MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh

MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh

KUALA LUMPUR, 24 Julai 2019: Tanggapan salah tentang protein di mana ia hanya untuk individu yang membina badan seringkali diperkatakan di kalangan golongon dewasa muda. Malah, ramai tidak menyedari kepentingan protein dalam pengambilan makanan harian. Selain merupakan komponen dalam setiap sel badan, protein juga membentuk rangka tubuh kita. Selain itu, protein membantu membina tisu tubuh dan membantu mengekalkan sistem imun yang sihat.

Berbekalkan misi untuk menyangkal tanggapan salah terhadap protein dan membantu golongan dewasa muda memahami peranan protein dalam kehidupan harian. MILO® kini memperkenalkan MILO® PROTEIN UP, produk ready-to-drink (sedia diminum) terbaru yang dirumus khas untuk golongon ini. Ia dapat meningkatkan pengambilan protein di kalangan golongon dewasa muda yang ingin memulakan gaya hidup yang cergas dan aktif.

Padat dengan 13g protein susu yang bersamaan dengan kandungan protein dalam 2 biji telur (1), satu hidangan MILO® PROTEIN UP memenuhi 21% saranan pengambilan protein harian golongon dewasa (2). Protein membantu golongan ini mengekal dan membaiki sel-sel dan tisu-tisu dalam tubuh. Protein juga merupakan blok binaan asas untuk otot yang menyokong pergerakan kita setiap hari, di samping membantu membina kekuatan (3).

“Kami teruja untuk melancarkan MILO® PROTEIN UP dalam usaha berterusan kami untuk membekalkan tenaga yang berkhasiat kepada pengguna dewasa muda ke arah gaya hidup yang cergas dan aktif. Tinggi dengan protein, MILO® PROTEIN UP berbeza dengan produk MILO® lain dan membekalkan pilihan kepada golongon dewasa muda yang mencari produk tinggi protein untuk memenuhi keperluan pemakanan mereka,’ jelas Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan, Unit Perniagaan Nestlé Ready-to-Drink, Nestlé (Malaysia) Berhad.

Tambah beliau, “Kami di MILO® akan terus menerajui inovasi produk yang bukan sahaja menyokong gaya hidup aktif pengguna-pengguna kami malah memberi inspirasi kepada mereka untuk mengorak langkah pertama ke arah mencapai cita-cita mereka yang lebih besar. Dengan MILO® PROTEIN UP, kami berharap pengguna dewasa muda menyedari bahawa kami sentiasa berada di sisi untuk memberi sokongan berterusan kepada mereka dalam setiap langkah yang diambil dengan kebaikan MILO® yang digemari selama ini.”

Boleh didapati dalam format botol yang mudah dibawa ke mana-mana sahaja, MILO® PROTEIN UP sedia dinikmati pada bila-bila masa. Dengan rasa kurang manis, MILO® PROTEIN UP menyerlahkan lagi rasa unik minuman coklat malt MILO® yang merupakan kegemaran rakyat Malaysia sejak turun-temurun.

MILO® PROTEIN UP boleh didapati secara eksklusif di semua cawangan myNEWS di seluruh negara pada bulan Julai sebelum memasuki pasaran umum bermula Ogos 2019. Untuk mengetahui MILO® PROTEIN UP dengan lebih lanjut, layari www.milo.com.my/protein-up.

(1) – Telur ayam sebiji (53g), Komposisi Zat dalam Makanan Malaysia.

(2) – Berdasarkan Saranan Pengambilan Nutrien Malaysia 2017 untuk lelaki dewasa 18-59 tahun.

(3) – Apabila digabungkan dengan latihan rintangan.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
KFC MEMPERKENALKAN OLAHAN ZINGER TERBARU – ZINGER CHOP
KFC MEMPERKENALKAN OLAHAN ZINGER TERBARU – ZINGER CHOP
Kegemaran peminat setia KFC – Zinger, kini menjadi tumpuan sekali lagi dengan olahan terbaru terhadap fillet ayam yang rangup dan...
SAMPAIKAN SALAM SYAWAL DENGAN PIZZA HUT
SAMPAIKAN SALAM SYAWAL DENGAN PIZZA HUT
Pizza Hut Rai Kemeriahan Raya dengan mengeratkan silaturrahim walaupun perayaan tahun ini mungkin berbeza KUALA LUMPUR, 27 MEI 2020 –...
WALL’S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM KINI BOLEH DIDAPATI DI SELURUH NEGARA DI ATAS PERMINTAAN POPULAR!
WALL’S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM KINI BOLEH DIDAPATI DI SELURUH NEGARA DI ATAS PERMINTAAN POPULAR!
#BobaJeLAH Bila-Bila Masa dan Dimana Sahaja dengan Penghantaran Percuma ke pintu rumah anda untuk 300 Pesanan Pertama* KUALA LUMPUR –...