PERKAHWINAN: Joe Flizzow, Nini Marini Sah Bergelar Suami Isteri!

PERKAHWINAN: Joe Flizzow, Nini Marini Sah Bergelar Suami Isteri!

Tahniah buat Joe Flizzow yang selamat bergelar suami. Penyanyi rap dan penulis lirik itu mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya yang juga seorang pelukis profesional, Nini Marini Ramlan pagi tadi.

Sebelum itu pasangan itu telahpun mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan di Petaling Jaya, Selangor tahun lalu.

Menurut ibu Joe, Aishah Ali, Joe atau nama sebenarnya Johan Ishak, 40, mula menjalinkan hubungan serius dengan Marini, 41, sejak empat tahun lalu sebelum memutuskan untuk bertunang pada hujung tahun lalu.

“Mereka berdua sudah saling mengenali sejak 15 tahun lalu. Pada awalnya hanya berkawan.

“Pada tahun 2016, mereka mula rapat dan serius sebelum Joe melanjutkan pengajian pada cuti musim panas di Harvard Business School,” katanya kepada Astro AWANI.

Majlis perkahwinan beliau dan pasangan berlangsung secara sederhana disesuaikan dengan norma baru Covid-19. Semoga berbahagia dan hubungan berkekalan hendaknya.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Astro Lancar Program Cetus Fenomena ‘The Masked Singer Malaysia’
Astro Lancar Program Cetus Fenomena ‘The Masked Singer Malaysia’
Datuk AC Mizal galas tugas hos, barisan selebriti terkenal tanah air jayakan pertandingan nyanyian misteri terbaharu di Astro Warna Program...
LISTEN: GLOBAL ARTIST NIKI RELEASES NEW SINGLE “LOSE”
LISTEN: GLOBAL ARTIST NIKI RELEASES NEW SINGLE “LOSE”
Indonesian vocalist, songwriter, multi-instrumentalist and producer, NIKI has released “Lose”, the third single off her forthcoming debut full-length album MOONCHILD,...
LISTEN: GLOBAL ARTIST NIKI RELEASES NEW SINGLE “SELENE”
LISTEN: GLOBAL ARTIST NIKI RELEASES NEW SINGLE “SELENE”
“While NIKI has gained an international following for her down-to-earth songs and social-media presence, the singer is taking things to...