I AM MUS JOURNEY, HARDROCK CAFÉ SUNDAY NITE LIVE & ROCK & ROLL

I Am Musnama yang mahu dikenali sekarang. Siapa I Am Mus.? Kalau menyebut Mus MAY atau satu ketika dulu pernah juga dikenali sebagai Mus Wings pasti semua akan mengenalinya. Kini kembali bergerak secara solo setelah disahkan tidak lagi bersama kumpulan MAY buat kali kedua. Tanggal 5 januari 2020Hardrock café Sunday Nite Live menyaksikan persembahan istimewa pertamanya secara solo. Sewaktu ditawarkan untuk persembahan Sunday nite live Mus masih ragu-ragu akan sambutan peminatnya kerana namanya sangat sinonim bergerak secara berkumpulan. Hardrock café satu jenama yang sememangnya sangat dikenali kini rancak memberi peluang untuk artis membuat persembahan bagi slot Sunday Nite Live. Mus berkeyakinan untuk mini showcase lokasi hardrock café mampu menarik minat peminat kerana ianya agak berprestij bagi sebuah kelab atau café. Seperti dijangkakan sememangnya Mus mempunyai peminatnyatersendiri dimana lebih dari 400 peminat telah memenuhi ruang hardrock caféterdiri dari pelbagai peringkat umur 20an hingga ke 50an.

         Tepat jam 10.38 malam Mus muncul memulakan persembahan meyakinkan dengan Kerna Kau lagu dipetik dari album solo Optimis yang muncul pada tahun 2008. Persembahan diiringi oleh pemuzik undangan terdiri dari Alfa Booty (gitar), Beby Majestreet (gitar), Fairus majerstreet (bass), Loco Hyper Act (keyboard) dan Rumy Booty (drum). Seterusnya rangkaianStrategi, Sinar&Sendiri adalah antara lagu-lagu popular ketika Mus bersama MAY sememangnya menaikkan mood persembahan malam itu. Journey adalah tema dimana perjalanan karier Mus sebagai penyanyi bermula sejak dari pertengahan 80an lagi bersama kumpulan MAY. Muncul solo dan seterusnya pada pertengahan tahun 90an sempat merakamkan tiga album bersama Wings menggantikan tempat Awie&Mel.

Enigma&Biru Mata Hitamku dari album Wings adalah antara lagu hit yang dinantikan peminat untuk bersama-sama sing along. Menceritakan pengalamannya sebagai penyanyi, pada tahun 1992 pernah juga merakamkan sebuah album bersama kumpulan Strangers dan lagu Satu Pengertian daripada Strangers sebagai penutup sebelum break.

         Waktu break selama 10 minit digunakan bagi mempromosikan single terbaru Mencari Kasih lagu ciptaan M.Nasir diperdengarkan buat pertama kali untuk pengunjung yang hadir. Persembahan diteruskan dengan Selagi Kau Disisi lagu dipetik dari album solonya yang mungkin agak asing bagi peminatnya sendriri. Berkongsi cerita dan pengalaman sebelum menyanyikan lagu Hatiku Kekal Padamu dari album Semangat Zaman yang menampilkan pelbagai artis. Lagu coverStairway To Heaven/Bohamien Rhapsody sama ada untuk menaikkan mood persembahan atau menurunkan mood dipersembahkan dimana lagu itu banyak memberi inspirasi kepada Mus dalam kariernya. Lagu hit dari kumpulan Bloodshed Srikandi Cintaku menghangatkan kembali pentas hardrock. Untuk Srikandi Cintaku Mus menjemput tetamu istimewa iaitu penyanyi asal lagu tersebut Rusdan Bloodshed untuk berduet. Sayangnya lagu yang serius dan indah itu mengambil masa hampir 18 minit diiringi celoteh dan jenaka bersama peminat pada pertengahan lagu menyebabkan mood keaslian lagunya hampir hilang. Black Wings antara tetamu yang hadir dijemput mengambil alih posisi drum dan kembali mengheavykan pentas dengan sebuah lagu heavy daripada Wings Blues Ular Sawa. Mus menghadiahkan sebuah lagi lagu hit dari kumpulan May Dari Kacamata dan sebelum menutup tirai Sunday Nite Livesingle terbaru Mencari Kasih dipersembahkan buat pertama kalinya secara live.

         Persembahan selama 2 jam 40 minit sebanyak 15 lagu berakhir tepat jam 1.18am. Bagi penyanyi yang menganjak ke usia 52 kemantapan dan kemampuan vocal menyanyi secara live sememangnya tidak boleh dipertikaikan cuma Mus tidak seharusnya terlalu banyak menghabiskan masa yang panjang dengan perbualan dan celoteh yang seakan boleh mengganggu persembahan nyanyian. Ada diantara band pengiring juga seharusnya tahu meletakkan dirinya sebagai pemuzik undangan dan tidak terlalu over shadow. Semuga tahun 2020 Mus terus sukses bergerak maju dan single terbarunya Mencari Kasih akan mendapat perhatian dari peminat-peminat.

Artikel – Wan Kamal Bahrin.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
Akhirnya lagu tema filem Bond, No Time To Die nyanyian Billie Ellish diperdengarkan. Harapnya para peminat Ariana Grande yang mencemuh...
DRAMA BAND AKHIRNYA AKUR….
DRAMA BAND AKHIRNYA AKUR….
Setelah berpum-pang-pum-pang dan berdrama di media sosial tentang seni, kreativiti dan kecekalan, kumpulan metal bertopeng Slipknot, maaf… Drama BAND akhirnya...
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
HIGH ENERGY LEVELS EXPECTED AS HOMEGROWN FESTIVAL, ROCKAWAY FEST 2020, ANNOUNCES ITS FULL LINEUP WITH 4 STAGES OVER THE 2 DAY EVENT
KUALA LUMPUR, 15 Jan 2020: The biggest homegrown rock festival, Rockaway Fest 2020’s full lineup boasts international headliners, local legends...