TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT

TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT

Ramalanku benar belaka…

Selepas 13 tahun sejak album terakhir 10,000 Days, band prog metal popular Tool melakukan ‘comeback’ dengan penuh bergaya apabila album studio kelima mereka, Fear Inoculum yang dilancarkan minggu lalu menjadi album terlaris di Amerika Syarikat, menundukkan juara carta album yang terdahulu, Taylor Swift yang muncul dengan album terbaru, Lover, demikian menurut laman sesawang rasmi carta muzik, Billboard. Ia sekaligus menamatkan kemarau yang panjang buat muzik rock sebagai juara carta yang kali terakhir diduduki oleh Dave Matthews Band lebih setahun yang lalu (eh…, Slipknot yang jadi juara carta dengan album baru mereka minggu yang lepas-lepas tak cukup rock ke? The Racounters?).

Beberapa hari sebelum ini, kebanyakan media digital melaporkan kumpulan peminat Taylor Swift yang digelar Swifties menggelupur di media sosial apabila ura-ura mengatakan kedudukan album Taylor Swift sebagai juara carta bakal tergugat oleh ‘band baru yang bernama Tool’ membuatkan mereka tak senang duduk selepas laporan carta iTunes menunjukkan Fear Inoculum ialah album yang paling laris sejak hari pertama rilisannya pada 30 Ogos 2019.

Kumpulan peminat Tool yang dikenali sebagai Tool Army (paling otai ialah OGT, ringkasan untuk Original Gangster Tool seperti nukilan vokalisnya, Maynard James Keenan pada lagu ‘Hooker With A Penis’ dalam album Ænima) yang dikenali dengan reputasi mereka sebagai kumpulan peminat yang paling bangsat pernah wujud tidak mensia-siakan peluang yang ada untuk membahan dan menyekolahkan kumpulan Swifties ini yang rata-rata budak sekolah dan ada yang masih belum lahir ketika kali terakhir Tool mengeluarkan album malah Maynard Keenan yang cukup benci dengan peminat Tool sendiri yang saban hari bertanya “bila album baru Tool nak keluar???” turut menyertai Tool Army dengan ciapan gambar beliau sebagai Thanos di Twitter.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
Akhirnya lagu tema filem Bond, No Time To Die nyanyian Billie Ellish diperdengarkan. Harapnya para peminat Ariana Grande yang mencemuh...
DRAMA BAND AKHIRNYA AKUR….
DRAMA BAND AKHIRNYA AKUR….
Setelah berpum-pang-pum-pang dan berdrama di media sosial tentang seni, kreativiti dan kecekalan, kumpulan metal bertopeng Slipknot, maaf… Drama BAND akhirnya...
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
KUALA LUMPUR, 15 Jan 2020: The biggest homegrown rock festival, Rockaway Fest 2020’s full lineup boasts international headliners, local legends...