UOB Malaysia melancarkan ‘The Travel Insider’, pasaran sehenti pengembaraan dalam talian yang pertama oleh sebuah bank bagi memudahkan perancangan percutian

UOB Malaysia melancarkan ‘The Travel Insider’, pasaran sehenti pengembaraan dalam talian yang pertama oleh sebuah bank bagi memudahkan perancangan percutian

Kuala Lumpur, Malaysia 13 Januari 2020 – United Overseas Bank (Malaysia) (UOB Malaysia) hari ini mengumumkan pelancaran The Travel Insider di Malaysia, pasaran sehenti (marketplace) pengembaraan dalam talian pertama yang diperkenalkan oleh sebuah bank bagi membantu para pelanggan dan memudahkan mereka mencari, merancang dan menempah percutian mereka.

The Travel Insider, yang mula-mula dilancarkan di Singapura pada 2018, adalah hasil kerjasama antara United Overseas Bank (UOB) dan lebih 500 syarikat terkemuka daripada industri penerbangan, perhotelan dan pelancongan untuk memperkenalkan destinasi dalam talian di mana pengunjung boleh mencari, merancang dan menempah percutian mereka dengan mudah, di samping mendapatkan tawaran penerbangan, penginapan dan pelancongan yang kompetitif.

The Travel Insider memanfaatkan rangkaian serantau dan kepakaran tempatan UOB untuk menyediakan lebih 1,000 tawaran perjalanan, membeli-belah dan makan di seluruh Asia Tenggara, Jepun, Korea, Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat.

Encik Ronnie Lim, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perkhidmatan Kewangan Peribadi, UOB Malaysia, berkata, “Pengembaraan merupakan keutamaan di kalangan pelanggan kami, di mana satu daripada lima ahli kad debit dan kad kredit UOB Malaysia melancong ke luar negara sekurang-kurangnya sekali pada 2019. Kami juga melihat peralihan dalam cara pelanggan kami merancang dan menempah pengembaraan mereka, di mana 81 peratus perbelanjaan berkaitan pengembaraan mereka dilakukan secara dalam talian pada tahun lepas, iaitu peningkatan sebanyak 34 peratus berbanding tahun sebelumnya.”

Sebagai sebahagian daripada perancangan mereka, para pengembara biasanya menghabiskan masa yang lama melakukan pencarian melalui sumber dalam talian dan luar talian untuk menyediakan jadual perjalanan yang terbaik. Tambahan lagi, mereka perlu membandingkan harga hotel, lawatan atau tambang penerbangan. Semua ini bermakna pengembara perlu memproses pelbagai maklumat yang rumit dan memakan banyak masa. Bagi meringankan beban memproses semua maklumat ini, UOB telah mengumpulkan petua dalaman dan kandungan khusus untuk mewujudkan panduan pengembaraan dan juga merancangkan jadual perjalanan. Ini disediakan bersama dengan rakan kongsinya bagi memastikan tawaran yang luas dan kompetitif boleh didapati dengan mudah di satu tempat.

Mewujudkan perancangan pengembaraan yang lancar

Dalam menyediakan The Travel Insider, 24 destinasi pelancongan utama telah disenarai pendek oleh UOB berdasarkan perbelanjaan kad UOB dan data agregat berasaskan maklumat yang dibekalkan oleh rakan kongsinya, Agoda, Booking.com, Expedia dan Singapore Airlines. UOB kemudian membangunkan kandungan untuk setiap destinasi supaya penyelidikan mengenai apa yang perlu dilakukan di setiap destinasi adalah mudah, mengilhamkan dan menyeronokkan.

Melalui The Travel Insider, perancang boleh mendapatkan jadual perjalanan yang terbaik, panduan pengembaraan, petua dan tawaran. Pasaran sehenti dalam talian ini juga mempunyai alat perancangan yang menjadikannya mudah bagi pengembara mewujudkan dan menyimpan jadual perjalanan mereka sendiri. Mereka kemudiannya juga boleh berkongsi jadual perjalanan ini dengan rakan perjalanan yang boleh memberi komen dan mencadangkan pilihan mereka sendiri untuk percutian tersebut.

Menyedari trend yang semakin meningkat bagi pelancong mendapatkan pengalaman pengembaraan yang sebenar berbanding percutian bersiar-siar yang standard, UOB Malaysia telah mendapatkan pengetahuan tempatan daripada 29 orang dalam yang menetap di bandar-bandar destinasi paling popular. Pakar perjalanan ini memberikan pandangan peribadi mengenai pengalaman paling menarik dan memuaskan di tempat tinggal mereka. Petua yang mereka berikan boleh ditambah kepada jadual perjalanan yang dicadangkan. Orang dalam ini, yang terdiri daripada profesional dari pelbagai bidang seperti seni bina, kejuruteraan, landskap dan pengajaran, mempunyai lebih 1 juta pengikut di media sosial.

The Travel Insider menggunakan antara muka pengaturcaraan aplikasi (API) dari Agoda, Expedia, Booking.com dan Singapore Airlines untuk mendapatkan pilihan terbaik daripada lebih satu juta cadangan hotel dan penerbangan.

Encik Damien Pfirsch, Naib Presiden, Perkongsian Strategik dan Program, Agoda, berkata, “Agoda bertujuan untuk membantu sesiapa sahaja yang ingin mengembara ke mana-mana tempat, dan kami amat gembira bahawa perkongsian dengan UOB Malaysia akan membantu menghubungkan lebih ramai pelancong Malaysia ke destinasi di seluruh dunia. Ibu pejabat Agoda adalah di Asia. Oleh itu, kami mengetahui apa yang dikehendaki oleh pelancong Asia dan dapat menawarkan mereka dengan pilihan daripada 2.5 juta tempat penginapan di seluruh dunia pada harga terbaik. Dengan petua dari portal baru ini, para pelancong boleh mendapat inspirasi daripada pelbagai kandungan perjalanan untuk merancang pengembaraan mereka, dan juga mencari, menempah dan membayar harga penginapan terbaik dengan mudah daripada rangkaian Agoda, semuanya di satu platform.”

Untuk maklumat lanjut, para pelancong boleh layari https://thetravelinsider.co.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
REALME EXPERIENCE STORE AT SUNWAY PYRAMID IS NOW BIGGER AND BETTER
REALME EXPERIENCE STORE AT SUNWAY PYRAMID IS NOW BIGGER AND BETTER
From image store to a whole new experience store for Malaysians PETALING JAYA, 19th September 2020 – realme Malaysia today...
Para penjual tempatan di Shopee mencatat jumlah jualan RM200 juta dalam bulan pertama Shop Malaysia Online PENJANA; dijangka mencapai peningkatan lebih tinggi pada 9.9 Super Shopping Day
Para penjual tempatan di Shopee mencatat jumlah jualan RM200 juta dalam bulan pertama Shop Malaysia Online PENJANA; dijangka mencapai peningkatan lebih tinggi pada 9.9 Super Shopping Day
Shopee mempercepatkan pemulihan ekonomi untuk perniagaan tempatan, sebagai sebahagian daripada tiga komitmen untuk 9.9 Super Shopping Day KUALA LUMPUR, 3...
Jaya One Memperkenalkan Pintu Masuk Baharu dengan Pelancaran Semula P2
Jaya One Memperkenalkan Pintu Masuk Baharu dengan Pelancaran Semula P2
Mengaktifkan dan menyusun semula Jaya One dengan penyewa, tawaran dan perkhidmatan baharu PETALING JAYA, 25 Julai 2020 – Pintu masuk...