluarga dan rakan-rakan. Kami mencipta KITKAT Popcorn supaya penggemar sendiri dapat merasai sendiri betapa sempurnanya gabungan rasa manis dan masin, kami percaya ia pasti mengujakan sesiapa sahaja yang menikmati produk ini.”

Mengikut Pelan Koko Nestle, KITKAT Popcorn diperbuat daripada 100% koko lestari. Pelan Koko Nestlè telah dilancarkan pada tahun 2009 dengan matlamat untuk menaiktaraf kehidupan komuniti petani koko di Côte d’Ivoire di samping meningkatkan kualiti kehidupan dan menyumbang kearah masa depan yang lebih baik. Di Malaysia, KITKAT Malaysia mengeluarkan rangkaian produk KITKAT di kilangnya di Chembong, Negeri Sembilan.

Edisi terbaharu KITKAT Popcorn yang enak ini boleh didapati sama ada dalam bentuk 2 jejari (2-Finger) atau pek pelbagai yang mengandungi 5 unit 2 jejari (2-Finger) yang boleh didapati di pasaraya terkemuka di seluruh Malaysia  pada harga RM 1.50 dan RM 6.50 (harga saranan pengguna).

Dalam beberapa tahun ini, KITKAT turut mengembangkan perniagaannya dalam pasaran konfeksi gubahan mengikut cita rasa pengguna sendiri (customised) dengan pengenalan KITKAT Chocolatory pada tahun 2016. Ia merupakan sebuah kedai konsep coklat  di Mid Valley Megamall dan menawarkan lebih daripada 10,000 kombinasi coklat, sekaligus memenuhi selera pencinta coklat yang berpelbagai, mengikut cita rasa mereka.

KITKAT Popcorn merupakan keluaran terbaharu dalam portfolio produk KITKAT popular yang merangkumi KITKAT coklat susu 2 jejari dan 4 jejari, KITKAT Bar, KITKAT Bites, KITKAT Chunky, KITKAT Green Tea yang diinsipirasikan daripada Jepun, KITKAT Mini yang bersaiz mampat, serta KITKAT DUO Teh Tarik yang merupakan kegemaran rakyat tempatan.

Berehat sebentar, Bersama-sama KITKAT!

#PopABreak #KitKatMY

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Quill City Mall Lancarkan RILEKLAH! RAYA Bersama DIDI & FRIENDS
Meriahkan sambutan raya bersama Didi & Friends sepanjang Ramadan & Hari Raya Aidilfitri KUALA LUMPUR, 25 MEI 2019 – Bersempena...
HOMEGROWN E-WALLET BOOST TREAT USERS THIS RAMADAN WITH A CHANCE TO WIN THE PROTON X70
HOMEGROWN E-WALLET BOOST TREAT USERS THIS RAMADAN WITH A CHANCE TO WIN THE PROTON X70
Kuala Lumpur, 29 April – With Ramadhan being just around the corner, homegrown e-wallet Boost is introducing new features and...
Lazada Malaysia Bawakan Pertunjukan Pentas Fesyen Raya kepada Pelanggan Melalui Penstriman Langsung dalam Aplikasi
Lazada Malaysia Bawakan Pertunjukan Pentas Fesyen Raya kepada Pelanggan Melalui Penstriman Langsung dalam Aplikasi
KUALA LUMPUR, 26 April 2019 – Pelanggan dari seluruh negara telah mengikuti aplikasi Lazada untuk menonton pertunjukan fesyen Hari Raya,...