Soap Opera: Mencari Punca dan Akar Drama Slot Akasia 7 Petang

Soap Opera: Mencari Punca dan Akar Drama Slot Akasia 7 Petang

Kalau penonton tempatan cukup membenci tahap menyirap dengan drama pukul 7 petang yang asyik-asyik cinta anak Datuk anak orang kaya bisnes 39 billion pekerja 250 ribu orang, mereka perlu melihat pada akar umbinya yakni soap opera dari US, THE BOLD AND THE BEAUTIFUL. Sejak episod pertamanya ditayangkan pada tahun 1987, rasanya sampai kiamat pun kisah keluarga Forrester dan empayar bisnes fesyen mereka yang penuh dengan dengki, khianat, dan skandal takkan habis. Sehingga Januari 2019 saja sebanyak 8,000 episod telah dihasilkan.

Pernah ditayangkan di RTM, siri ini menampilkan lakonan Tracy Melchior, Winsor Harmon, Lesli Kay, John McCook, Susan Flannery dan Ronn Moss sebagai ahli keluarga Forrester.

P/S: Tahu bagaimana ‘soap opera’ mendapat namanya? No, tiada adegan main sabun secuit pun dalam drama bersiri begini. Ianya kerana penaja drama genre ini ketika ia mula bersiaran dalam format radio di era 1930’an dahulu kebanyakannya datang dari syarikat pembuat sabun, seperti P&G, Colgate-Palmolive dan Lever Brothers. Ianya bersiaran pada waktu siang dan disasarkan pada golongan surirumah ketika suami mereka sedang berkerja. Drama TV bersiri dalam kategori soap opera yang paling lama bertahan setakat ini ialah Coronation Street dari UK yang mula bersiaran sejak Disember 1960 dan sehingga Jun 2019, sebanyak 9799 episod telah dihasilkan.

Kalau Game of Thrones tu pulak kita panggil soap opera kategori naga keramat yang cuba nak buat gila macam The Bold & The Beautiful dengan buat prekuel pulekkk…

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
SUATUKALA 2: KEMBARA LUAR BIASA BERMULA CUTI SEKOLAH INI BERSAMA MAGIS PERSAHABATAN YANG TIADA TANDINGAN!
SUATUKALA 2: KEMBARA LUAR BIASA BERMULA CUTI SEKOLAH INI BERSAMA MAGIS PERSAHABATAN YANG TIADA TANDINGAN!
‘SUATUKALA 2 – Timun Mas & Ijo’ diinspirasikan dari kisah rakyat serumpun. Pelakon wanita sensasi, Fasha Sandha hebat menjiwai watak...
Spotify listeners are obsessed with music from Stranger Things
Spotify listeners are obsessed with music from Stranger Things
With the premiere of the third season of Stranger Things just around the corner, we took a look at how...
Drama bersiri Pia (slot Lestary TV3): Apa kata penonton tentang episod akhir?
Drama bersiri Pia (slot Lestary TV3): Apa kata penonton tentang episod akhir?
Aku tengok drama ni dua episod terakhir. Sudahnya melekat sampai hari ini yang merupakan episod terakhir. Ya, drama Melayu kena...