2 OTAI KONGSI KUASA, SINGLE TERBARU JOE FLIZZOW BERSAMA AZLAN & THE TYPEWRITER

2 OTAI KONGSI KUASA, SINGLE TERBARU JOE FLIZZOW BERSAMA AZLAN & THE TYPEWRITER

3 Julai 2020, Kuala Lumpur – Dua tahun selepas melebarkan sayapnya dengan ‘Sampai Jadi’, Joe Flizzow melancarkan single terbarunya KUASA yang menampilkan Azlan & The Typewriter serentak dengan tayangan video muziknya arahan Zulamran Hilmi daripada 33.3, hari ini.

Ikon hip-hop Malaysia dan artis Def Jam Asia Tenggara itu telah menjemput salah satu suara besar dalam muzik indie, Azlan & The Typewriter untuk merakamkan single yang paling matang darinya, dibantu dengan penerbitan muzik yang elegan dan bertaraf antarabangsa daripada ALYPH; produser di sebalik lagu hit ‘Donde’ daripada Andi Bernadee dan ‘Mimpi’ daripada K-Clique.

“Tulis dan ukir sejarah benar, jangan kau memahat, lekas bangun dari lena dan berlari terus ke garisan”, Joe laungkan kepada semua pendengar bagi mencetus semangat mereka untuk menawan dunia, di sebalik alunan piano yang bertenaga, rentak yang bersahaja serta nyanyian yang memukau daripada Azlan; yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu pada tahun 2008.

Joe menerangi proses bagaimana terciptanya lagu KUASA: “Saya menulis lagu ini dua tahun yang lalu kerana saya merasakan bahawa kita berada di dunia distopia. Satu masa di mana kekuatan yang ada, tidak akan berhenti sama sekali untuk memenuhi kerakusan dan nafsu mereka, tetapi pada masa yang sama lagu ini adalah seruan untuk bertindak agar pendengar saya sedar dan melengkapkan diri dengan ilmu sehingga dapat menghadapi perjuangan, dengan lebih bersedia. Lagu ini juga merupakan peringatan kepada semua bahawa kesenangan pasti datang selepas kesusahan.”

Berkonsepkan sejarah manusia yang dahagakan kuasa menerusi adegan-adegan yang digambarkan semula secara digital, Zulamran mahu menggambarkan saat-saat penting yang pernah berlaku menerusi visual-visual yang amat mendalam dan penuh makna tersirat. “Video ini mengisahkan kerakusan manusia dalam mengejar kuasa. Penyalahgunaan kuasa dari semasa ke semasa, dipamerkan secara digital dalam video ini, justeru memberi buah fikiran kepada pendengar untuk menentukan, jika sejarah ini akan berulang.” Ulas Zulamran.

KUASA merupakan single pertama yang dipetik daripada album ketiga Joe Flizzow yang bakal keluar akhir tahun ini. KUASA kini boleh didengari di semua platform digital dan muzik video arahan Zulamran Hilmi boleh ditonton di bawah:

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
Ali Zahraa dan Pelita Lusoh berkolaborasi lancar produk penjagaan kulit  Madeena dan lagu Kembara Nabawi
Ali Zahraa dan Pelita Lusoh berkolaborasi lancar produk penjagaan kulit  Madeena dan lagu Kembara Nabawi
29 Julai 2020, Kuala Lumpur – Asia Empire Records dan Ali Zahraa Holding Sdn Bhd telah mengadakan majlis pelancaran produk...
ERNIE ZAKRI YANG TERSAKITI MELALUI LAGU BARU, ‘BONEKA’
ERNIE ZAKRI YANG TERSAKITI MELALUI LAGU BARU, ‘BONEKA’
Penyanyi Popular Tanah Air Kembali Dengan Single Rancak Terbaharu Yang Lebih Bertenaga Dengan Imej Berbeza KUALA LUMPUR, 24 Julai 2020...
PERKAHWINAN: Joe Flizzow, Nini Marini Sah Bergelar Suami Isteri!
PERKAHWINAN: Joe Flizzow, Nini Marini Sah Bergelar Suami Isteri!
Tahniah buat Joe Flizzow yang selamat bergelar suami. Penyanyi rap dan penulis lirik itu mendirikan rumah tangga bersama gadis pilihannya...