Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi!

Festival Filem Kesatuan Eropah kembali lagi! Perjalanan sinematik sepanjang Eropah melalui 19 filem pemenang anugerah


KUALA LUMPUR, 1 Oktober 2019: Festival Filem Kesatuan Eropah (EUFF), antara festival filem antarabangsa yang dinanti-nantikan di Malaysia kini kembali ke pawagam-pawagam Golden Screen Cinemas yang terpilih sempena meraikan ulang tahun ke-20 penganjurannya di negara ini.

Untuk tahun ini, festival ini memfokuskan ciri-ciri dinamik, keluasan dan inovasi kontemporari perfileman Eropah, serta kepelbagaian kebudayaan benua tersebut melalui filem-filemnya yang telah mendapat pujian positif.
Bagi tahun 2019 ini, Festival Filem Kesatuan Eropah akan berlangsung di pawagam Golden Screen Cinemas di Kuala Lumpur (17 – 27 Oktober) – GSC Mid Valley, GSC Pavilion KL, GSC 1 Utama – dan Pulau Pinang (31 Oktober – 6 November) – GSC Gurney Plaza.


Sejak edisi pertamanya pada tahun 2000, ramai golongan penggemar filem, pelajar, keluarga dan orang awam telah menikmati pengalaman filem berbahasa asing yang buat pertama kalinya melalui filem-filem EUFF. Meliputi genre seperti animasi, drama, romantik, komedi, pengembaraan, keluarga dan dokumentari, program festival ini memaparkan kesinambungan kreativiti dan kepelbagaian Eropah yang menepati minat semua golongan.

“Benua Eropah ialah satu entiti yang memiliki kepelbagaian budaya, bahasa dan gaya hidup. Melalui EUFF, kami meraikan perihal kebudayaan dan budaya diletakkan sebagai fokus perkongsian kami di seluruh dunia, termasuklah di Malaysia,” kata TYT Maria Castillo Fernandez, Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia.


“Kami berharap filem-filem ini bukan sahaja menghibur, memberi inspirasi dan mengajar kita tentang kebudayaan Eropah, bahkan menunjukkan keterbukaan rakyat Malaysia dengan masyarakat Eropah meraikan kepelbagaian budaya dalam kalangan orang ramai,”
tambahnya lagi.

Untuk tahun ini, sebanyak 19 buah filem pemenang anugerah dari 15 buah negara Eropah bakal ditayangkan. Selain itu, filem-filem daripada negara bukan Kesatuan Eropah seperti Switzerland dan Norway juga ditayangkan. Kebanyakan filem ini adalah hasil kerjasama atau usahasama produksi antara negara Eropah yang dimanfaatkan daripada projek Suruhanjaya Eropah yang diuruskan oleh sebuah konsortium yang ditubuhkan oleh Goethe-Institut (peneraju), Institut Français dan Cineuropa, sebuah portal promosi perfileman Eropah. Seperti kehidupan bersatu padu di Malaysia, filem-filem ini meraikan perbezaan yang
menyatukan Eropah serta mengetengahkan skop penceritaan dan seni melintasi batas budaya dan negara yang berbeza.

Festival ini akan dibuka dengan tayangan filem utama dari Romania, Beside Me yang
diinspirasikan daripada idea hubungan insan yang meruntun jiwa. Diarahkan oleh sutradara berbangsa Romania berkelainan upaya Tedy Necula, Beside Me mengingatkan kita bahawa
manusia adalah terasing sehinggalah sesuatu membawakan manusia bersatu. Mesej yang dibawakan adalah relevan pada kehidupan masa kini iaitu empati, kesedaran kendiri dan toleransi.

Les Invisibles, filem yang ditayangkan semasa sidang media, ialah sebuah komedi mengenai sekumpulan pekerja sosial yang melakukan apa saja sedaya-upaya mereka untuk membantu golongan wanita gelandangan di dalam tempat perlindungan mereka untuk bergaul dengan masyarakat. Filem ini diangkat sebagai contoh komitmen Eropah dalam kesamarataan sosial. Apa yang menarik, ramai watak utama filem ini dilakonkan oleh wanita bekas gelandangan dan bukan pelakon profesional. Untuk mendapatkan tona yang betul untuk filem ini, pengarahnya Louis-Julien Petit telah melakukan kerja sukarelawan selama setahun di pusat perlindungan wanita gelandangan di Grenoble dan Paris.

Enam filem –– Lada Kamenski (Croatia), Winter Flies (Republik Czech), Ailo’s Journey (Finland), The Romantic Exiles (Sepanyol), Don’t Stop Me Now dan As Needed (Itali) –– akan ditayangkan secara percuma di semua pawagam yang menyertai. Kupon untuk tayangan ini boleh dimuat turun atau disyot daripada www.euff.com.my dan ditebus di kaunter tiket GSC yang menyertai berdasarkan “siapa cepat, dia dapat”.

Festival Filem Kesatuan Eropah Ke-20 ini dianjurkan oleh Delegasi Kesatuan Eropah ke
Malaysia, dengan kerjasama semua kedutaan dan institut kebudayaan 13 buah negara
anggota Kesatuan Eropah, serta Norway dan Switzerland.

Selain itu, festival filem ini mendapat sokongan daripada rakan organisasi tempatan Golden Screen Cinemas Sdn. Bhd., Golden Screen Cinemas International Screens, GSC Movies dan CinemaOnline.

Untuk makluman, tiket EUFF dijual pada harga RM9.00 untuk tempat duduk biasa. Tiket bagi filem GSC International Screens Les Invisibles (Perancis) dijual pada harga yang ditetapkan oleh GSC. Selain di outlet GSC yang menyertai, tiket juga boleh dibeli secara GSC E-payment di www.gsc.com.my dan aplikasi mudah alih GSC. Maklumat terperinci mengenai filem, jadual tayangan dan lain-lain mengenai Festival Filem Kesatuan Eropah boleh didapati di laman web www.euff.com.my atau www.gsc.com.my


Tiket EUFF akan mula dijual pada 10 Oktober.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
GERAN: APA KATA PENONTON?
GERAN: APA KATA PENONTON?
Filem aksi yang mempertaruhkan seni silat ini jarang (mungkin kali terakhir bila Z Lokman mempersembahkan Mahaguru tahun lalu tapi tak...
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
Japanese Film Festival 2019 Officially Launched
“Little Nights, Little Love” kicks off JFF 2019 in Klang Valley KUALA LUMPUR — The Japanese Film Festival 2019 officially...
BLACK AS YOUR SOUL!: TRENT REZNOR (NINE INCH NAILS) BAKAL BIKIN SKOR MUZIK UNTUK FILEM PIXAR
Segar dari ekspo Disney D23, salah sebuah filem animasi terbaru Pixar yang telah diumumkan ialah filem Soul. Filem ini bakal...