SMI Cars Rasmi Ruang Pameran Baharu, Pelanggan Nikmati Potongan Harga Sehingga 50%

SMI Cars Rasmi Ruang Pameran Baharu,  Pelanggan Nikmati Potongan Harga Sehingga 50%

SMI Cars rasmi ruang pameran baharu dan tawar kepada pelanggan potongan harga sehingga 50%

• Ruang pameran baharu milik SMI Cars kini mula beroperasi.

• Tawaran Merdeka dan potongan cukai sebanyak 50% buat pelanggan SMI Cars

Kuala Lumpur, 18 Julai 2020 – SMI Cars Sdn Bhd, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd, telah melancarkan ruang pameran kenderaan yang pertama di Jalan Ampang hari ini. Diterajui ahli pengurusan yang berpengalaman lebih 30 tahun dan seorang pengarah muda, SMI Cars menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan impot kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga Kuala Lumpur. Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang tersendiri.

Terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, bangunan satu tingkat ini telah direka oleh seorang bakal arkitek berumur 19 tahun, Asyraaf Khan, yang menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan. Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard dan Toyota Estima.

Bagi meraikan ruang pameran baharu ini, SMI Cars telah menganjurkan sebuah upacara perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif dan persembahan oleh artis-artis tempatan.

Pengunjung-pengunjung berpeluang untuk meneliti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan dan diberi kesempatan untuk memandu-uji kenderaan yang mereka sukai. Untuk tidak menimbulkan sebarang kerisauan dan keraguan tentang soal kesihatan, SMI Cars komited memastikan bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji.

Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana; SMI Cars turut membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli berkata, “Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunya masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka.”

SMI Cars berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita. Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang lebih rendah.

Share This
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  
  •  

Similar Posts
BMW Malaysia Introduces The 8
BMW Malaysia Introduces The 8
New Sensational Sports Car boasts outstanding performance, emotion-stirring design, state of the art luxury and exceptional innovation. Kuala Lumpur, 12th...
Toyota Celebrates the Launch of its All-New 2019 Vios, As Never Before, with A Grand Music Video
Toyota Celebrates the Launch of its All-New 2019 Vios, As Never Before, with A Grand Music Video
UMW Toyota Motor releases its first ever music video starring the All-New Toyota Vios, Malaysian celebrity Shukri Yahaya and beatboxer...
FitzGerald Events memacu senario automotif tempatan Velocity Motor Show kembali semula untuk kali ketiga Majalah dalam talian baharu AutoCulture Malaysia dilancarkan
FitzGerald Events memacu senario automotif tempatan Velocity Motor Show kembali semula untuk kali ketiga Majalah dalam talian baharu AutoCulture Malaysia dilancarkan
KUALA LUMPUR, 25 Jun 2018 – Dunia permotoran telah sebati dalam hati rakyat Malaysia. Beberapa syarikat automotif sentiasa memenuhi acara...