Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care

Pelancaran Kempen Ramadan Al Khair 8.0 dan OderFood Syria Care

Apabila menyebut Ramadan, sebahagian daripada kita akan membayangkan kepelbagaian makanan, juadah dan suasana yang penuh meriah ketika berbuka puasa dan bersahur. Namun ia berbeza dengan mangsa konflik di Syria. Mereka hanya mengalas perut seadanya.

Menyedari hakikat ini, satu inisiatif yang diberi nama Kempen Ramadan Al-Khair 8.0 Syria Care kembali untuk membantu mereka untuk menjalani ibadat puasa dengan lebih bermakna

Syria Care memberi tumpuan khusus bagi pengagihan makanan untuk berbuka puasa kepada pelarian Syria di Syria sepanjang Ramadan melalui program Food4Syria.

Sebagai langkah penambahbaikan, inisiatif ini berusaha mengikut trend semasa dengan menggunakan konsep pesanan makanan atas talian seperti Food Panda, Grab Food dan sebagainya.

Bagi tujuan itu, OderFood diperkenalkan. Konsepnya sangat mudah di mana orang ramai boleh membuat tempahan makanan secara atas talian. Bagi Ramadan tahun ini, tempahannya bermula pada 19 Februari 2020 dan proses penghantaran dan agihan makanan kepada pelarian Syria akan dilaksanakan sepanjang bulan puasa nanti.

Buat permulaan dua pakej diperkenalkan, iaitu pakej makanan siap masak berharga RM15 dan satu lagi pek bekalan makanan untuk sebulan dengan harga RM150.

Sejak OderFood dilancarkan pada 20 November 2019, sebanyak 4450 unit pek telah dihantar. Dari jumlah itu 18,750 orang telah mendapat manfaat.

Majlis pelancaran ini baru-baru ini telah dirasmikan oleh Yang DiPertua Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS) yang juga isteri kepada Menteri Besar Selangor, Datin Seri Masdiana Mohamad.

Bagi KRAK 8.0 Syria Care menyasarkan kutipan sebanyak RM7.5 juta dan dijangka lebih sejuta pelarian Syria mendapat manfaat sepanjang bulan berkenaan.

Anda boleh membantu dengan menempah makanan untuk mereka bersahur dan berbuka melalui Projek OderFood Ramadan Syria Care di pautan berikut: www.syriacare.org.my/oderfood

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
SPIDER MAHU KEMBALIKAN NOSTALGIA PLANET HOLLYWOOD DALAM PERSEMBAHAN SUNDAY NIGHT LIVE BUAT PEMINAT MEREKA DI HARD ROCK CAFE KUALA LUMPUR PADA 8 MARCH 2020
Kumpulan Spider merupakan kumpulan muzik Malaysia yang membawa lagu-lagu berunsur rock yang mempunyai pengaruh ska, ditubuhkan pada tahun 1996 dan...
XPDC Gegar Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL
XPDC Gegar Sunday Night Live Hard Rock Cafe KL
Wahh! Excited!! Agak lama tak berkunjung ke showcase XPDC ni. Personally, terakhir saya ke showcase mereka sekitar awal tahun 2000....
ALAN WALKER AND DJ SODA TO HEADLINE BORNEO MUSIC FESTIVAL LIVE 2020
Kuala Lumpur, 9 January 2020 – Brought to you exclusively by BME International, sponsored by Benta Mewah and organised by...