TELEFILEM ‘6 HARI’ BUKTI KEKANGAN PKP BUKAN HALANGAN

TELEFILEM ‘6 HARI’ BUKTI KEKANGAN PKP BUKAN HALANGAN

Yusry Abdul Halim, Lisa Surihani, Aaron Aziz dan Neelofa jalani penggambaran ‘sendiri’ dari rumah kediaman masing-masing

11 Jun 2020, Kuala Lumpur – Sebagai pembuka tirai permulaan positif susulan perlaksanaan fasa perintah kawalan pergerakan pemulihan (PKPP) bermula semalam, Astro selaku pembekal kandungan utama di negara ini dengan berbesar hati membawakan tayangan telefilem istimewa berjudul ‘6 Hari’ yang bakal menemui para penonton pada hari Sabtu, 13 Jun 2020, jam 9.00 malam secara eksklusif di empat buah saluran utama iaitu Astro Ria (104), Astro Ria HD (124), Astro Citra (108) dan Astro Citra HD (128). Untuk pilihan yang lebih fleksibel, telefilem tersebut turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan on demand.

Telefilem ‘6 Hari’ terbitan produksi Yureka Films dengan kerjasama Global Station Sdn Bhd ini diarahkan oleh Yusry Abdul Halim yang turut bertindak selaku penulis skrip di samping menyandang watak utama sebagai Faizal. Selain Yusry, telefilem ini turut diterajui oleh tiga selebriti popular tanah air iaitu Lisa Surihani yang memegang watak sebagai Suzi, Dato’ Aaron Aziz sebagai Ismal dan Neelofa sebagai Linda.

Untuk makluman, keseluruhan penggambaran telefilem ‘6 Hari’ berjaya diselesaikan dalam masa enam hari meskipun terikat dengan kekangan terutamanya daripada segi teknikal, bekalan peralatan dan tenaga produksi sewaktu penguatkuasaan tempoh kritikal perintah kawalan pergerakan (PKP) baru-baru ini. Uniknya, kesemua teraju utama yang menjayakan telefilem ini juga harus menjalani keseluruhan penggambaran secara sendiri dari kediaman masing-masing berdasarkan garis panduan yang diberikan.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Astro Lancar Program Cetus Fenomena ‘The Masked Singer Malaysia’
Astro Lancar Program Cetus Fenomena ‘The Masked Singer Malaysia’
Datuk AC Mizal galas tugas hos, barisan selebriti terkenal tanah air jayakan pertandingan nyanyian misteri terbaharu di Astro Warna Program...
Filem televisyen ‘FRONTLINER’ angkat tema pengorbanan dan konflik dalaman golongan wira barisan hadapan
Filem televisyen ‘FRONTLINER’ angkat tema pengorbanan dan konflik dalaman golongan wira barisan hadapan
‘Frontliner’ merupakan sebuah naskah asal yang diinspirasikan daripada kisah benar mengenai pengorbanan dan konflik dalaman golongan wira barisan hadapan yang...
PENGHORMATAN ATAS PENGORBANAN: KERJASAMA STRATEGIK MEDIA PRIMA BERHAD &  JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
PENGHORMATAN ATAS PENGORBANAN: KERJASAMA STRATEGIK MEDIA PRIMA BERHAD &  JABATAN HAL EHWAL VETERAN ATM
Petaling Jaya, 19 Ogos 2020 – Penghormatan atas pengorbanan… Di usia muda, segala jerih perih dicurahkan oleh para perajurit demi...