SHOPEE, SIMPLYSITI DAN CIMB ISLAMIC UMUM KERJASAMA

SHOPEE, SIMPLYSITI DAN CIMB ISLAMIC UMUM KERJASAMA

KUALA LUMPUR, 29 Julai 2019 – Suaranya yang lemak merdu, disertakan dengan sopan santun, budi bahasa dan sifatnya yang lemah lembut membuat semua generasi rakyat Malaysia meminati dan menyayangi Dato’ Sri Siti Nurhaliza Tarudin. Mula mencipta nama pada usia 16 tahun, anak kelahiran Temerloh ini telah menghasilkan lebih 20 album, menggubah lagu dan membuat persembahan bukan sahaja di dalam negara tetapi juga di persada antarabangsa, termasuk di Royal Albert Hall London yang berprestij, dalam masa hanya dua dekad.

Penyanyi yang telah memenangi berbilang anugerah ini menjadi inspirasi kepada ramai, bukan sahaja kerana beliau seorang penyanyi, penerbit muzik dan kini seorang ibu, tetapi juga kerana kewibawaannya sebagai seorang ahli perniagaan. Sembilan tahun dahulu, beliau mengasaskan rangkaian produk penjagaan kulit, kosmetik dan wangiannya sendiri, SimplySiti, untuk menawarkan pelbagai pilihan produk mekap, daripada produk pemutihan kepada krim rawatan kulit dan pemerah pipi hingga lipstik, yang disahkan Halal. Perniagaan yang diceburi ini telah mencatat pertumbuhan yang menakjubkan; hingga membolehkan pasaran diperluaskan ke Indonesia, Singapura dan juga Asia Barat.

 

Untuk mengekalkan popularitinya dalam kalangan pengguna teknologi digital, SimplySiti meluaskan tapak digitalnya dan melancarkan kedai rasmi SimplySiti di Shopee hampir tiga tahun dahulu. Siti Nurhaliza merupakan perintis Shopee Selebriti Skuad apabila platform e-dagang ini melancarkan portal dalam aplikasi khusus untuk pilihan produk selebriti. Menerusi platform ini, peminat juga berpeluang untuk menyertai sesi bertemu mesra dan acara yang dianjurkan oleh Shopee.

 

Kini, SimplySiti meluaskan kerjasamanya dengan Shopee bersama CIMB Islamic untuk memacu jenama ke mercu jaya yang lebih tinggi. Kerjasama ini akan memberi manfaat kepada peminat Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi tawaran menarik produk SimplySiti, konsert mininya dan juga peluang untuk minum teh bersama bintang pop.

“Sejak menyertai Shopee, perniagaan dalam talian kami telah meningkat lebih 100%. Pertumbuhan ini adalah hasil daripada acara-acara media eksklusif, sesi bertemu peminat dan kempen yang dianjurkan oleh Shopee seperti Shopee Brands Festival yang akan diadakan tidak lama lagi. Bagaimanapun, ini adalah kali pertama kami bersama-sama akan menganjurkan Super Brand Day, konsert mini dan jamuan minum teh untuk peminat saya! Saya teruja dengan pakatan perkongsian ini dan melihat perkembangan jenama saya yang boleh dilanggani oleh semakin ramai pengguna Shopee yang kini mencecah hampir 20 juta,” kata Siti Nurhaliza, Pengasas, SimplySiti di satu sidang akhbar.

 

Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau, Shopee, berkata, “Kami memang sentiasa meminati Dato’ Sri Siti Nurhaliza. Bila SimplySiti memutuskan untuk membuka kedai rasminya di Shopee, usia kami belum mencecah satu tahun. Kami gembira dan pada masa yang sama kami rasa terharu kerana Ratu Pop Malaysia memberi kepercayaan kepada kami dan menyokong kami. Ini sangat besar ertinya bagi platform e-dagang yang baru diasaskan! Pada hari ini, kami telah ditugaskan untuk memacu pertumbuhan jenama SimplySiti ke tahap seterusnya dengan meluaskan kerjasama di luar platform digital. Ia bukan sekadar jualan, tetapi merupakan sebahagian daripada langkah kami untuk memberikan pengalaman menyeluruh kepada pengguna kami dan ini termasuk aspek hiburan dan pendekatan gamifikasi di dalam dan luar platform.”

