Pelancaran Program Kembara Halal Eropah Mood Travel dan Juara Travel: Travel With Peace of Mind

Pelancaran Program Kembara Halal Eropah Mood Travel dan Juara Travel: Travel With Peace of Mind

Pada 31 Julai 2019 bertempat di Restoran D’Saji Titiwangsa, telah berlangsungnya majlis hi-tea Program Kembara Halal Eropah yang dianjurkan oleh MoodExpert Travel & Tours Sdn Bhd dan Juara Travel dengan kerjasama syarikat penerbangan Etihad Airways dan Oman Air.

Program Kembara Halal Eropah ini adalah sebahagian dari inisiatif syarikat Mood Travel untuk memberi peluang kepada agensi-agensi pelancongan yang berdaftar dengan Bumitra Malaysia untuk meluaskan perkhidmatan dan meningkatkan jualan syarikat. Selain komisyen sehingga RM6000, agensi pelancongan juga diberi sokongan teknikal sepanjang program. Majlis ini dilancarkan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia -Datuk Musa Yusuf dan turut dihadiri oleh Mohd Ali Bin Ab Malik (Presiden Bumitra), Muhammad Arif Atiq Bin Ahmad Suzaili (Ketua Pengarah Eksekutif Mood Travel), Tuan Ahmad Suzaili Bin Shaari (Ketua Pengarah Kewangan, Mood Travel), Muhammad Faris Nazmi Bin Ahmad Suzaili (Ketua Pengarah Operasi Mood Travel), Hj Mazlan Bin Mansor (Pengarah Urusan Juara Travel), Muhammad Faiz bin Abd Halim (Pengurus Besar Juara Travel), Hazli (Eksekutif Jualan Ethihad Airways) dan Su Anne (Country Manager Etihad Airways)serta dihadiri oleh wakil-wakil agensi pelancongan yang berdaftar dengan BUMITRA Malaysia.

Pada majlis petang itu, selain memperkenalkan pakej SIC (Seat-in-Coach 2pax to go), program ini juga menyediakan perkhidmatan perlancongan selesa dengan slogan “Travel With Peace Of Mind” sesuai untuk pelancong Malaysia yang beragama Islam yang ingin bercuti ke negara-negara Eropah tanpa rasa was-was sesuai dengan status halalnya dengan penyediaan makanan halal dan kemudahan solatnya. Harga yang ditawarkan juga adalah sangat berpatutan dan mengikut citarasa pelancong Malaysia.

Antara perkhidmatan lain yang diperkenalkan ialah :

B2B (Business To Business)

PRIVATE

MICE (Meeting, Incentives, Conferences & Events)

Mood Travel wajib jadi pilihan pelancong Malaysia kerana ciri-ciri berikut:

• Pengangkutan – kenderaan yang selesa dengan ruang tempat duduk yang luas dan selesa, dilengkapi dengan tandas di dalam bas, kenderaan yang boleh memuatkan sehingga 55 orang pelancong dan pemandu Eropah yang berlesen dan mesra pelanggan.

• Tempat Tinggal – hotel yang bertaraf 3 bintang yang selesa untuk beristirehat, luas, lokasi strategik, kemudahan capaian wifi dan pelbagai kemudahan lain.

• Makanan Halal – Mood Travel bukan saja menyediakan makanan halal tetapi juga masakan Melayu seperti Nasi Lemak, Nasi Kerabu, Nasi Dagang dan pelbagai lagi yang sesuai dengan citarasa pelancong dari Malaysia.

• Solat – peserta dipastikan dapat mengerjakan solat mengikut waktu di tempat yamg selesa dan tazkirah akan diberikan pada waktu yang bersesuian.

• Pemandu Pelancong – pemandu yang bertugas adalah mereka yang tinggal di United Kingdom lebih daripada 10 tahun dengan pengalaman mengendalikan lebih daripada 40 perjalanan ke Eropah, mesra pelanggan dan boleh berkomunikasi dan berinteraksi dalam Bahasa Malaysia.

• Membeli Belah – masa yang diperuntukan untuk membeli-belah dijamin dapat memberi kepuasan pelanggan dan semestinya tiada had dengan pilihan yang pasti memberikan kepuasan.

Pakej perjalanan/percutian yang disediakan oleh Mood Travel ialah:

• Western Europe -pakej 6 negara; England, France, Belgium, Jerman, Netherland dan Switzerland

• Northern Europe – pakej 4 negara; Sweden, Norway, Denmark dan Finland

• Southern Europe – pakej 4 negara; Sepanyol, Itali, Bosnia Herzegovina dan Greece

• Central Europe – pakej 5 negara; Jerman, Republik Czech, Hungary, Slovakia dan Austria

• Eastern Europe – pakej 4 negara; Russsia, Belarus, Romania dan Moldova

• Lain-lain Destinasi – Pakej dalam negara, New Zealand, Australia, Turki, Iran, Afrika Selatan, Vietnam, China, Uzbezkistan, Thailand dan pelbagai negara lain

Mood Travel adalah ahli MOTAC dan MATTA (Malaysian Association Of Tour & Travel Agents) yang berdaftar. Ditubuhkan pada 11 Julai 2016 dengan pengalaman 10 tahun mengendalikan pelancongan di Eropah.

Untuk info lanjut, layari laman web rasmi dan media sosial Mood Travel:

Facebook : www.facebook.com/mooderopah

IG: www.instagram.com/moodtravel.my

Web : www.moodtravel.co.uk

Telefon : 03-89229376

018-3807828

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
Hotel Armada Petaling Jaya’s Contemporary All Day Dining Restaurant Petaling Jaya, Malaysia, 6 August 2019 – After 22 years of...
Doraemon Promosi Tahun Melawat Malaysia: Animas Kesal
Doraemon Promosi Tahun Melawat Malaysia: Animas Kesal
Merujuk kepada berita yang tular hari ini, mengenai Balai Seni Visual Negara akan membawa pameran Doraemon ke Malaysia sempena Tahun...
The Springtime Egg-ventures is about to hatch at Resorts World Genting!
The Springtime Egg-ventures is about to hatch at Resorts World Genting!
Egg-themed activities will be taking over the new Skytropolis Funland with Genting Dream Cruise Packages worth up to RM12,000 to...