Bayar Zakat Fitrah Tanpa Tunai di Bulan Ramadan dengan Boost

Bayar Zakat Fitrah Tanpa Tunai di Bulan Ramadan dengan Boost

Aplikasi e-dompet tempatan bekerjasama dengan Lembaga Zakat Selangor untuk menawarkan solusi zakat tanpa tunai ketika wabak coronavirus menular

Kuala Lumpur, 22 April – Aplikasi e-dompet gaya hidup tempatan Boost dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bekerjasama untuk menawarkan rakyat Malaysia pengalaman yang mudah, lebih selamat dan lancar untuk memenuhi tanggungjawab zakat di bulan Ramadan yang bakal disambut umat Islam di negara ini. Dalam usaha sama ini, Boost dilantik oleh LZS sebagai agen pengumpulan zakat rasmi, memberikan orang Islam di Selangor kemudahan membuat pembayaran di mana sahaja, pada bila-bila masa, dengan mudah dan efisien.

Sepanjang tempoh rakyat Malaysia memerangi wabak COVID-19 dengan mengamalkan penjarakan social (social distancing) serta mengikuti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ternyata penerimaan pembayaran tanpa tunai terutamanya penggunaan applikasi e-dompet untuk membuat pembayaran meningkat hari demi hari. Langkah ini sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia untuk mengelakkan menggunakan wang kertas yang boleh memindahkan bakteria dan virus. Usaha sama antara Boost dan LZS diharapkan memberi ketenteraman hati kepada masyarakat Islam di Selangor dengan keyakinan bahawa kewajipan agama boleh dipenuhi dari persekitaran selamat di rumah sewaktu krisis coronavirus melanda.

“Dengan pelantikan sebagai agen pengumpulan zakat rasmi, Boost bukan sahaja menyokong matlamat LZS untuk menginovasi dan memacu bayaran zakat di dalam negeri, malah ini juga dapat menjadi peluang kami untuk mengembangkan dan memperkasakan ekosistem tanpa tunai menggunakan e-dompet di Selangor. Kami turut berharap kerjasama ini akan mendedahkan lebih ramai rakyat Malaysia kepada e-dompet sebagai kaedah pembayaran yang mudah dan selamat, menjadikan proses pembayaran zakat lebih efisien dan mudah di bulan mulia ini,” kata Mohd Khairil Abdullah, Ketua Pegawai Eksekutif di Boost.

Di dalam aplikasi Boost, tile zakat telah diperkenalkan bagi mempermudahkan orang Islam di Selangor untuk membayar dua jenis zakat iaitu Zakat Fitrah dan Zakat Harta, hanya dengan beberapa ketikan di skrin. Berkuat kuasa hari ini, pengguna boleh mula membayar Zakat Harta, namun pembayaran Zakat Fitrah akan tersedia pada 24 April yang merupakan hari pertama bulan Ramadan. Pengguna dapat menambah akaun zakat dengan hanya menyediakan nombor kad pengenalan, nama dan nombor telefon bimbit sebelum membuat pembayaran. Pengguna juga dapat melihat maklumat harga beras dari aplikasi Boost. Setelah pembayaran dilakukan, pengguna akan menerima resit melalui e-mel yang boleh digunakan untuk memohon rebat cukai individu

“Lembaga Zakat Selangor berbesar hati untuk membolehkan rakyat Malaysia memenuhi tuntutuan Islam dengan cara mudah, ringkas dan berinovasi. Dalam persiapan kita untuk menyambut kedatangan Ramadan di mana ramai kelompok rentan terjejas oleh pandemik sedunia, tugas kami semakin penting untuk saling bantu-membantu lebih lagi ketika mengharungi tempoh kesukaran. Saya berharap kerjasama ini membolehkan rakyat Selangor untuk mempraktikan amalan dengan mudah tanpa halangan,” kata Tuan Haji Saipolyazan M Yusop, Ketua Pegawai Eksekutif di Lembaga Zakat Selangor.

Tambahnya, “Zakat yang anda tunaikan amat penting bagi memastikan kebajikan dan keperluan hidup asnaf di Selangor terpelihara dan seterusnya dapat menikmati hidup yang lebih baik terutama dalam waktu krisis ini.”

Seiring dengan langkah menjadikan e-dompet sebahagian daripada gaya hidup kita yang semakin meningkat, Boost sedang membangunkan proses pembayaran dan pengumpulan yang lebih efisien merentasi pelbagai perkhidmatan. Kerjasama antara Boost dan LZS juga diharapkan akan segera berkembang dengan persediaan yang sedang dikendalikan.

“Kami berharap usaha sama ini akan meningkatkan keterangkuman, penggunaan dan kepekaan digital di Selangor. Kami juga menantikan peluang mengukuhkan kerjasama ini dengan rencana akan datang untuk menjadikan Boost kaedah pembayaran di laman sesawang Lembaga Zakat Selangor, kaunter pembayaran di setiap cawangan dan ‘Zakat on Wheels’,” menurut Khairil.

Selain Lembaga Zakat Selangor, Boost bakal menyediakan pilihan pembayaran zakat untuk Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengguna Android boleh memuat turun Boost dari Play Store manakala pengguna iOS boleh memuat turun dari App Store.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web at https://www.myboost.com.my/ atau ‘follow’ Boost di Facebook (https://www.facebook.com/myboostapp/) dan Instagram (https://www.instagram.com/myboostapp/).

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
PERTUBUHAN INTEGRITI NICKY LIOW MALAYSIA, YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA DAN SELEBRITI DERMA 76,920 TOPENG PERLINDUNGAN PERNAFASAN DAN BEKALAN PERUBATAN KEPADA MANGSA COVID-19 DI CHINA
PERTUBUHAN INTEGRITI NICKY LIOW MALAYSIA, YAYASAN WINNER EMPEROR SEDUNIA DAN SELEBRITI DERMA 76,920 TOPENG PERLINDUNGAN PERNAFASAN DAN BEKALAN PERUBATAN KEPADA MANGSA COVID-19 DI CHINA
KUALA LUMPUR, 26 Februari 2020 – Dato’ Sri Liow Soon Hee melalui Pertubuhan Integriti Nicky Liow Malaysia dan Yayasan Winner...
Program CSR-Penanaman Pokok di FRIM Bersama Delegasi ISI WSC 2019
Program CSR-Penanaman Pokok di FRIM Bersama Delegasi ISI WSC 2019
Bersempena dengan Kongres Statistik Dunia ISI 2019 ( ISI WSC 2019 ) Jabatan Perangkaan Malaysia dengan kerjasama Bank Negara Malaysia...
Five Deserving Malaysians Receive Merdeka Award Grant for International Attachment
Five Deserving Malaysians Receive Merdeka Award Grant for International Attachment
Kuala Lumpur, 16 August 2019 – The Merdeka Award Trust announced today that five exceptional young Malaysians will receive the...