Rafe Haneef, Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic Bank Berhad, mengulas, “PKS merupakan tunggak ekonomi Malaysia. Sebagai Bank Islam serantau yang terkenal, CIMB Islamic teruja untuk menyokong dan memperkasakan PKS bagi membolehkannya membesar di dalam dan luar Malaysia, khususnya menerusi inisiatif Koridor Halal CIMB. Dan sekarang, dengan PKS Malaysia seperti SimplySiti di platform berbilang saluran Shopee, disertakan dengan diskaun hebat dan tawaran untuk pemegang kad CIMB, pengguna akan mendapat manfaat dari segi kesenangan dan pembelian produk yang berkualiti. Sesungguhnya jenama seperti SimplySiti memperlihatkan peranan CIMB – menerusi tawaran kewangan dan perkongsiannya yang luas – boleh membantu PKS mengembangkan perniagaan mereka dalam persekitaran runcit yang sangat kompetitif.”

SimplySiti Super Brand Day

Super Brand Day di Shopee akan berlangsung dari 2 hingga 7 Ogos 2019, membolehkan pengguna mendapat potongan harga sehingga 60% manakala Pemegang Kad Kredit CIMB Islamic akan mendapat potongan harga tambahan RM15 dengan perbelanjaan minimum RM70 untuk produk SimplySiti. Pemegang kad Debit, Kredit dan Prabayar CIMB akan mendapat potongan RM10 dengan perbelanjaan minimum RM70. Pada 5 Ogos, peminat boleh mengikuti siaran langsung Shopee Live menerusi aplikasinya dan menyaksikan Siti Nurhaliza memperkatakan tentang produknya. Pelanggan yang membelanjakan jumlah paling tinggi di bawah peraduan Belanja & Menang akan memenangi barangan peribadi milik Siti Nurhaliza.

Konsert Mini Shopee X SimplySiti

Konsert mini ini akan membawa peminat mengimbau zaman silam menerusi lagu-lagu hit paling diminati. Konsert mini akan berlangsung pada 14 September jam 8.30 malam. Tiket akan mula dijual di Shopee pada 2 Ogos, berharga RM350 untuk kategori Emas dan RM450 untuk Berlian. Atau, peminat Siti Nurhaliza yang membelanjakan sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day berpeluang menerima dua tiket bernilai sehingga RM900.

Minum Petang dengan Siti Nurhaliza

Berlangsung pada 18 September di Grand Hyatt Kuala Lumpur dan eksklusif untuk pemegang kad CIMB Islamic, seramai 15 pemenang berpeluang untuk menyertai majlis minum petang ini bersama pasangan mereka apabila mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM250 untuk produk SimplySiti sepanjang promosi Super Brand Day.

SimplySiti Super Brand Day dianjurkan sempena Shopee Brands Festival yang akan berlangsung dari 1 hingga 18 Ogos, menjanjikan tawaran dan promosi hebat untuk pengguna yang membeli-belah di bawah Shopee Mall. Mereka boleh merebut tawaran pada harga serendah RM1 setiap hari untuk barangan berjenama kegemaran mereka semasa Jualan Mengejut (Shocking Sale), dan merebut baucar potongan Surprise Hour 50% dan juga menerima hadiah apabila mereka membeli barangan terpilih. Pembelian di bawah Shopee Mall disertakan pulangan percuma dalam masa 15 hari, jaminan ketulenan 100%, dan penghantaran percuma. Tertakluk kepada terma dan syarat.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
BLOKGANZA DREAM CHRISTMAS AT QUILL CITY MALL KL
BLOKGANZA DREAM CHRISTMAS AT QUILL CITY MALL KL
Be enchanted by experiencing a memorable Blokganza Dream Christmas and Dream Vending Town this holiday season KUALA LUMPUR, 23 NOVEMBER...
Acara 11.11 Big Sale Terbesar Shopee
Acara 11.11 Big Sale Terbesar Shopee
Tawaran, diskaun, permainan, siaran langsung bintang dan sumbangan kepada komuniti  KUALA LUMPUR, 24 Oktober 2019 – Acara 11.11 Big Sale...
Matxi Corp Sambut Ulangtahun Kedua, Tembusi Pasaran Malaysia
Matxi Corp Sambut Ulangtahun Kedua, Tembusi Pasaran Malaysia
Pada 21 September 2019 lalu di Kuala Lumpur Convention Center, Matxi Corp telah meraikan ulang tahun kedua mereka. Ia disambut...