LOUDNESS – RISE TO GLORY TOUR: MALAYSIA 2019

LOUDNESS bakal menggegarkan Malaysia sekali lagi dengan kehadiran mereka bersempena LOUDNESS – RISE TO GLORY TOUR: MALAYSIA 2019 pada 10 November 2019. Jelajah Rise to Glory ini adalah bagi mempromosikan album terbaru LOUDNESS yang berjudul “Rise to Glory”.

Lagenda gergasi metal Jepun yang mula menempa nama menerusi Jelajah Amerika Utara dan Eropah pada 1983 ini merupakan band Jepun pertama di bawah label antarabangsa, Atlantic Records.

Band yang dianggotai oleh Akira Takasaki (Gitaris), Minoru Niihara (Vokalis), Masayoshi Yamashita (Gitaris Bass) dan Masayuki Suzuki (Pemain Dram) ini telah berulang kali berjaya menembusi carta Billboard Amerika dan turut mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama menggamatkan arena berprestij antarabangsa, Madison Square Garden.

LOUDNESS bakal menghidangkan persembahan bertenaga dengan lagu-lagu hit sepanjang zaman dari album-album seperti “Thunder in the East”, “Lightning Strike”, “Hurricane Eyes” dan “Spiritual Canoe” buat peminat-peminat tanahair pada 10 November 2019, jam 7 malam di The Bee, Publika Kuala Lumpur.

LOUDNESS RISE TO GLORY TOUR : MALAYSIA 2019 ini dibawakan oleh Live Nation selaku Ejen Rasmi Konsert, The Bee selaku Penganjur Lokasi, Lampuneon selaku Promoter Konsert dan Galactix selaku Penjual Tiket Rasmi.

Tiket-tiket yang akan dijual mengikut kategori iaitu Early Bird (RM178), Advance (RM208) dan VIP (RM288) boleh didapati di www.galactix.asia/loudnessKL bermula dari 3Oktober 2019.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care
Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care
Apabila menyebut Ramadan, sebahagian daripada kita akan membayangkan kepelbagaian makanan, juadah dan suasana yang penuh meriah ketika berbuka puasa dan...
SPIDER MAHU KEMBALIKAN NOSTALGIA PLANET HOLLYWOOD DALAM PERSEMBAHAN SUNDAY NIGHT LIVE BUAT PEMINAT MEREKA DI HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR PADA 8 MARCH 2020
Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia yang membawa lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska, ditubuhkan pada tahun 1996 dan...
XPDC Gegar Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL
XPDC Gegar Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL
Wahh! Excited!! Agak lama tak berkunjung ke showcase XPDC ni. Personally, terakhir saya ke showcase mereka sekitar awal tahun 2000....