LEFTHANDED GEGAR HARDROCK CAFÉ KUALA LUMPUR

Lefthanded satu nama besar tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia muzik rock tanahair yang telah memulakan kariernya seawal tahun 80an dan masih lagi bertahan sehingga kini. Tanggal 1 Disember 2019 kumpulan rock lagenda ini pula diberi peluang bagi memenuhi slot Sunday Night Live di Hard Rock Cafe selepas kumpulan Wings pada bulan sebelumnya. Seawal Jam 9 malam ruang legar Hard Rock Café sudah mula dipenuhi oleh peminat-peminat yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan kumpulan yang sudah agak lama tidak membuat persembahan dipusat Bandar Kuala Lumpur. Rata-rata kelihatan pengunjung dan peminat yang datang adalah yang berusia 30 dan keatas dimana mereka membesar dengan lagu-lagu dari kumpulan tersebut. Kelihatan juga rakan-rakan artis datang untuk memberi sokongan bagi persembahan istimewa ini seperti Datuk Ramli Sarip, Datuk Hattan, Datuk Malek Ridzuan dan ramai lagi.

        Tepat jam 10.39 malam lefthanded memulakan persembahan dengan Alam Dan Pencipta yang dipetik dari album `masterpiece’ Seruan. Lefthanded muncul dengan ahli utamanya Man Keedal dan Datuk Nash. Gitar kedua Ritz Metalasia menggantikan tempat arwah Samad, anak kepada arwah Man Dayak iaitu Haziq menggalas tanggungjawab diposisi drum, Rozario Rasul pemain keyboard. Ketiadaan Yan diposisi bass menimbulkan tandatanya dikalangan peminat dan ianya diganti oleh pemuzik undangan yang meningkat naik iaitu Fly. Seterusnya Bertemu Didalam Rock N Roll membuatkan persembahan semakin hangat dan Lagenda Cinta, lagu nostalgia yang dipetik dari album Keadilan membuatkan suara Nash hampir tenggelam kerana turut dinyanyikan hampir semua pengunjung yang hadir. Lagu keempat, Keadilan dari album Keadilan Man Keedal bernostalgia dengan menggunakan gitar Flying V nya dimana waktu album itu muncul ia menggunakan gitar Flying V.

       Maya Persada, lagu untuk mengingati arwah Samad dimana bahagian solo `menangis’ lagu tersebut adalah daripada petikan gitar beliau dan dibawa secara `menangis’ dengan jayanya oleh pemain gitar undangan iaitu Ritz. Seterusnya Lanun lagu yang dipetik dari album fenomena rock tanahair iaitu album Battle Of The band 1 yang muncul pada tahun 1986 dan sekali lagi Man Keedal menggunakan gitar flying V nya dimana Man Keedal sebenarnya lebih gemar menggunakan gitar fendernya.

        Untuk lagu RockRama dan Arah Yang Hilang Lefthanded telah menjemput penyanyi undangan iaitu AJ Mentor menggantikan tempat Nash. Sebelum memulakan lagu RockRama dari album Evolusi, Haziq memulakan dengan ketukan drum solo dan sememangnya telah mengingatkan kita kepada arwah bapanya dengan pukulan yang padu dan sangat bertenaga.  Qabul, sebuah lagu instrumental dari album Qabul dimulakan dengan ngauman gitar solo Man Keedal dan ternyata Man Keedal sememangnya tetap unggul sebagai antara pemain gitar terbaik yang telah muncul dinegara kita. Rangkaian lagu-lagu popular berentak slow rock Tiada Lagi Kidungmu, Ku Dihalaman Rindu, Debunga Wangi, Cinta 3 Dimensi, Kenangan Bersamamu sekali lagi menenggelamkan suara Nash kerana nyanyian beramai-ramai daripada peminat yang berkongsi bernostalgia dengan lagu-lagu tersebut.

        Datuk Ramli Sarip selaku penerbit album-album Lefthanded yang menaikkan nama kumpulan tersebut antara tetamu yang hadir telah dijemput sebagai penyanyi jemputan istimewa untuk menyanyikan sebuah lagu iaitu Istilah. Pemain drum terkenal iaitu Tom Anuar dijemput untuk mengiringi Ramli Sarip dimana beliau adalah pemain drum tetap yang selalu mengiringi persembahan beliau. Datuk Ramli juga sempat mempromosikan persembahan Lefthanded akan datang yang akan diadakan di Esplanade Singapura dan Johor Baharu dimana untuk persembahan tersebut beliau akan berkolaborasi bersama-sama Lefthanded. Semangat Lamina dari album Fanatisme dan `encore’ Seruan sebagai lagu penutup benar-benar menggegarkan Hard Rock Café Kuala Lumpur. Persembahan berakhir tepat jam 12 malam dimana masih ada sebuah lagu yang sepatutnya dimainkan iaitu Hidup Dan Perjuangan kerana menurut Nash masa sudah time.

        Untuk persembahan bagi sebuah kumpulan yang telah wujud lebih dari 30 tahun ternyata Lefthanded masih dan sentiasa berbisa sebagai sebuah kumpulan rock yang unggul dinegara kita. Tahniah juga kepada pemuzik undangan berpengalaman yang mantap mengiringi persembahan sebuah kumpulan rock yang bergelar Lefthanded. Semuga bertemu lagi dilain persembahan.

Artikel oleh : Wan Kamal Baharin @wankaybee

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
KUALA LUMPUR, 15 Jan 2020: The biggest homegrown rock festival, Rockaway Fest 2020’s full lineup boasts international headliners, local legends...
ALAN WALKER AND DJ SODA TO HEADLINE BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2020
Kuala Lumpur, 9 January 2020 – Brought to you exclusively by BME International, sponsored by Benta Mewah and organised by...
KEMUNCULAN KUMPULAN METAL LEGEND, XPDC PULA BAKAL BERAKSI DI HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR PADA 9 FEBRUARI 2020, AHAD JAM 10.30 MALAM
Kumpulan lagenda XPDC bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air.  Bakal menghangatkan pentasSunday Night Live (SNL) di Hard Rock...