Menangi pengalaman Always 10 untuk menyaksikan Andy Lau secara langsung di KL dengan Allianz Malaysia

Menangi pengalaman Always 10 untuk menyaksikan Andy Lau secara langsung di KL dengan Allianz Malaysia

• Kempen berlangsung dari 23 Julai – 15 Ogos

Kuala Lumpur, 23 Julai 2019 – Allianz Malaysia Berhad kini menawarkan pelanggannya peluang untuk memenangi pengalaman Always 10 untuk menyaksikan My Love Andy Lau World Tour – Kuala Lumpur 2019 di Axiata Arena Bukit Jalil pada 15 September 2019.

Sebagai salah satu penaja untuk konsert tersebut, Allianz Malaysia bakal menghadiahkan ratusan jemputan khas termasuk tiket VIP kepada pelanggannya yang bertuah.

Untuk berpeluang memenangi, pelanggan harus melayari halaman pertandingan di allianz10.my/my-love-andy-lau dengan melengkapkan borang penyertaan dan menjawab dua soalan dengan tepat. Pemenang akan diumumkan di laman web pertandingan dan juga akan diberitahu melalui SMS dan emel pada 22 Ogos 2019.

Kempen akan dibuka secara eksklusif untuk pelanggan Allianz Malaysia yang berwarganegara Malaysia dan penduduk tetap di Malaysia berumur 18 tahun dan keatas (tertakluk kepada terma dan syarat).

“Salah seorang Four Heavenly Kings dari Hong Kong, Andy Lau merupakan seorang penghibur yang hebat dan artis yang berbakat. Mempunyai peluang untuk menyaksikan persembahan beliau secara langsung adalah sebuah pengalaman yang bukan semua rakyat Malaysia boleh lalui. Kita sangat bertuah. Andy bakal kembali beraksi di tanah air kita selepas menyepi selama 14 tahun. Dan oleh kerana beliau mempunyai ramai peminat di Malaysia, Allianz Malaysia ingin menghargai pelanggannya melalui kempen ini,” kata Amy Loke, Ketua Pegawai Pengurusan Pemasaran Allianz Malaysia Berhad.

My love Andy Lau World Tour bermula di Hong Kong Coliseum pada bulan Disember lepas. Konsert jelajah di Malaysia tersebut merupakan konsert pertama di luar Hong Kong.

Pengalaman seni selama 38 tahun Lau merangkumi 61 album, pelbagai lagu hit serta watak lakonan dalam 172 buah filem dan 28 siri televisyen. Konsert di KL dikatakan bakal menjadi sambutan kesenian Lau yang paling unggul. Peminat dijangka akan mengakhiri malam tersebut dengan kenangan yang sukar dilupakan yang disulami dengan persembahan koreografi yang dirancang dengan teliti dan produksi pentas yang memukau lengkap dengan 20 projektor laser yang dipancarkan ke langit untuk suasana visual yang gah.

My Love Andy Lau World Tour · Kuala Lumpur 2019 dianjurkan dengan kerjasama dari Star Planet, Entertainment Impact dan Focus Entertainment.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Ali Zahraa dan Pelita Lusoh berkolaborasi lancar produk penjagaan kulit  Madeena dan lagu Kembara Nabawi
Ali Zahraa dan Pelita Lusoh berkolaborasi lancar produk penjagaan kulit  Madeena dan lagu Kembara Nabawi
29 Julai 2020, Kuala Lumpur – Asia Empire Records dan Ali Zahraa Holding Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran produk...
ERNIE ZAKRI YANG TERSAKITI MELALUI LAGU BARU, ‘BONEKA’
ERNIE ZAKRI YANG TERSAKITI MELALUI LAGU BARU, ‘BONEKA’
Penyanyi Popular Tanah Air Kembali Dengan Single Rancak Terbaharu Yang Lebih Bertenaga Dengan Imej Berbeza KUALA LUMPUR, 24 Julai 2020...
2 OTAI KONGSI KUASA, SINGLE TERBARU JOE FLIZZOW BERSAMA AZLAN & THE TYPEWRITER
2 OTAI KONGSI KUASA, SINGLE TERBARU JOE FLIZZOW BERSAMA AZLAN & THE TYPEWRITER
3 Julai 2020, Kuala Lumpur – Dua tahun selepas melebarkan sayapnya dengan ‘Sampai Jadi’, Joe Flizzow melancarkan single terbarunya KUASA...