Matxi Corp Sambut Ulangtahun Kedua, Tembusi Pasaran Malaysia

Matxi Corp Sambut Ulangtahun Kedua, Tembusi Pasaran Malaysia

Pada 21 September 2019 lalu di Kuala Lumpur Convention Center, Matxi Corp telah meraikan ulang tahun kedua mereka. Ia disambut dengan kehadiran 2,000 pengedar dari 30 negara secara gilang-gemilang. Pada acara itu, Matxi Corp turut mengumumkan pelaburan strategik dari kumpulan Malaysia dan memperkenalkan transformasi dari Matxi S.G. ke Matxi Corp, untuk melangkah ke pasaran antarabangsa.

Beroperasi lebih daripada 2 tahun, syarikat ini telah mencapai banyak pencapaian yang luar biasa dan berbangga dengan sistem yang paling profesional dan berkuasa di negara Vietnam dan juga di negara lain dengan lebih daripada 20,000 pengedar dan agen (*data diambil sehingga Julai 2019). Matxi Corp (Vietnam) yang dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G, adalah anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd di mana ia mengkhususkan diri dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang dengan pelan hala tuju latihan dan alat sokongan yang paling profesional dan teratur.

Dengan slogan “Anda berhak memiliki kehidupan yang lebih baik”, Matxi Corp berusaha untuk membekalkan kehidupan yang lebih baik dan membawa lebih banyak nilai praktikal melalui produk dan perkhidmatan. Matxi Corp sentiasa bermatlamat untuk memberi yang terbaik buat pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur.

Selain itu, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang yang berikut seperti hartanah, peruncitan bahagian kanak-kanak, percetakan dan pembungkusan, syarikat penyelenggara acara, produk kesihatan dan pengeluran kosmetik dan juga restoran.

Matxi Corp turut memiliki bahagian R&D (Penyelidikan dan Pembangunan) di mana pusat R&D mereka akan sentiasa melakukan kajian dan terus meningkatkan kualiti produk mereka di samping mengekalkan harga yang berpatutan untuk pengguna. Selain itu, Matxi Corp juga telah menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan kilang pembuatan di Amerika Syarikat, Jerman, Korea Selatan dan Malaysia untuk memindahkan teknologi, penyelidikan dan mengubahsuai pengurusan dan aliran operasi mengikuti piawaian yang paling ketat.

Di Vietnam, Matxi Corp adalah pemilik Medino – kilang GMP berdaftar yang terletak di Amata Industrial Park dengan lebih daripada 7,000 m2 kawasan kilang. Kilang ini mengkhususkan diri dalam pembuatan makanan berfungsi, produk makanan, dan kosmetik dengan kapasiti 1.5 juta produk / bulan.

Pada acara ulangtahun Matxi Corp, ia dihadiri oleh para pengarah iaitu Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd) yang turut menyampaikan ucapan perwakilan merela.

Max Health – Produk Line Terbaruk Matxi Corp

Sempena dengan ulangtahun kedua juga, Matxi memperkenalkan produk kesihatan terbaru mereka iaitu Max Health. Produk buatan Malaysia ini telah mendapat pensijilan HACCP, ISO 9001, GMP (Good Manufacturing Practice) dan sesuai untuk vegetarian.

Produk kosmetik dan kesihatan lain di bawah Matxi Corp ialah Max Life, Max Skincare dan Max1, Ia merupakan produk Kolagen khusus untuk kecantikan wanita dan minuman tongkat ali khas bagi lelaki.

Kini memasuki Malaysia secara rasmi dan seterusnya negara Korea dan Amerika Syarikat

Dengan keuntungan bulanan Matxi Corp, 10% daripadanya digunakan untuk meringankan kesulitan dan beban beribu-ribu isi rumah di Vietnam dengan penubuhan Yayasan Amal Matxi yang memberi perlindungan sosial buat kanak-kanak dan warga tua – Rumah Ah Nhien. Di sini dapat dilihat Matxi Corp juga merupakan syarikat yang bertanggungjawab sepenuhnya kepada komuniti mereka.Matxi Corp terus berusaha sebagai perintis dan peneraju inovasi untuk mencapai matlamat dalam tempoh tahun 2019 hingga tahun 2021.

Info Matxi Corp:

Nama Syarikat Malaysia: Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)

Facebook Rasmi: http://facebook.com/MatxiMalaysia

Instagram Rasmi: @matxicorp

Hashtag: #MATXICorp #YouDeserveABetterLife

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
REALME EXPERIENCE STORE AT SUNWAY PYRAMID IS NOW BIGGER AND BETTER
REALME EXPERIENCE STORE AT SUNWAY PYRAMID IS NOW BIGGER AND BETTER
From image store to a whole new experience store for Malaysians PETALING JAYA, 19th September 2020 – realme Malaysia today...
Para penjual tempatan di Shopee mencatat jumlah jualan RM200 juta dalam bulan pertama Shop Malaysia Online PENJANA; dijangka mencapai peningkatan lebih tinggi pada 9.9 Super Shopping Day
Para penjual tempatan di Shopee mencatat jumlah jualan RM200 juta dalam bulan pertama Shop Malaysia Online PENJANA; dijangka mencapai peningkatan lebih tinggi pada 9.9 Super Shopping Day
Shopee mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk perniagaan tempatan, sebagai sebahagian daripada tiga komitmen untuk 9.9 Super Shopping Day KUALA LUMPUR, 3...
Jaya One Memperkenalkan Pintu Masuk Baharu dengan Pelancaran Semula P2
Jaya One Memperkenalkan Pintu Masuk Baharu dengan Pelancaran Semula P2
Mengaktifkan dan menyusun semula Jaya One dengan penyewa, tawaran dan perkhidmatan baharu PETALING JAYA, 25 Julai 2020 – Pintu masuk...