BLACK AS YOUR SOUL!: TRENT REZNOR (NINE INCH NAILS) BAKAL BIKIN SKOR MUZIK UNTUK FILEM PIXAR

Segar dari ekspo Disney D23, salah sebuah filem animasi terbaru Pixar yang telah diumumkan ialah filem Soul. Filem ini bakal menampilkan suara para pelakon seperti Daveed Diggs, Questlove, Phylicia Rashad, Jamie Foxx dan Tina Fey. Soul akan diarahkan oleh Pete Docter yang pernah mengarah filem Up dan Inside Out. Seperkara yang menarik perhatian ialah penglibatan dua anggota band industrial metal popular Nine Inch Nails; Trent Reznor dan Atticus Ross dalam bahagian skor filem.

Duo ini pertama kali bergandingan melalui filem The Social Network yang memberi mereka kemenangan Oscars yang kemudian diikuti dengan kerja skor filem mereka yang lain seperti The Girl With The Dragon Tattoo, Gone Girl dan yang terkini, Bird Box di saluran Netflix. Trademark skor dari Reznor dan Ross kebiasaannya dekat dengan gaya elektronik dan dark ambient jadi kita bakal dengar sesuatu yang mungkin berbeza dengan gabungan Reznor dan Pixar ini.

Soul yang bakal tayang pada 19 Jun 2020 ini berkisar tentang seorang guru muzik (Foxx) yang harus melakukan pencarian eksistensial sebelum dapat mencapai impiannya bermain muzik di kelab jazz New York, The Blue Note.

Sebelum menyiapkan Soul, Reznor dan Ross bakal tampil dengan beberapa kerja muzik mereka untuk siri televisyen HBO, Watchmen pada Oktober ini, filem drama Waves dari studio A24 dan sebuah filem berdasarkan novel thriller, The Woman in the Window lakonan Amy Adams, Julianne Moore dan Gary Oldman.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
“Little Nights, Little Love” kicks off JFF 2019 in Klang Valley KUALA LUMPUR — The Japanese Film Festival 2019 officially...
Banned Book Goes Viral
Banned Book Goes Viral
Scary Stories Gets Frightful Warm Welcome Kuala Lumpur, August 14 – Based on the most iconic banned book series –...
KELIBAT SWIPER THE FOX YANG LEBIH JELAS DALAM POSTER FILEM LIVE ACTION DORA AND THE LOST CITY OF GOLD EDISI MALAYSIA
KELIBAT SWIPER THE FOX YANG LEBIH JELAS DALAM POSTER FILEM LIVE ACTION DORA AND THE LOST CITY OF GOLD EDISI MALAYSIA
Watak musang kaki rembat ini bakal disuarakan oleh pelakon Benicio Del Toro yang akan dapat anda dengari apabila filem ini...