XPDC Gegar Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL

XPDC Gegar Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL

Wahh! Excited!! Agak lama tak berkunjung ke showcase XPDC ni. Personally, terakhir saya ke showcase mereka sekitar awal tahun 2000. Setelah Mael meninggalkan lineup XPDC, saya tidak mengikuti perkembangan mereka lagi.

Namun, sehinggga kini Mael dan rakan-rakannya masih lagi kental memperjuangkan XPDC walaupun pelbagai kontroversi melanda. Lineup terkini XPDC ini dilengkapi dengan kemasukan Jeff (ex Gigiel) di posisi gitar mengganti Izo yang keluar menubuhkan XPDC yang satu lagi.

Sehingga kini genaplah 31 tahun usia XPDC di mana telah  ditubuhkan sejak tahun 1989 dianggotai oleh line up asal iaitu Mael, Zuar, Amy dan Jeff. Kumpulan ini bergenrekan muzik heavy metal dan sepanjang pembabitan dalam industri muzik, XPDC telah menghasilkan sebanyak 7 album studio diantaranya, Darjah Satu, Timur Barat, Kita Peng Yu, Brutal dan Rasopariso. Mendapat sambutan hangat di pasaran antaranya album Kita Peng Yu pada tahun 1994 sebanyak 200,000 unit dan album Brutal pada 1997 sebanyak 350,000 unit. XPDC aktif mengadakan persembahan pentas di seluruh pelosok tanah air dan mereka sememangnya sinonim dengan gelaran “King of Stage”.

Pada edisi yg ke -4 Sunday Night Live di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur malam minggu 9 Febuari lalu, XPDC telah membuat persembahan istimewa bagi menghiburkan peminat mereka. XPDC muncul di pentas sekitar jam 10.40 malam dengan lagu-lagu hits mereka seperti Hamba Abdi, Ntahapapantah, Penyakit Gatal, Aku Masih Di Sini, Lagu Dari Aku, Titian Perjalanan + Hentian Ini + Aku & Sesuatu – Medley Slow Ballads, Hidup Bersama, Kabus Semalam, Senapang Patah, Raja Kertas, Selendang Merdeka, Talam Dua Muka, Kita Peng Yu dan juga lagu Semangat Yang Hilang.

Ternyata XPDC bersama Mael ini masih utuh dengan sokongan peminat tegar mereka yang rata-rata singalong kesemua lagu-lagu mereka pada malam itu. XPDC ini jarang sekali muncul di kaca TV dan media, namun sokongan penggemarnya sangatlah luar biasa. Penuh Hard Rock Cafe Kuala Lumpur. Tahniah Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, showcase ini memang antara yang terbaik.

Dengan harga tiket serendah RM100.00 (termasuk satu minuman ringan) fan tegar dapat menonton SNL bersama XPDC ini boleh didapati di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur.

 Info Sunday Night Live

Sunday Night Live adalah platform bagi artis-artis popular dan juga artis baru untuk mengetengahkan bakat mereka dan memberi peluang kepada peminat untuk berhibur dengan persembahan dari artis kegemaran mereka secara dekat dan live! Inisiatif ini merupakan komitment Hard Rock cafe Kuala Lumpur untuk terus menyokong kehadiran muzik tanahair.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care
Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care
Apabila menyebut Ramadan, sebahagian daripada kita akan membayangkan kepelbagaian makanan, juadah dan suasana yang penuh meriah ketika berbuka puasa dan...
SPIDER MAHU KEMBALIKAN NOSTALGIA PLANET HOLLYWOOD DALAM PERSEMBAHAN SUNDAY NIGHT LIVE BUAT PEMINAT MEREKA DI HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR PADA 8 MARCH 2020
Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia yang membawa lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska, ditubuhkan pada tahun 1996 dan...
ALAN WALKER AND DJ SODA TO HEADLINE BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2020
Kuala Lumpur, 9 January 2020 – Brought to you exclusively by BME International, sponsored by Benta Mewah and organised by...