GERAN: APA KATA PENONTON?

GERAN: APA KATA PENONTON? Filem aksi yang mempertaruhkan seni silat ini jarang (mungkin kali terakhir bila Z Lokman mempersembahkan Mahaguru tahun lalu tapi tak diraikan) jadi bila pengarah Areel Abu Bakar cuba mengangkat genre ini melalui Geran menampilkan lakonan Namron, Fatimah Abu Bakar, Khoharullah dan Feiyna Tajudin dengan penghasilan yang lebih baik, ia datang bagaikan rahmat.
Filem ini berkisar tentang Ali dan Fatimah yang tertekan dengan adik bongsu mereka, Mat Arip, apabila dia gagal pulang ke rumah bersama geran tanah pusaka mereka. Kini Ali perlu mencari Mat Arip, yang telah terjebak ke jalan yang salah dan terbabit dengan perjudian serta lumba kereta haram, dan membawanya pulang ke pangkuan bapa mereka, Pak Nayan. Kini di pawagam edaran Empire Film Solution, kita lihat apa kata penonton yang kami kumpulkan dari grup filem Movie Addict.

Aksi tarung mantap. Skrip boleh tahan.” – Salhah Suhot, rating: 7.5/10SEBUAH KARYA KERDIL YANG AMAT MENGAGUMKAN. Character yang sangat OP (overpowered) but who cares? Segala tentang fight dalam movie ni memang PADU, MANTAP DAN SANGAT PERFECT!!!”Sharif Zafran, rating: 9/10Baguih terok action movie ni. Geran sikit lagi boleh saing Ong Bak. Nam Ron cuma perlu perkemaskan balut rokok daun. Overall movie memang ngam.” – Dann Sanchez, rating: 8/10 Filem GERAN adalah filem yang amat berbaloi untuk ditonton. Aksi-aksi lasak yang gempak dan meremang masa last scene fight tu. Kalau korang pernah tonton cerita Ong Bak oleh Tony Jaa dan Merantau Warrior oleh Uko Uwais, anda wajib lihat filem ini. Filem ini juga mengetengahkan aksi silat yang jarang kita pernah tengok dalam sesebuah filem. Semua aksi-aksi yang ditonjolkan adalah sebenar dan bukannya main-main dan mereka adalah pesilat yang sebenar..”Khairul Akmal Hishamuddin, rating: 15/10 “Geran telah menghantar isyarat penting bahawa sebenarnya Malaysia mampu menghasilkan filem aksi pertarungan, tanpa kita terus menadah karya sebegini daripada negara jiran.”Mohd Ashrafi Harumin

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
FILEM PARASITE DITUDUH MENCIPLAK FILEM TAMIL!
FILEM PARASITE DITUDUH MENCIPLAK FILEM TAMIL!
Filem bila dah menang anugerah besar, barulah kau nak claim orang ciplak idea kau! Begitulah yang terjadi apabila seorang penerbit...
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
Akhirnya lagu tema filem Bond, No Time To Die nyanyian Billie Ellish diperdengarkan. Harapnya para peminat Ariana Grande yang mencemuh...
RIMBA BARA 2 BAWA LEGASI FILEM ROCK KEPADA GENERASI BARU!
RIMBA BARA 2 BAWA LEGASI FILEM ROCK KEPADA GENERASI BARU!
PETALING JAYA, 12 FEBRUARI 2020 – ‘Jika Rock Bro dikatakan pengakhiran indah sebuah trilogi Rock, mungkinkah Rock 4 adalah permulaan...