Sisik Restoran Ikan Bakar: Kembara Masakan Melayu Asli di Lembah Klang

Sisik Restoran Ikan Bakar: Kembara Masakan Melayu Asli di Lembah Klang

Bagi penggemar ikan bakar yang tinggal di Lembah Klang, ada satu lokasi yang terletak di Bandar Botanic, Klang jika anda ingin satu pengalaman ikan bakar yang lain daripada kebiasaan iaitu Sisik Restoran Ikan Bakar. Dahulunya dikenali sebagai Resepi Warisan Tok, restoran ditubuhkan sejak tahun 2013 oleh pemiliknya yang mahu mengenengah dan memartabatkan masakan Melayu asli khususnya resepi ikan bakar.

Terletak di lokasi strategik berdekatan dengan GM Klang Wholesale City yang sering menjdi tumpuan ramai, tidak sukar untuk mencari restoran ini setelah selesai dengan aktiviti membeli-belah.

Bercakap dengan pengasas dan pemilik restoran ini iaitu Puan Linda, ilham menu di Sisik ialah gabungan masakan dari negeri Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Melaka yang merupakan warisan keluarganya. Sebut saja negeri-negeri ini, maka pencinta makanan tempatan dapat membayangkan pelbagai hidangan ikan bakar samada dibakar berempah atau bakar tempoyak secara pais.

Hidangan ‘signature’ yang wajib dinikmati pelanggan ialah hidangan Asam Pedas samada Telor Ikan Mayung, Telor Sotong atau Siakap yang disediakan pada waktu siang mahupun malam. Ini merupakan antara hidangan ‘hot seller’ di Sisik Restoran Ikan Bakar.

Pelbagai hidangan ikan bakar di Sisik

Telor Ikan Mayung

Tidak lengkap kedatangan anda ke Sisik jika tidak mencuba Nasi Lemak Buluh Perindu yang merupakan resepi tersendiri di Sisik di mana nasi lemaknya dikukus di dalam buluh yang memberikan aromanya yang tersendiri, rasanya yang memikat apatah lagi jika dipasangkan dengan hidangan ikan bakar dan pelbagai masakan asam pedas.

Nasi Lemak Buluh Perindu, cetusan asli dari Sisik yang boleh digandingkan dengan pelbagai hidangan ikan bakar dan makanan laut

Tidak hanya tertumpu pada hidangan ikan patin saja, peminat makanan laut boleh mencuba pelbagai hidangan makanan laut seperti sotong bakar, pahat, dan sebagainya iaitu hidangan waktu malam (mulai jam 5 petang hingga 12:30 malam). Penulis mencuba Sotong Bakar Madu yang merupakan satu lagi ‘signature menu’ yang wajib dipesan jika anda ke sini pada waktu malam selain daging bakar.

Sotong Bakar Madu, hidangan wajib di Sisik

Tidak terhad pada masakan Melayu asli sahaja, Sisik juga menawarkan hidangan dan menu moden seperti Steamboat.

Dalam satu-satu masa, restoran ini boleh memuatkan sehingga 600 pelanggan! Jadi jika anda merancang sesi ‘family dinner’ atau ‘company dinner’ atau apa-apa majlis jamuan, boleh hubungi Sisik (lihat alamat dan cara menghubungi mereka di akhir artikel). Anda tak perlu risau dengan kesegaran hidangan ikan dan makanan lautnya kerana ianya amat segar, premium, dan berkualiti tinggi.

Waktu operasi Sisik ialah antara jam 8 pagi hingga 4:30 petang untuk menu berasaskan masakan asli Melayu manakala dari jam 5 petang hingga 12:30 malam , pula untuk masakan berasaskan makanan laut seperti ikan bakar, ikan siakap stim, ikan bawal bakar, pari bakar, sotong bakar, siput buluh, kepah, pahat dan sebagainya.

Penulis bergambar kenangan bersama pemilik Sisik Restoran Ikan Bakar

Alamat : Restoran Sisik, No 32, Jalan Kasuarina 1/KS, Bandar Botanic Klang( Depan GM Klang)

Telefon / WhatsApp: 019-2263004 ataupun 016-2240474

Layari laman sosial media Sisik di Facebook: www.facebook.com/restoransisik dan Instagram: @restoransisik

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada para peminatnya apabila memperkenalkan ciptaan yang menggabungkan...
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2019: Tanggapan salah tentang protein di mana ia hanya untuk individu yang membina badan seringkali diperkatakan...
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
Hotel Armada Petaling Jaya’s Contemporary All Day Dining Restaurant Petaling Jaya, Malaysia, 6 August 2019 – After 22 years of...