KEMUNCULAN KUMPULAN METAL LEGEND, XPDC PULA BAKAL BERAKSI DI HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR PADA 9 FEBRUARI 2020, AHAD JAM 10.30 MALAM

Kumpulan lagenda XPDC bukanlah nama asing dalam industri hiburan tanah air.  Bakal menghangatkan pentasSunday Night Live (SNL) di Hard Rock Cafe Kuala Lumpurpada9 Februari 2020 jam 10.30pm

Sehingga kini genaplah 31 tahun usia XPDC di mana telah ditubuhkan sejak tahun 1989 dianggotaioleh line up asal iaitu Mael, Zuar, Amy dan Jeff. Kumpulan ini bergenrekanmuzik heavy metal dan sepanjang pembabitan dalam industri muzik, XPDC telah menghasilkan sebanyak 7 album studio diantaranya, Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, Brutal dan Rasopariso. Mendapat sambutan hangat di pasaran antaranya album Kita Peng Yu pada tahun 1994 sebanyak 200,000 unit dan album Brutal pada 1997 sebanyak 350,000 unit. XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelosok tanah air dan mereka sememangnya sinonim dengan gelaran “King of Stage”.

Pada edisi yg ke -4 Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur ini, XPDC akan membuat persembahan istimewa dalam 2 segmen untuk menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits mereka seperti HambaAbdi, Ntahapapantah, PenyakitGatal, Aku Masih Di Sini, Lagu Dari Aku, Titian Perjalanan + HentianIni + Aku&Sesuatu – Medley Slow Ballads, HidupBersama, KabusSemalam, SenapangPatah, Raja Kertas, Selendang Merdeka, TalamDuaMuka, Kita Peng Yu dan juga lagu Semangat Yang Hilang. Dengan hargatiket serendah RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) fan tegar dapat menonton SNL bersama XPDC ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

Sunday Night Live adalah platform bagiartis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live! Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muziktanahair. Untuk sebarang maklumat sila hubungi talian +603-27155555.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
2 OTAI KONGSI KUASA, SINGLE TERBARU JOE FLIZZOW BERSAMA AZLAN & THE TYPEWRITER
2 OTAI KONGSI KUASA, SINGLE TERBARU JOE FLIZZOW BERSAMA AZLAN & THE TYPEWRITER
3 Julai 2020, Kuala Lumpur – Dua tahun selepas melebarkan sayapnya dengan ‘Sampai Jadi’, Joe Flizzow melancarkan single terbarunya KUASA...
PERKAHWINAN: Joe Flizzow, Nini Marini Sah Bergelar Suami Isteri!
PERKAHWINAN: Joe Flizzow, Nini Marini Sah Bergelar Suami Isteri!
Tahniah buat Joe Flizzow yang selamat bergelar suami. Penyanyi rap dan penulis lirik itu mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya...
FILEM BIOPIK LEMMY DAN MOTÖRHEAD BAKAL DIHASILKAN
FILEM BIOPIK LEMMY DAN MOTÖRHEAD BAKAL DIHASILKAN
Siapakah yang sesuai membawakan watak beliau? Filem biopik tentang Lemmy Kilmister, vokalis, bassist dan pengasas band rock Motörhead sedang dalam...