MALAM PENUH PESONA DI KONSERT ‘THE SINGING PIZZA’

MALAM PENUH PESONA DI KONSERT ‘THE SINGING PIZZA’

Pizza Hut dan Universal Music Malaysia hadiahkan pengalaman lebih bermakna dengan konsert eksklusif menampilkan artis-artis terkemuka.


PETALING JAYA, 24 Oktober 2019 – Pizza Hut dan Universal Music Malaysia telah
menyatukan peminat pizza dan muzik pada malam Konsert ‘The Singing Pizza’ yang menampilkan gandingan hebat dalam kepelbagaian citarasa dan irama.

Lebih daripada 500 orang penonton telah hadir untuk menyaksikan persembahan eksklusif dari tujuh artis terkemuka bertempat di Auditorium Muzik Bentley di Petaling Jaya, Sabtu lalu.
Konsert tersebut merupakan acara penutup bagi kempen ‘The Singing Pizza’, satu kempen unik yang menggabungkan makanan dan muzik di mana kotak Pizza Hut berinovasi menjadi kotak muzik menemani pelanggan yang menikmati hidangan mereka.

KONSEP UNIK KOTAK MUZIK ‘THE SINGING PIZZA’

Menukar kotak piza biasa kepada konsep kotak muzik, ‘The Singing Pizza’ didatangkan di dalam kotak piza bertemakan piring hitam, menampilkan ilustrasi artis seperti Fazura, Fattah
Amin dan Alvin Chong di hadapan kotak berserta kod QR untuk akses kepada 200 lagu
eksklusif termasuk lagu-lagu popular serta yang masih belum dipasarkan, dengan senarai yang dikemaskini setiap dua minggu di dalam aplikasi ‘The Singing Pizza’.

Kempen ‘The Singing Pizza’ ini juga berjaya meraih anugerah ‘Excellence in Marketing
Innovation’ (Anugerah Kecemerlangan dalam Inovasi Pemasaran) di majlis Marketing Excellence Awards 2019 anjuran Majalah Advertising+Marketing baru-baru ini.


KONSERT ‘THE SINGING PIZZA’

Selepas sesi promo konsert The Singing Pizza di laman media sosial, malam yang dinantikan akhirnya tiba. Konsert yang merupakan kerjasama bersejarah di antara Pizza Hut dan Universal Music Malaysia ini bermatlamat untuk menghubungkan dan memberi aspirasi kepada rakyat Malaysia untuk menjalani hidup dengan lebih bermakna menerusi pengalaman menikmati piza yang dipertingkat menerusi elemen muzik.

Aman Ra mewakili artis hip hop Malaysia

Aman Ra telah membuka pentas dengan wacana hip hop melalui lagu terbarunya, “Fighter” yang merupakan runut bunyi filem Sangkar diikuti lagu hitnya “Bangun”. Fitrah konsert yang mahukan audien bangun berinteraksi, maka itulah yang dimahukan Aman Ra dari para penonton supaya tidak duduk saja. “Bangun” benar-benar buat penonton ‘bangun’ dan sing-a-long lirik “budak flat!” pada rangkap korus. Tenaga yang disalurkan Aman Ra melalui rapping berapinya disalurkan pada penonton dan benar-benar membangkitkan mood.

Persembahan diteruskan dengan penyanyi wanita Zen yang memukau perhatian dengan lagu terbaharunya “If I Knew”. Penyanyi bersuara merdu ini juga mengejutkan peminat dengan medley “Kenangan Terindah” dan “See You Again”.

Barisan artis memberikan gaya terbaik di atas pentas kepada penonton. Dari kiri BATE, ThomasJack, Zen, Shalma Eliana, Alvin Chong, Fazura dan Fattah Amin.

Malam itu diteruskan dengan permainan interaktif “Blind Pizza Tasting” yang memberi
peluang kepada empat peminat bertuah untuk naik ke pentas bersama Aman Ra dan Zen.
Penyanyi baru, Shalma Eliana meneruskan acara dengan persembahan lagu pertamanya “Janji Terindah”, lagu yang menjadi siulan ramai kerana kontribusi Malique dari Too Phat sebagai penulis lagunya. Gadis comel ini meneruskan persembahan dengan lagu berentak R&B berjudul “If I Ain’t Got You” iaitu cover dari Alicia Keys dan juga lagu terbaharu “Mahukah Kamu” yang kini sedang meningkat popularitinya di YouTube dengan rentak EDM-nya.

