Program CSR-Penanaman Pokok di FRIM Bersama Delegasi ISI WSC 2019

Program CSR-Penanaman Pokok di FRIM Bersama Delegasi ISI WSC 2019

Bersempena dengan Kongres Statistik Dunia ISI 2019 ( ISI WSC 2019 ) Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Institut Statistik Malaysia telah mengadakan satu Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) – penanaman pokok di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Pada program tersebut, sebanyak 40 anak pokok daripada pelbagai spesis ditanam oleh delegasi Kongres Statistik Sedunia, Institut Statistik Antarabangsa (ISI WSC 2019) ke-62 di sini. Program ini dirasmikan oleh Ketua Perangkawan Jabatan Perangkaan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin. Turut hadir ialah Pengarah Bahagian Perhutanan dan Alam Sekitar FRIM, Dr. Ismail Parlan. Selain melibatkan delegasi kongres, program CSR penanam pokok ini turut disertai oleh golongan remaja dalam usaha untuk meningkatkan kesedaran kepentingan memelihara alam sekitar. Antara anak pokok yang ditanam adalah melibatkan spesis balau laut, balau sengkawang air, giam lintah bukit, beruas, chengal, pelong licin, belian, tualang, meranti kepong dan merbau. 

Menurut Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, program ini dianjurkan dengan kerjasama FRIM sebagai cara untuk menyantuni alam sekitar dengan cara menanam pokok. Beliau juga berkata penglibatan anak muda dalam program ini dilihat dapat meningkatkan kesedaran tentang budaya memelihara alam sekitar.

Dalam pada itu, beliau berharap agar ISI WSC 2019 dapat memberi satu lonjakan kepada dunia untuk bergerak secara bersama-sama dalam penghasilan statistik yang diperlukan oleh negara ini dan dunia. 

ISI WSC 2019 bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini sehingga 23 Ogos ini. Ia dijangka dihadiri lebih 2,600 pengamal statistik dan saintis data dari lebih 130 negara dalam pelbagai bidang.

Tentang CSR-Penanaman Pokok di FRIM

CSR mampu memberikan satu laluan yang kondusif dan efektif kepada FRIM dalam mempromosi produk mahupun jenama FRIM sendiri. Sejak tahun 2000 lagi, FRIM telah mula bergiat aktif dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti CSR. Beberapa program telah dirangka sejak itu hingga kini yang melibatkan pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat. Menerusi program-program berkenaan, usaha untuk memperkenalkan FRIM sebagai sebuah agensi kerajaan yang bertanggungjawab serta mempelopori gerakan hijau dan mesra alam dapat dilaksanakan. Beberapa aktiviti kesedaran telah dianjurkan bagi menyebarkan maklumat kepada orang awam. Penganjuran aktiviti-aktiviti berkenaan turut mendapat kerjasama daripada badan-badan korporat tempatan mahupun antarabangsa serta institusi pengajian tinggi tempatan.

Sepanjang tahun 2010–2018, sebanyak 20,607 pokok telah ditanam hasil usaha CSR FRIM dengan 169 badan korporat. Selaras dengan usaha ini, Unit Komunikasi Korporat (CCU) FRIM telah memulakan inisiatif penanaman pokok bersama Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB) bagi Program Perniagaan Pelancongan Hijau yang dilancarkan bagi menyokong komitmen kerajaan untuk mengimbangi pelepasan karbon sebanyak 40 peratus pada tahun 2020. Selain aktiviti penanaman pokok sebagai aktiviti CSR sesebuah organisasi, terdapat juga aktiviti tanam pokok yang dijadikan kenangan atau komemoratif (memorial or commemorative planting). Aktiviti ini khusus untuk memperingati sesuatu peristiwa tertentu seperti hari lahir, majlis istimewa atau tanaman oleh VIP/tetamu dan lokasi tanaman adalah di lokasi yang utama di FRIM (prime area). FRIM telah diisytihar sebagai Tapak Warisan Semulajadi pada 2009, Warisan Kebangsaan pada 2012 dan berjaya diterima dalam Senarai Tentatif WHS UNESCO pada 7 Julai 2017 semasa Mesyuarat Jawatankuasa Warisan Dunia (WHC) ke-41 yang diadakan di Krakow, Poland. Justeru, iamerupakan satu kebanggaan dan keistimewaan sekiranya dapat menanam pokok di FRIM yang akan dipelihara sepanjang zaman.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Five Deserving Malaysians Receive Merdeka Award Grant for International Attachment
Five Deserving Malaysians Receive Merdeka Award Grant for International Attachment
Kuala Lumpur, 16 August 2019 – The Merdeka Award Trust announced today that five exceptional young Malaysians will receive the...
Brand New Calm Room at Sunway Putra Mall
Brand New Calm Room at Sunway Putra Mall
A multi-sensory room for individuals with autism.   Kuala Lumpur, August 8 – Sunway Putra Mall, Malaysia’s first autism-friendly mall...
Resorts World Genting Jazz up customers Wednesday
Resorts World Genting Jazz up customers Wednesday
Three winners went home with a brand new Honda Jazz and 15 more up for grabs Genting Highlands, 24th July...