PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU

PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU

KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada para peminatnya apabila memperkenalkan ciptaan yang menggabungkan kelazatan rasa keju dan keenakan ‘raja buah’ menerusi Durian Cheese Pizza terbaharunya. Ciptaan istimewa ini bakal mencetuskan fenomena yang tersendiri, bermula hari ini hingga 30 September 2019 di semua rangkaian restoran Pizza Hut dan konsep penghantaran seluruh negara sehingga stok masih ada, memberikan peluang kepada peminat untuk mengalami penyatuan gastronomi paling unik di abad ini!

Ciptaan terbaharu ini meraikan semangat warga Malaysia dengan mengambil inspirasi daripada kecintaan dan minat mereka terhadap durian serta keghairahan mereka terhadap hidangan berkeju.

Ketua Pizza Hut Malaysia, Loi Liang Tok berkata Pizza Hut Malaysia sentiasa berbangga menjadi jenama yang menghubungkan orang ramai menerusi keenakan pizanya dan detik-detik istimewa yang dikongsi bersama.

“Kami sentiasa percaya bahawa minat dan kecintaan mendalam akan menjadikan semuanya lebih istimewa. Durian Cheese Pizza mengetengahkan kesungguhan kami untuk mengukir senyuman dan mewujudkan kebersamaan menerusi detik-detik perkongsian piza, dengan mengolah dan mengangkat dua perisa yang amat dekat di hati rakyat Malaysia,” ujar Loi Liang Tok.

“Hidangan ini akan membawa anda ke sebuah pengembaraan enak di mana deria rasa anda bakal meneroka kawasan yang belum pernah dikunjungi sebelum ini, menerusi kombinasi rasa durian, keju dan piza. Sepertimana diketahui, durian memberi letusan rasa berkrim di setiap gigitan yang membuatkan anda berasa ‘sedap tak terkata’,” tambah beliau.

Durian Cheese Pizza boleh didapati secara à la carte dan pilihan kombo di restoran dan penghantaran Pizza Hut. Nikmati kelazatan Durian Cheese Pizza bermula RM44.50 à la carte.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.pizzahut.com.my.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
KFC MEMPERKENALKAN OLAHAN ZINGER TERBARU – ZINGER CHOP
KFC MEMPERKENALKAN OLAHAN ZINGER TERBARU – ZINGER CHOP
Kegemaran peminat setia KFC – Zinger, kini menjadi tumpuan sekali lagi dengan olahan terbaru terhadap fillet ayam yang rangup dan...
SAMPAIKAN SALAM SYAWAL DENGAN PIZZA HUT
SAMPAIKAN SALAM SYAWAL DENGAN PIZZA HUT
Pizza Hut Rai Kemeriahan Raya dengan mengeratkan silaturrahim walaupun perayaan tahun ini mungkin berbeza KUALA LUMPUR, 27 MEI 2020 –...
WALL’S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM KINI BOLEH DIDAPATI DI SELURUH NEGARA DI ATAS PERMINTAAN POPULAR!
WALL’S SPECIAL EDITION TEALIVE BOBA ICE CREAM KINI BOLEH DIDAPATI DI SELURUH NEGARA DI ATAS PERMINTAAN POPULAR!
#BobaJeLAH Bila-Bila Masa dan Dimana Sahaja dengan Penghantaran Percuma ke pintu rumah anda untuk 300 Pesanan Pertama* KUALA LUMPUR –...