Alvin Chong menunjukkan aksinya ketika malam konsert eksklusif baru-baru ini

Penyanyi yang juga popular sebagai pelakon drama rangkaian Awak Suka Saya Tak, Alvin Chong tampil menggamatkan suasana dengan persembahan mantap menerusi lagu “Tajam” dan “Ben Ni Chong Ai” dengan gubahan semula lagu popular “Cinta Luar Biasa’. Dua peminat bertuah telah diumumkan sebagai pemenang peraduan istimewa ‘Singing Pizza’ membawa pulang hadiah tiket penerbangan ke Sydney, Australia untuk menyaksikan konsert Shawn Mendes secara langsung bersama Alvin Chong.

Konsert diteruskan dengan persembahan bintang sensasi Fattah Amin mengalunkan lagu romantik berjudul “Isterimewa” dan “1234U”. Pasangan duet ThomasJack membuktikan bakat mereka dengan lagu berjudul “Rumours”, nyanyian semula “Ku Juga Mencintaimu” dan “Mungkin Nanti” berduet dengan Zen.

Pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura membuai penonton dengan lagu duet mereka, “Paling Sempurna

Kemuncak konsert ialah persembahan penyanyi dan juga pelakon terkenal Fazura yang mengakhiri malam penuh pesona tersebut dengan lagu popularnya “Bangun”. Persembahan Fazura dihangatkan lagi dengan duet bersama dengan suaminya, Fattah Amin mendendangkan lagu “Paling Sempurna”, “Bisa Apa” dan “Can’t Forget Me”.

Alvin Chong (kanan) dan Timbalan Pengurus Besar Pemasaran Pizza Hut, Emily Chong (kiri) bersama replika pas penerbangan untuk diserahkan kepada pemenang bertuah yang akan menonton konsert Shawn Mendes Live In Sydney

Selain persembahan nyanyian, penonton turut diimbau dengan segmen “Pizza Hut Moment” throwback, di mana peminat-peminat bertuah dapat merasai pengalaman istimewa bersama artis kegemaran mereka,
termasuk sesi membuat piza bersama Fattah Amin, sesi manicure dan minum petang di Pizza Hut bersama Shalma Eliana, bengkel tarian dikendalikan oleh ThomasJack dan Zen disusuli sesi jamuan pizza, sesi istimewa di studio bersama Aman Ra diikuti dengan makan malam di Pizza Hut.

Barisan artis yang membuat persembahan bergambar bersama penonton. Dari kiri: Fattah Amin, Fazura, Shalma Eliana, Alvin chong, Zen, ThomasJack dan BATE

Untuk mendapat maklumat terkini, ikutilah Facebook rasmi Pizza Hut di www.facebook.com/pizzahutmalaysia atau Instagram
@pizzahutmalaysia dengan carian ‘The Singing Pizza’.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
PIZZA HUT MALAYSIA RAI KEENAKAN DURIAN DI DALAM PAN PIZZA BERKEJU TERBAHARU
KUALA LUMPUR, 9 Ogos 2019 – Pizza Hut Malaysia membawakan kejutan hebat kepada para peminatnya apabila memperkenalkan ciptaan yang menggabungkan...
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
MILO® PROTEIN UP™ baharu dengan protein susu membekalkan tenaga kepada golongon dewasa muda untuk melangkah jauh
KUALA LUMPUR, 24 Julai 2019: Tanggapan salah tentang protein di mana ia hanya untuk individu yang membina badan seringkali diperkatakan...
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
‘UTARA’ RESTAURANT RE-OPENS WITH A FRESH NEW LOOK
Hotel Armada Petaling Jaya’s Contemporary All Day Dining Restaurant Petaling Jaya, Malaysia, 6 August 2019 – After 22 years of...