KFC MEMPERKENALKAN OLAHAN ZINGER TERBARU – ZINGER CHOP

KFC MEMPERKENALKAN OLAHAN ZINGER TERBARU – ZINGER CHOP

Kegemaran peminat setia KFC – Zinger, kini menjadi tumpuan sekali lagi dengan olahan terbaru terhadap fillet ayam yang rangup dan empuk ini. Walaupun dikenali sebagai hidangan burger, namun Zinger kali ini tampil berbeza.

Berslogankan “Zinger Like Never Before”, KFC Zinger Chop diinspirasikan daripada chicken chop – salah satu makanan ala Barat kegemaran rakyat Malaysia.

Diberikan sentuhan KFC yang
sememangnya sedap hingga menjilat jari, Zinger Chop ini disaluti tepung roti yang diadun dengan rempah ratus Hot & Spicy KFC, lalu digoreng sempurna sehingga keemasan. Zinger panas yang baru dimasak ini digandingkan dengan Colonel Gravy mewah dengan rasanya yang asli, di mana gabungan ini menghasilkan letusan rasa yang memuaskan.

Untuk lebih nikmat, KFC Coleslaw masam manis yang sejuk dan segar menambahkan rasa keseimbangan kontras menyelerakan terhadap ayam Hot & Spicy ini, dan turut dihidangkan bersama pilihan Crispier Fries atau Colonel Rice.

“Ianya merupakan hidangan lengkap yang dirumus khas daripada juadah-juadah KFC yang telah terbukti kesedapannya menjadikan Zinger Chop ini makanan comfort food yang pasti memuaskan selera anda. Zinger Chop terhasil dengan mengambil kira faktor ‘norma baharu’. Dalam situasi kini, kami bukan sahaja mahu memberikan ketenangan kepada para pelanggan melalui pelaksanaan SOP keselamatan dan kesihatan yang ketat, tetapi kami juga ingin terus menyajikan anda dengan tawaran juadah menarik. Dalam kita sibuk menyesuaikan diri dengan perubahan gaya hidup, Zinger Chop diolah istimewa untuk anda nikmati,” kata Angelina Villanueva, Ketua Pegawai Pemasaran KFC Malaysia.

Dengan kebenaran operasi makan-di-restoran mengikut SOP yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, KFC telah membuka servis makan-di-restorannya secara berperingkat. KFC memastikan keselamatan dan kesihatan para pelanggan dan para pekerjanya terjaga dengan kepatuhan piawaian kebersihan dan kualiti tertinggi sejajar dengan polisi-polisi dan garis panduan kerajaan.

Jadi, sediakan garpu dan pisau anda kerana KFC Zinger Chop telah dilancarkan hari ini dengan harga RM16.30 untuk waktu terhad dan sementara stok masih ada. Ianya boleh didapati di seluruh restoran KFC di Malaysia melalui khidmat selamat makan-di-restoran, bawa pulang, self-collect, penghantaran, dan pandu-lalu.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Cadbury Dairy Milk Durian kini kembali atas sambutan hangat
Cadbury Dairy Milk Durian kini kembali atas sambutan hangat
Raikan perisa Malaysia dengan kembalinya coklat edisi terhad tempatan KUALA LUMPUR, 17 September 2020 – Cadbury Dairy Milk, jenama konfeksi...
Twisties Tonjol Kelainan #KasiCampur dengan Spicy Seaweed Splash Baharu
Twisties Tonjol Kelainan #KasiCampur dengan Spicy Seaweed Splash Baharu
Meraikan rasa cinta rakyat Malaysia terhadap pengalaman gastronomi campuran yang unik, dan mengembangkan lagi rangkaian perisa jenama Twisties Kuala Lumpur,...
MILO® melangkah lebih jauh dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu
MILO® melangkah lebih jauh dengan MILO® Activ-Go Plus Fibre baharu
Varian serbuk terbaharu MILO® menawarkan lebih kebaikan untuk seisi keluarga, termasuk 2.5 kali serat dan 50% kurang gula tambahan –...