PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!

PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!

Akhirnya lagu tema filem Bond, No Time To Die nyanyian Billie Ellish diperdengarkan. Harapnya para peminat Ariana Grande yang mencemuh kemenangan Billie di majlis Grammy yang lalu boleh muhasabah diri sambil korek telinga dek kerana mentaliti taraf AJL mereka. Dah tahun 2020 kot.

Ellish yang berusia 18 tahun itu menjadi penyanyi paling muda bagi runut bunyi untuk francais filem ejen penyiasatan terkenal itu. Eilish menulis lagu itu bersama abangnya Finneas di mana sebelum ini kedua mereka mencipta seluruh album debutnya bersama sehingga ia memenangi anugerah album terbaik di majlis Grammy baru-baru ini.

Dengarkan:

No Time To Die, entri terkini 007 kali ini mengisahkan tentang James Bond yang kini menjalani kehidupan yang tenteram di Jamaica selepas berhenti menjalankan tugas. Tetapi apabila rakan lamanya Felix Leiter dari CIA kembali untuk meminta pertolongan, dia terlibat dalam misi untuk menyelamatkan seorang saintis yang diculik. Ia sekaligus membawa dia menjejaki seorang penjenayah misteri yang memiliki teknologi baharu merbahaya.

Lakonan Daniel Craig, Ralph Fiennes, Naomie Harris, Léa Seydoux, Rory Kinnear, Ben Whishaw, Jeffrey Wright, Ana de Armas, Dali Benssalah, David Dencik, Lashana Lynch, Billy Magnussen dan pemenang Oscar, Rami Malek, ia diarahkan oleh Cary Joji Fukunaga. Di pawagam 9 April ini edaran United International Pictures.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
FILEM BIOPIK LEMMY DAN MOTÖRHEAD BAKAL DIHASILKAN
FILEM BIOPIK LEMMY DAN MOTÖRHEAD BAKAL DIHASILKAN
Siapakah yang sesuai membawakan watak beliau? Filem biopik tentang Lemmy Kilmister, vokalis, bassist dan pengasas band rock Motörhead sedang dalam...
FILEM PARASITE DITUDUH MENCIPLAK FILEM TAMIL!
FILEM PARASITE DITUDUH MENCIPLAK FILEM TAMIL!
Filem bila dah menang anugerah besar, barulah kau nak claim orang ciplak idea kau! Begitulah yang terjadi apabila seorang penerbit...
RIMBA BARA 2 BAWA LEGASI FILEM ROCK KEPADA GENERASI BARU!
RIMBA BARA 2 BAWA LEGASI FILEM ROCK KEPADA GENERASI BARU!
PETALING JAYA, 12 FEBRUARI 2020 – ‘Jika Rock Bro dikatakan pengakhiran indah sebuah trilogi Rock, mungkinkah Rock 4 adalah permulaan...