REPVBLIK BAKAL BERKONSERT DI MALAYSIA

REPVBLIK BAKAL BERKONSERT DI MALAYSIA

Floor 88 dan Andmesh Menjadi Artis Pembuka

Menutup tahun 2019 dengan penuh gemilang, A Loud Nation Entertainment Sdn Bhd bakal memberikan sebuah kenangan terindah dan penuh makn buat penggemar muzik tanah air sebelum era 2020 menyapa dunia iaitu konsert jelajah Malaysia band dari Indonesia, Repvblik.

Band yang pop rock yang cukup fenomena dengan hit Sandiwara Cinta yang membuat nama Repvblik terkenal di Malaysia, kini band asal Bogor, Indonesia yang sudah mencetak sukses luar biasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini siap bertemu penggemar mereka.

Menariknya, A Loud mengambil sebuah Iangkah besar apabila buat julung kalinya, Repvblik akan dibawa ‘pusing Malaysia’ dengan memilih tiga lokasi utama yang difikirkan strategik buat band ini bertemu penggemar penggemarnya.

Diberi nama Repvblik and Friends, Repvblik akan segera menggelar konsert perdana mereka dalam sebuah skala besar dan paling penting, mereka siap menjelajah Malaysia bermula 18 Disember 2019 mendatang.

Band yang Iagu Aku Takut milik mereka telah ditonton sebanyak 181 juta tontotan itu akan bertemu penggemar mereka di Kuala Lumpur terlebih dahulu pada tanggal 18 Disember 2019.

Konsert sulung band yang mula aktif sejak tahun 2007 silam tersebut akan diadakan di KL Live, Live Center, Kuala Lumpur dengan disertai oleh dua pemuzik yang tidak kalah hebatnya. Salah satunya adalah Andmesh yang hit Cinta Luar Biasa miliknya telah ditonton Iebih 161 juta tontonan di YouTube.

Sebuah band yang tidak kalah hebat di Malaysia yakni Floor 88 adalah satu lagi ‘teman’ Repvblik yang akan menggegarkan pentas KL Live.

Tidak berhenti di Kuala Lumpur, Repvblik & Friends menuju Selatan tanah air, iaitu Johor Bahru pada 20 Disember 2019. Konsert di Johor Bahru pula akan diadakan di Persada, dengan sekali lagi hadir bersama ‘tentera’ yang sama iaitu Andmesh dan Floor 88.

Terakhir, pada tanggal 22 Disember 2019, Repvblik & Friends akan terbang ke Sabah dan bertemu penggemar mereka di negeri di Bawah Bayu itu.

Konsert di Sabah akan berlangsung dengan line up ‘kawan-kawan’ yang berbeza. Pengumuman akan dilakukan pada pertengahan bulan November 2019.

“Kami berbesar hati membawa Repvblik ke Malaysia bukan sahaja ke Kuala Lumpur tetapi juga ke Johor Bahru dan Sabah kerana yakin dengan muzik mereka yang selama ini cukup digemari oleh seluruh penikmat muzik.

“Konsep Repvblik & Friends dengan menggabungkan Repvblik bersama Andmesh, Floor 88 dan Jaz Hayat adalah sebuah bonus yang sengaja kami berikan kepada penggemar yang hadir kelak kerana pada harga yang sangat mampu, penggemar boleh menikmati 3 pemuzik di satu satu lokasi konsert berlangsung,” kata Pengarah Urusan A Loud Nation.

Harga tiket konsert Repvblik & Friends di KL Live, Kuala Lumpur dan Persada Johor, Johor Bahru dijual pada harga RM188 pada 1 November 2019, dengan pembelian early bird berharga RM148 pada 25 Oktober 2019. Penjualan tiket akan bermula pada jam 10 pagi pada tarikh-tarikh tersebut.

Pembelian boleh dilakukan di www.myticket.asia atau sebarang pertanyaan boleh hubungi +603 8605 0195.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
FUNKY FRESH STUDIO JEMPUT ANAK-ANAK SERTAI  WOKSHOP HIP HOP ‘JUNIOR DANCE CAMP 2019’ PADA CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN INI
FUNKY FRESH STUDIO JEMPUT ANAK-ANAK SERTAI  WOKSHOP HIP HOP ‘JUNIOR DANCE CAMP 2019’ PADA CUTI SEKOLAH HUJUNG TAHUN INI
KUALA LUMPUR, 19 November 2019: Funky Fresh Studio (FFS) mengumumkan bahawa mereka bakal mengadakan ‘Junior Dance Camp 2019’ buat pertama kali...
TikTok Launches #CNSchallenge in Malaysia and 40+ Countries and Regions Globally with the release of BTS j-hope’s new music
Kuala Lumpur, 27 September 2019 – To usher in the reveal of BTS j-hope’s ‘Chicken Noodle Soup (feat. Becky G)’...
TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT
TOOL – “FEAR INOCULUM” KINI ALBUM NOMBOR SATU DI US, TUMBANGKAN ALBUM TAYLOR SWIFT
Ramalanku benar belaka… Selepas 13 tahun sejak album terakhir 10,000 Days, band prog metal popular Tool melakukan ‘comeback’ dengan penuh...