FILEM PARASITE DITUDUH MENCIPLAK FILEM TAMIL!

FILEM PARASITE DITUDUH MENCIPLAK FILEM TAMIL!

Filem bila dah menang anugerah besar, barulah kau nak claim orang ciplak idea kau!

Begitulah yang terjadi apabila seorang penerbit filem Tamil, PL Thenappan menyatakan hasratnya untuk menyaman pembikin filem Parasite kerana filem Korea yang baru saja memenangi anugerah Oscar itu dikatakan menciplak idea filem terbitannya yang telahpun keluar 20 tahun lalu.

Filem tersebut Minsara Kanna telah ditayangkan pada tahun 1999 menampilkan bintang filem India poular, Vijay. Berikutan kemenangan besar filem Parasite di majlis Oscar, ramai peminat Vijay telah membanjiri ruangan media media untuk menyatakan persamaan diantara kedua-dua filem tersebut. Pengarah filem Kanna Minsara, S. Ravikumar berkata dia merasa bangga di sebalik kontroversi yang berlaku tetapi tiada niat untuk mengambil sebarang tindakan dan menyerahkannya pada pihak penerbit.

Menurut Thenappan pula, antara idea-idea yang diciplak oleh Parasite dari filemnya ialah kasta miskin dan kaya, dan plot yang melibatkan satu keluarga yang miskin yang berkerja untuk sebuah keluarga yang kaya tapi merahsiakan hubungan masing-masing. Thenappan kini sedang dalam proses mengupah seorang peguam antarabangsa untuk mengambil tindakan yang selanjutnya iaitu menyaman penerbit filem Parasite.

Parasite arahan Bong Joon-Ho berkisarkan Ki-taek dan ahli keluarganya yang menganggur. Selepas mereka mendapat kerja di kediaman keluarga Park yang kaya dan terkenal dengan cara menipu dan sungguh keji, mereka berdepan dengan satu keadaan yang amat tidak diduga.

Bagi Bong pula, inpirasi menghasilkan filem Parasite datang dari sebuah filem ‘domestic Gothic’ klasik Korea bertajuk The Housemaid yang telah tayang pada tahun 1960 lagi. Jadi, bolehkah kita kata Minsara Kanna yang sebenarnya menciplak filem The Housemaid? Gotcha!

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
PREVIEW: LAGU TEMA FILEM JAMES BOND DARI BILLIE ELLISH, AKHIRNYA BELIAU MENYANYI!
Akhirnya lagu tema filem Bond, No Time To Die nyanyian Billie Ellish diperdengarkan. Harapnya para peminat Ariana Grande yang mencemuh...
RIMBA BARA 2 BAWA LEGASI FILEM ROCK KEPADA GENERASI BARU!
RIMBA BARA 2 BAWA LEGASI FILEM ROCK KEPADA GENERASI BARU!
PETALING JAYA, 12 FEBRUARI 2020 – ‘Jika Rock Bro dikatakan pengakhiran indah sebuah trilogi Rock, mungkinkah Rock 4 adalah permulaan...
EJEN ALI & AIRASIA AKHIRI TAHUN 2019 DENGAN KOLABORASI ‘OURSHOP’
Ejen Ali, OURSHOP pasarkan produk tempatan ke peringkat antarabangsa KUALA LUMPUR, 31 DISEMBER 2019 –  Kolaborasi pertama Ejen Ali dan...